Popular Today

Isnin, September 27, 2010

INI MESYUARAT PARTI POLITIK ATAU KUMPULAN SAMSENG!!!

Kecoh, ugut, pulau, bergaduh dan tipu !!!... itulah senario yang berlaku dalam mesyuarat parti politik PKR... tapi ramai 'konfius'.. ini mesyuarat parti politik ke.. mesyuarat kumpulan samseng..

Inilah sejarah mesyuarat parti politik yang paling teruk, kotor dan tidak terkawal dalam negara ini [rujuk sini]. Presiden parti tidak boleh buat apa-apa.. maklumlah presiden Parti sebelum ini dah macam tunggul.. jadi takde bezanya dulu dengan sekarang, sama sahaja tunggul..
Menurut Malaysian Insider akhbar online pro-pembangkang - "pemilihan menggunakan sistem secara langsung, menyaksikan situasi paling buruk - kali pertama sejak bermulanya mesyuarat agung tahunan cabang minggu lalu dengan pemilihan enam bahagian digantung dan dipertikaikan.

Lima daripada bahagian itu melibatkan negeri Selangor iaitu Klang, Kapar, Kuala Langat, Subang dan Kota Raja.

Satu lagi cabang melibatkan Parit Sulong di Johor.

Di Petaling Jaya Utara, Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong kalah dan mendakwa pesaingnya tidak layak bertanding tetapi namanya dibenarkan.

Seorang pemimpin yang terlibat dalam pengurusan pilihan raya menyifatkan perjalanan pemilihan hari ini khususnya di cabang-cabang di Selangor itu sebagai “sangat teruk” dan di luar jangkaan mereka.

“Ini kali pertama kami mengadakan pemilihan langsung, yang sepatutnya ahli-ahli menunjukkan contoh kepada negara bahawa PKR mampu mengadakan pemilihan dengan tenang dan bersopan, tetapi sebaliknya berlaku,” kata pemimpin dengan namanya tidak mahu didedahkan.
Ini adalah gambaran sebenar PKR,parti rakus dan gila kuasa. Ia menunjukkan kepada negara mengenai ketidak percayaan rakyat terhadap kepimpinan PKR terhadap pengurusan parti. Seterusnya menunjukkan sepatutnya PKR tidak layak untuk menerajui negara.

Selain itu ramai YB dan pemimpin utama PKR juga tewas dalam merebut jawatan ketua cabang antaranya, Datuk Kamarul Bahrin Abas- Telok Kemang, Elizabeth Wong - Petaling Jaya Utara dan Naib Presiden PKR Mustafa Kamil Ayub juga menerima tamparan awal apabila tewas tipis 17 undi dalam pemilihan peringkat cabang Pasir Salak.

Di Subang pula, R Sivarasa, peguam kes liwat anwar kalah teruk dalam pertandingan ketua Cabang PKR Subang [rujuk sini]. Kalau kalah sikit tipis takpe. Ini kalah teruk. kat bawah ni keputusan undi:

1) najmi 163 undi
2)shahrom 0 undi
3)shawal 6 undi
4)sivarasa 5 undi
5)nathan 13 undi

Kekalahan mereka menunjukkan rakyat tidak percaya dengan Wakil Rakyat PKR, sebab itu akar umbi menolak mereka. Mereka gagal tunjuk prestasi di kawasan masing-masing, setakat glamor je tapi tak buat kerja untuk rakyat. Selain itu, masalah moral pemimpin PKR yang tidak mungkin rakyat boleh menerimanya sebagai pemimpin.

Ini tidak termasuk unsur kronisme dalam pemilihan suamai isteri dan anak.. ANwar, Azizah dan Nurul Izzah.. dan arahan pihak tertentu supaya calaon atau tidak calonkan pihak tertentu.. biasanya arahan ini diikuti dengan politik wang.. tidak mungkin arahan dengan air liur sahaja..

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda