Dah tiba masanya mereka yang menghina islam atau sengaja membuat rasa tidak selesa di kalangan masyarakat majmuk ini diberikan tindakan tegas..
Menurut Agenda Daily Apa yang diberitahu oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail Selasa mungkin akan mengundang rasa gerun mereka yang gatal tangan nak persenda agama orang lain dan lain-lain yang menyentuh sensitiviti seumpamanya.
Tindakan Alvin Tan dan Vivian Lee memang sangat melampau.. dan juga jangan ingat mereka hanya boleh didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia saja kerana isu 'selamat menyambut Rahadhan bak kut teh'. Aksi biadap pasangan ini bukan ini sahaja bahkan sebelum ini lagi yang berbentuk provokasi.
Menjawab soalan wartawan semasa sidang akhbar selepas satu majlis di Bangi,Gani mengesahkan Akta Hasutan boleh digunakan untuk siasat dan dakwa mereka.
Katanya pertimbangan akan dibuat untuk tujuan berkenaan.
Hukuman dibawah Akta Hasutan adalah lebih berat dibandingkan dengan bawa Akta Komunikasi dan Multimedia.
Menurut Gani pasangan Alvin dan Vivian boleh didakwa serentak dibawah dua akta berkenaan.
Namun kalau diingatkan kembali.. mereka hanya iku gaya kepimpinan mereka iaitu Anwar Ibrahim... bapak borek, anak rintik..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan