Popular Today

Memaparkan catatan dengan label Muhyidin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhyidin. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 30, 2013

Isu kenyataan TS Muhyiddin selesai : Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah

0 Komen!!!



Inilah sikap matang yang ditunjukkan Ketua Pemuda PAS Kedah.. apabila menganggap kes kenyataan TS Muhyiddin yang disalah anggap telah selesai. Dia mengakui PAS hanya menerima kes tersebut dari sumber kedua.

Beliau sendiri telah menyerahkan memorandum rasa terkilan PAS terhadap Tan Sri Muhyiddin, namun beliau juga menyatakan TS Muhyiddin sebagai pemimpin besar dengan rendah diri memohon maaf jika kenyataan beliau di salah tafsir dan minta semula semua pihak untuk melihat fakta semula.




Tahniah dan Terima Kasih kepada Tan Sri Muhyiddin kerana bersifat merendah diri dan berjiwa besar apabila dengan rendah diri meminta maaf.. mungkin ini adalah salah cakap dari beliau atau salah faham itu no2.. yg penting minta maaf sesama Islam..


Rabu, Februari 24, 2010

Itu kepala, batu ada duduk..

0 Komen!!!
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penasihat DAP Lim Kit Siang mempunyai pelbagai masalah dalam kepalanya sehingga terdorong menuduh beliau tidak menyokong sepenuhya gagasan 1Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri berkata dakwaan tidak berasas oleh Lim itu merupakan satu perangkap untuk melaga-lagakan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengilhamkan gagasan 1Malaysia.

Ia juga membuktikan parti-parti pembangkang kehabisan isu yang boleh digunakan terhadap kerajaan, katanya kepada pemberita selepas menyaksikan demonstrasi Robotec oleh pelajar-pelajar sekolah dalam kawasan Parlimen Pagoh di Muar hari ini. Muhyiddin (kiri) adalah juga Anggota Parlimen Pagoh.

"Saya fikir Lim Kit Siang tidak faham tentang pendirian saya (tentang gagasan 1 Malaysia) kerana di dalam kepalanya penuh dengan pelbagai masalah, ditambah pula dengan masalah yang dihadapi oleh parti pembangkang."

"Kesemua masalah ini meletakkan Kit Siang dalam keadaan tertekan dan sebab itulah beliau mahu mengalihkan perhatian rakyat," kata Muhyiddin.

Menurutnya lagi, kabinet dan semua pihak tahu bagaimana beliau dan rakan-rakan dalam kerajaan sentiasa mencari jalan terbaik untuk menjayakan gagasan 1Malaysia.

Ketika menyifatkan dakwaan Lim itu sebagai mahu melaga-lagakannya dengan Najib, Timbalan Perdana Menteri berkata hubungannya dengan Perdana Menteri adalah teguh dan beliau mempunyai pendirian yang sama dengan Najib.

"Saya harap kita semua tidak terjebak dengan politik mereka yang mahu melaga-lagakan pemimpin-pemimpin kita. Ini adalah cara mereka sejak dari dahulu lagi," katanya.

Muhyiddin berkata beliau sememangnya menyokong gagasan 1Malaysia kerana ia bersandarkan kepada prinsip dan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Semalam, Malaysian Insider memetik Lim sebagai mencabar Muhyiddin supaya menyatakan pendiriannya mengenai 1Malaysia selain mendakwa kononnya Muhyiddin sering membuat kenyataan yang bertentangan dengan Najib berhubung gagasan itu.

- Bernama

Kongsi Link Anda