Popular Today

Selasa, April 23, 2013

Pekerja Kontrak RTM mati selepas bergaduh dengan jentera PAS Gua Musang




 Takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Bin Yaacob (Pekerja Kontrak RTM Gua Musang).

Berikut adalah laporan Polis kejadian berikut :


PADA 23/4/2013 JAM LEBIH KURANG 0045 HRS SEMASA SAYA BERADA DIRUMAH SAYA DI HADAPAN PEJABAT PAS GUA MUSANG, SAYA TERDENGAR BUNYI HON KERETA SUAMI SAYA DAN SAYA MELIHAT SENDIRI DARI TINGKAP KELIHATAN SEBUAH HILUX NO PENDAFTARAN DCB 7171 SEDANG MENGHALANG KERETA SUAMI SAYA DAN SAYA MEMINTA PEMANDU M/HILUX TERSEBUT MENGALIHKAN KENDERAAN KE TEMPAT LAIN DAN SUAMI SAYA MASUKAN KERETANYA DI HADAPAN RUMAH. SELEPAS ITU SUAMI SAYA KELUAR DARIPADA KERETANYA PEMANDU MHILUX ITU MARAH SUAMI SAYA DENGAN BERKATA “TAK BOLEH KE KALAU TAK BUNYI HON” LALU SUAMI SAYA MEMBALAS DENGAN KATA-KATA “INIKAH CARA ISLAM DI HDAPAN RUMAH ORANG”. MAKA BERLAKULAH PERGADUHAN DAN PERTENGKARAN  DIANTARA SUAMI SAYA DAN PEMANDU M/HILUX TERSEBUT. SEMASA PERGADUHAN BEBERAPA ORANG YANG MELIHAT KEJADIAN TERSEBUT DATANG MELERAI PERGADUHAN. SELEPAS PERGADUHAN DILERAIKAN, SUAMI SAYA MASUK KE DALAM RUMAH DAN MENGADU SESAK NAFAS. LALU SUAMI SAYA MEMINTA UBAT DAN MEMBARINGKANNYA LALU DIA MENYURUH SAYA MENGURUT SELURUH BADAN DAN UNTUK MEMBERI KELEGAAN. KERANA BIMBANG KEADAANNYA SAYA TERUS MEMBAWANYA KE HOSPITAL GUA MUSANG UNTUK PEMERIKSAAN KESIHATAN. TAPI DALAM PERJALANAN DAPATI MANGSA TELAH PUN MENINGGAL DUNIA


Kematian Mengejut Mohamad Bin Yaacob (Pekerja Kontrak RTM Gua Musang).

Menurut kawan2 Kronologi Kejadian seperti berikut:
- Menurut cerita yang boleh dipercayai, selepas membuat liputan program BN di Panggong Lalat, arwah pulang ke rumahnya iaitu berhampiran Markas Pas Kawasan Gua Musang (Rumah Sewa) kira-kira jam 12.30 Malam;
- Semasa beliau sampai ke rumahnya, beliau mendapati bahawa ada kereta jenis Toyota Hilux  menghalang tempat parking kereta di rumahnya. Lalu beliau membunyikan hon beberapa kali;
- Pemandu kenderaan tersebut datang dan berlaku pertengkaran bersama arwah. Selepas itu berlaku bergelutan;
- Isteri arwah melihat melalui jendela, penyokong Pas yang berada di Markas datang meleraikan pergaduhan arwah suaminya dengan salah seorang penyokong Pas tersebut;
- Selepas dileraikan, arwah masuk ke rumah dan mengadu sesak nafas, lalu diberi makan ubat;
- Namun arwah meninggal semasa dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang.

Menurut sumber yang dipercayai, doktor mengesahkan bahawa arwah meninggal akibat sakit jantung. Namun siasatan mengenai punca pergaduhan diteruskan oleh pihak polis. Pergaduhan berlaku dipercayai adanya dendam penyokong Pas terhadap arwah kerana sering membuat liputan berkaitan isu kelemahan kerajaan Pas Kelantan terutama isu ladang rakyat.


Pihak polis sedang lakukan penyiasatan..

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda