Rakyat Johor di jemput hadir memberi maklum balas di makmal pameran hari terbuka Pelan suara hati johor di Medini Mall Nusajaya pada 31 Mei 2014 yang akan dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin pada hari Sabtu, bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Ikuti peluang ini untuk mengetahui lebih lanjut lagi maklumat dan pelan strategik ke arah memacu transformasi pentadbiran kerajaan negeri Johor.
Pelan Suara hati Johor inisiatif menteri besar Johor adalah bagi merakyatkan Kerajaan , melestarikan pembangunan Pro Rakyat dan memperkasa muafakat Johor bertemakan kerajaan berteras pencapaian
Ayuh bersama melakar masa depan Johor
Aktiviti
1. Pameran Pelan Suara Hati Johor
1000 - 1800
i)Pameran Pelan Suara Hati Johor memaparkan inisiatif-inisiatif pro-rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Johor.
Memberi peluang kepada orang ramai mengemukakan maklum balas ke atas langkah-langkah yang diambil oleh pentadbiran Negeri Johor disamping membangkitkan isu-isu utama rakyat untuk perhatian kerajaan negeri.
2. Pendaftaran secara online Rumah Mampu Milik Johor
1000 - 1800
3. Pendaftaran kerja secara online melalui Jobs Malaysia
Memberi peluang kepada pengunjung untuk membuat pendaftaran online dan penyesuaian kerja.
4. Pendaftaran Duta Muafakat Johor
5.Sembang bersama EXCO
Sesi sembang DJ bersama setiap EXCO untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan.
6. EXCO bersama rakyat
1200 - 1400
EXCO berada di kawasan pameran bagi mendengar masalah dan mendapatkan cadangan rakyat.Pengunjung berpeluang bertemu dan barbincang bersama EXCO secara bersemuka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan