Popular Today

Khamis, Julai 18, 2013

Bila Menteri merayu pada Peguam Negara



Fahamilah tugas polis.. itu antara kata2 yang dikeluarkan oleh Menteri KDN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Beliau merayu pada Peguam negara supaya melihat kembali sisi lain polis yang kini menjalankan tugas tanpa "taring" susulan pemansuhan Ordinan Darurat (EO). Ianya ekoran Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid ABu Bakar minta undang-undang2 baru menyamai EO bagi membendung jenayah senjata api yang kerap berlaku kebelakangan ini
    

"Kami bukan mohon simpati pada masyarakat tetapi fahamilah tugas polis, sebab kalau kadar jenayah naik polis yang kena (dipersalahkan), tetapi apabila polis tangkap, dilepaskan... kononnya masalah teknikal dan pendakwaan yang tidak kukuh," katanya.   

Katanya ketiadaan EO dan tiada saksi yang tampil membantu siasatan menyebabkan penjenayah semakin berani melakukan jenayah yang radikal dan agresif termasuk membunuh menggunakan senjatapi.

Sekarang rakyat melihat betapa besar EO dalam pelaksanaan undang-undang. sebab bukan semua jenayah boleh dilhat dengan bukti nyata. 

Namun rayuan Menteri terhandap Peguam Negara ini sesuatu yang perlu dipandang serius. Ianya berkaitan keberkesanan tugas polis dengan menghadapi cabaran baru yang lebih getir lagi. Apatah lagi ianya berkaitan dengan keselamatan rakyat dan negara!!

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda