Terima kasih diucapkan kepada pengirim email yang sanggup berkongsi gerak kerja serta survey Pakatan Rakyat Selangor.. Berikut ialah email yang dikirimkan beliau
Semalam saya ada menerima panggilan dari seseorang yang ingin buat survey mengenai ekonomi negeri selangor, interviewer ingin interview saya selama 10 minit sahaja. saya kata okay tapi cepat sikit kerana saya nak melawat kawan yang kemalangan di hospital.
mula2 mula tanya soalan peribadi, umur, kawasan rumah. lepas tu tanya soal PBT, effisyensi dan sebagainya. Saya jawab tiada masalah cuma kenapa masalah GRO, spa dan rumah urut menjadi-jadi di kawasan Parlimen tempat tinggal saya.
Sipenyoal mula bertanya tahap kepuasan saya mengenai masalah air, prestasi kepimpinan kerajaan negeri. jawab saya mudah saja, jika kerajaan buat kerja, tak timbul soal penolakan rakyat. Ini tidak, janji pilihanraya ada berpuluh2 tapi yang ada cuma satu, pemberian air percuma> pemberian wang ehsan pada ibu tunggal dan juga wang kepada pelajar yang masuk U, batang hidung pun tak nampak. Kerjaan negeri cuma war-warkan apa yang nak di buat tapi proses bagaimana nak dapat pun tak telus.
selepas itu tiba isu bab Murtad, si penyoal kata adakah isu murtad ini benar2 berlaku atapun hanya dakwaan musuh politik yang membesar-besarkan isu. Jawab saya, saya dah hidup hampir setengah abad, benda ini benar2 berlaku kepada rakan adik saya, hingga satu famili jadi murtad, perkara yg berlaku lebih 30 tahun yang lalu dan saya berpegang kepada hadis/quran...Yahudi dan nasara tidak akan berhenti menyesatkan kamu hingga kamu mengikuti mereka.jawap seterusnya ialah perkara ini benar-benar berlaku dan hari ini tidak mustahil telah merebak dengan pantas.
banyak juga soalan yang dikatakan hanya 10 minit....berlanjutan hingga 30 minit.
cuma ada satu soalan yang saya smash pada si penyoal. soalan berbunyi...Adakah Tuan puas hati Prestasi Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang .A amat puas hati, B Puas Hati, C Tidak Puas Hati D. Amat tidak puas hati....jawab saya.. ialah...saya nak pilih jawapan F kerana beliau tiada kredebility sebagai Ketua Pembangkang.....tak layak pun...Tiada yang positif dari beliau. Patut Pemimpin jaga Rakyat ini rakyat terpaksa cover pemimpin....
Mereka juga tanya saya siapa saya pilih dalam PRU13 nanti...A. BN..B..PKR..C.DAP. D.PAS jawab saya...yang memerintah pusat sekarang...PKR tiada dalam radar saya dan nilai nya setakat letak kat tapak kaki saya saja....
Sekianlah sahaja buat pengetahuan AB... saya rasa sekarang PR sedang survey rambang sokongan Rakyat selangor melalui telefon. So BN bila lagi nak bertindak!!!
Kalau peluk tubuh nanti dibalut tubuh dengan kapan dan BN jadi arwah politik...
maaf saya tidak mahu di kenali....setakat guna nick name ZH sahaja memadai.....
wasalam...
En.Zee USJ
2 ulasan:
SYABAS, JAWAPAN YANG TERBAIK DARI ZH.
SAYA JUGAK WARGA SELANGOR. TUNGGULAH PR BILA SAMPAI MASANYA.
-ART-
Murtad bukan sekadar bermula sejak 2008 tetapi telah lama berlaku bermula sejak 80an hingga 90an.. zaman itu PR memerintah? Murtad ketika itu ada tetapi menjadi senyap sunyi kerana media di pegang UMNO BN.. :-)
Catat Ulasan