Popular Today

Rabu, Ogos 04, 2010

Masjid di Selangor akan dijadikan gelanggang politik Pakatan di bulan Ramadan

Persediaan telah dibuat, tempat telah pun dipilih.. Bulan Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan beribadah, manakala masjid sepatutnya menjadi tempat umat Islam bersolat akan dijadikan gelanggang politik Pakatan Biadap(rujuk sini).

Kalau nak buat kempen Pakatan Rakyat pula membuat serangan balas bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan dalam 19 siri ceramahnya, Pakatan patut fikirkan masa dan tempat yang bersesuaian dan bukannnya bulan puasa dan di masjid.

Agaknya dah tak de masa dan tempat lain untuk berpolitik sehingga nak berpolitik pada bulan dan tempat yang mulia ini. Rasanya Titah Sultan Selangor pun dah jelas supaya jangan jadikan masjid tempat berpolitik.

Nampaknya masjid yang sepatutnya menjadi tempat yang suci dan perpaduan Islam di Selangor, kini di cemar oleh pembangkang. Ianya berikutan kerajaan PKR Selangor melalui Skuad Komunikasi Selangor (SKS) akan dimulakan kempen politik mereka pada hari pertama umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan - dijangka 11 Ogos.

Ini yang indahnya UMNO, menghormati bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan dan tidak mempolitikkan masjid. Umno - melalui Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) - pula memilih berehat sepanjang bulan yang mulia itu sebelum menyambung semula kempen fasa keduanya selepas hari raya Aidilfitri yang dijangka pada pertengahan September.

Kata wakil pencemar masjid Selangor dengan politik Pakatan Biadap iaitu pengarah penerangan di pejabat menteri besar Selangor Badrul Amin Bahron "Kita (Pakatan) akan mulakan kuliah di masjid-masjid seluruh Selangor. Kita akan edarkan risalah penerangan."Paling kurang pun, kita minta buat tazkirah sekurang-kurangnya 30 minit,"

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Badrul berkata pihaknya memilih membuat penerangan di masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan memandangkan pada masa itu ramai umat Islam berkumpul bagi beribadat.

Tidakkah ianya sudah jelas, bahawa umat Islam mahukan keberkatan, kemaafan dan ketengan di bulan Puasa dan bukannya politik sampah pakatan.

Nampaknya tidak cukup mereka berpolitik sepanjang tahun, kali ini dahlah bulan Ramadan al Mubarak dan di masjid yang suci pula tu mereka berpolitik tidak kira masa dan tempat.

Bawa-bawalah bertaubat.. umat Islam mahukan ketenangan dan 'maghfirah' di bulan puasa... dan bukannya politik sempit pembangkang.

Sekrang nak lihat tindakan JAIS.. berani ataupun tidak hendak bertindak terhadap mereka yang mencemarkan masjid..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itulah yg merisaukan. Pakatan rosak sedang cuba mengusai masjid dan surau2. Di tempat Kalam Timur, masjid tak habih dgn masalah setelah pas ambil alih. Imam muda lantikan diorang resign, tok siak pun resign, mcm2 lagi lah!!!

Mohon link kan blog tuan ke blog saya di: http://warkahkalamtimur.blogspot.com/

Saya pun akan link n follow blog tuan.

Demi agama, bangsa dan negara

Aspirasi berkata...

TERIMA KASIH ATAS MAKLUMAN..

Kongsi Link Anda