Popular Today

Rabu, Jun 11, 2014

Abby sah bercerai talak satu


Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar sah bercerai talak satu selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mensabitkan lafaz cerai luar mahkamah melalui SMS yang dihantar Muhammad Noor Farhan, Mei lalu.
Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin membuat keputusan itu selepas meneliti semua dokumen & mendengar keterangan kedua-dua pihak.
Bagaimanapun, cerai pertama pada Januari lalu yang dihantar Muhammad Noor Farhan melalui SMS kepada rakannya, mahkamah tidak mensabitkan jatuh talak berikutan SMS itu adalah lafaz yang tidak sah kerana tidak memenuhi rukun dan syarat sah talak.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga secara rahsia pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand setelah berkenalan selama dua minggu. (rtky/m)

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda