Popular Today

Khamis, Oktober 30, 2008

Polemik nama papan tanda

1 Komen!!!
Setelah 51 tahun merdeka, rakyat Malaysia kini masih tercari-cari tulisan dan bahasa apa yang patut ditulis pada papan tanda jalan sehingga menjadi polemik di kalangan rakyat Malaysua.

Samada yang mencadangkan papan tanda jalan ditulis dengan bahasa bukan Melayu seperti Cina, India dan sebagainya tidak faham, bodoh, tidak patriotik dan tidak menghormati bahasa kebangsaan atau sengaja memainkan sentimen perkauman. Adalah pelik, kerana mereka yang mencadangakan ini ialah pemimpin parti tertentu, tetapi telah hilang semanagat patriotismenya dan berjuang berdasarkan sentimen semata-mata. Inilah akibat jika sesuatu pemimpin yang dipilih kerana sentimen dan tidak menghormati perlembagaan negara. Ini amatlah memalukan bagaimana rakyat boleh memilih pemimpin yang tidak mempunyai jatidiri nasional sehingga menjadikan urusan negara ini seperti rojak dan tidak mengikut sistem yang telah tersedia semenjak sekian lama.

Harus diingat, berdasarkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi. Bahasa Melayu boleh ditulis dengan dua cara iaitu rumi dan jawi. Manakala penggunaan bahasa Inggeris yang ditulis pada papan tanda jalan kerana bahasa tersebut adalah bahasa global yang digunakan di peringkat antarabangsa.

Sepatutnya tulisan dan bahasa apa yang patut ditulis tidak wajar menjadi polemik rakyat walaupun papan tanda tersebiut hendak diletak di bandar yang telah diumumkan sebagai bandar warisan dunia.

Permintaan DAP untuk hanya meletakkan bahasa Cina dan India hanyalah berdasarkan sentimen semata-mata. Dan jika hendak meletakkan bahasa yang lain, sepatutnya bahasa Iban dan kadazan adalah lebih utama berbanding bahasa Cina dan India kerana mereka lebih lama bertapak dibumi Malaysia berbanding Cina dan India yang hanya datang pada kurun ke 19 yang lalu. Bagi pemimpin DAP perlulah cermin diri dahulu!

Tetapi Negara ini mempunyai perlembagaan dan undang-undang, maka bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sahajalah yang perlu didaulatkan.

Selasa, Oktober 28, 2008

SATU LAGI JAWATAN TERTINGGI UNTUK BUMIPUTRA BAKAL GUGUR

2 Komen!!!
Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi dilantik sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh selama setahun.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan Siew Moi yang sepatutnya bersara tahun ini tetapi dilanjutkan tempoh persaraannya bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS sekarang, Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini.

''Jika kedua-duanya bersara serentak, ia tidak boleh menjamin penerusan pentadbiran PKNS yang berkesan dan kerana itu saya telah meminta Siew Moi agar menangguhkan persaraannya dan sebaliknya bekerjasama dengan Lembaga Pengarah PKNS bagi menerajui urusan pentadbiran PKNS sehingga calon yang sesuai dilantik bagi mengisi jawatan Pengurus Besar ditemui,'' katanya pada sidang media.

Siew Moi sudah 35 tahun berkhidmat dengan PKNS termasuk 11 tahun sebagai Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun, yang bertanggungjawab ke atas bahagian korporat dan kewangan serta pengurusan aset PKNS.

Mengenai calon jawatan Pengurus Besar PKNS, Abdul Khalid tidak menolak kemungkinan calonnya adalah dari luar PKNS.

kata Aspirasi: Mungkin sudah tiada orang Melayu Selangor yang layak untuk memangku jawatan Pengurus Besar PKNS mungkin inilah kata-kata yang akan terkeluar. Untuk memangku mungkin tiada masalah tetapi, untuk mencari pengganti sebenar mestilah di kalangan Melayu Selangor. Walau bagaimanapun, apa salahnya untuk mencari orang Melayu Selangor yang sesuai dan layak untuk memangku jawatan tersebut atau seperti Datuk Harun Salim sendiri yang patut disambung perkhidmatannya kerana PKNS ditubuhkan adalah untuk kepentingan Bumiputra.

Kita mengetahui bagaimana Khalid Ibrahim sentiasa cuba melontar isu khasnya yang berbaur perkauman akhirnya mengharapkan orang Melayu memainkan sentimen perkauman dan terus mengukuhkan cengkaman PKR terhadap bukan Melayu ini boleh dilihat beberapa isu yang dimainkan oleh beliau seperti isu babi dan isu UITM. Tindakannya jelas supaya secara konsisten UMNO dilihat sebagai anti atau tidak adil kepada bukan Melayu. Nampaknya Khalid Ibrahim sekali lagi menggunakan taktik yang sama iaitu memainkan setimen perkauman.

Sikap Khalid Ibrahim inilah sebenarnya yang akan menghapuskan hak keistimewaan Orang Melayu kerana akhirnya menimbulkan rasa kurang senang dan kurang puas hati di kalangan rakyat khasnya Melayu dan bukan Melayu demi kepentingan PKR.

LAGI DESAKAN MANSUH EKUITI BUMIPUTRA

0 Komen!!!
Oleh ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 27 Okt. – MCA meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.

Naib Presidennya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, ini kerana elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kini adalah daya saing yang kuat bagi membolehkan negara berhadapan dengan kesan buruk ekonomi dunia.

“Ekuiti perlu dibuka, berikan kelonggaran agar sesebuah syarikat itu berdaya maju dalam menghadapi situasi ekonomi dunia yang semakin meruncing,” katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di sini hari ini.

“Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.

Tiong Lai menambah, sudah tiba masanya merit atau daya saing sesuatu syarikat itu diberikan keutamaan dan bukannya persoalan berkaitan ekuiti bumiputera.

Kata Aspirasi: Nampaknya isyarat untuk menghapuskan hak keistimewaan Melayu semakin jelas ditimbulkan. Selain itu juga, secara tidak langsung kenyataan tersebut menjelaskan bahawa dengan adanya ekuiti bumiputra sesuatu syarikat tidak mampu bersaing. Adakah kegagalan bersaing di sebabkan ekuiti bumiputra atau kegagalan pihak pengurusan itu sendiri. Ramai golongan Melayu yang semakin cerdik pandai untuk yang boleh membantu syarikat tersebut bersaing dengan lebih maju. Ataupun cadangan ini adalah strtaegi tersusun untuk hapuskan penglibatan Bumiputra di kalangan syarikat tersebut.

Kesimpulannya : Ekuiti Melayu adalah termaktub dalam perlembagaan dan perlu dihormati, maka semua pihak menghormatinya dan jangan mempertikaikannya.

Khamis, Oktober 23, 2008

TERSIRAT ISU PELAJAR UPM

3 Komen!!!


Dalam kesibukan Minggu Pilihanraya kampus, isu mengenai pelajar UPM di buang kolej umpama menjadi isu utama tajuk beberapa akhbar khasnya akhbar on-line. Isu yang sepatutnya menjadi isu biasa tetapi kini digambarkan sebagai isu yang besar gara-gara musim Pilihanraya Kampus.

Secara tersuratnya ialah dilihat aspek tindakan UPM terhadap pelajarnya adalah isu dalaman kampus iaitu tindakan kedua-dua pelajar masih dianggap bersalah kerana melanggar peraturan kolej kediaman. Secara lojiknya, pelajar ini sepatutnya boleh membuat aduan di Kementerian Pengajian Tinggi dan tidak perlu untuk merujuk kepada wakil rakyat PKR.

Namun secara tersiratnya ianya adalah mainan politik pihak tertentu untuk menjadikannya sebagai isu supaya timbul perasaan tidak puas hati dikalangan mahasiswa terhadap kepimpinanan dan pengurusan pihak universiti. Memang jelas peranan parti politik PKR dalam isu ini. Dalam masa itu pihak pro pembangkang akan menuduh pihak tertentu khasnya pihak aspirasi kerajaan dalam mendalangi isu ini.

Namun apa yang lebih penting 'timing' atau masa isu mahasiswa ini ditimbulkan mestilah diambil kira supaya dapat menimbulkan sentimen anti kerajaandi kalangan pelajar seterusnya dapat menjaminkan kejayaan pro pembangkang untuk memegang tampuk kepimpinan pelajar dalam kampus.

Ini adalah taktik yang semakin ketara di kalangan pro pembangkang untuk melontarkan isu khasnya pada masa tertentu untuk menarik sokongan dan simpati mahasiswa terhadap mereka khasnya semasa pilihanraya kampus. Tujuannya mudah iaitu untuki menarik perhatian pelajar IPT yang lain.

Dalam isu ini, rakyat boleh membayangkan bagaimana parti politik pembangkang secara langsung menggangu urustadbir kampus itupun dalam keadaan AUKU masih ada. Jika AUKU ditiadakan nescaya akan banyak lagi campurtangan pihak pembangkang dalam urusan kampus dan hel ehwal pelajar.

Negara demokrasi harus benarkan pelajar berpolitik - Hadi
Intan Abdullah
Wed | Oct 22, 08 | 3:20:27 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Hrkh) - Berdasarkan pindaan terbaru Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memansuhkan perkara 15 dan 16 yang menghalang mahasiswa terlibat dengan pertubuhan dan persatuan di luar kampus.
Iklan




Kenyataan demikian dibuat Timbalan Menteri KPT, Dato' Idris Haron (BN-Tangga Batu) menjawab soalan tambahan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) pada sesi soal jawab lisan, semalam.

Jelasnya, pindaan Auku 1991 telahpun dibacakan kali pertama Julai lalu yang telah melalui proses kajian serta perbincangan yang agak panjang dengan pindaan sebanyak 69 daripada 119 fasal.

Ustaz Hadi sebelum itu menegaskan bahawa negara yang demokrasinya maju tidak menghalang mahasiswa dan ahli akademik melibatkan diri dalam politik dan pertubuhan-pertubuhan ke arah melahirkan pemimpin pelapis.

Sementara itu, Idris turut menjelaskan alasan larangan mahasiswa berpolitik secara aktif yang didakwa akan mewujudkan polarisasi kaum, ideologi dan agama di kalangan kaum yang mempunyai pendedahan kepada plural society.

Ia merupakan jawapan kepada soalan tambahan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy jamaludin (BN-Rembau) yang memohon penjelasan berkaitan senario yang hanya membenarkan mahasiswa di luar negara bergiat secara aktif dengan kelab yang ditubuhkan oleh parti-parti politik di sana.

"Kenapakah mahasiswa ini tidak diberikan kebebasan untuk menyertai parti-parti politik sedangkan di luar negara mereka boleh menyertai kelab-kelab yang telah ditubuhkan secara langsung oleh parti politik tertentu di Malaysia?

"Apakah perbezaan pelajar universiti tempatan dan universiti luar negara yang tidak membenarkan pelajar kita di sini menyertai parti politik, tetapi hanya dibenarkan menyertai pertubuhan NGO dan apakah sebab mereka disekat dari terus untuk pergi kepada parti politik?" katanya.

Idris berhujah dengan menyatakan alasan tindakan KPT memperkenalkan Akta 15 ini bagi mengelakkan mahasiswa daripada terpengaruh dengan mana-mana parti politik yang boleh menjejaskan tumpuan mahasiswa kepada akademik.

Rabu, Oktober 22, 2008

Wartawan BH dihalau membuat liputan sidang DUN Kelantan

1 Komen!!!
KOTA BHARU: Wartawan Berita Harian yang membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, pagi ini dihalau keluar daripada Kompleks Kota Darul Naim.

Tindakan itu dipercayai ada kaitan dengan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Pas semalam yang membidas tajuk muka depan akhbar ini mengenai titah ucapan Sultan Kelantan ketika merasmikan dewan itu kelmarin.

Mereka mengesyorkan agar wartawan Berita Harian dilarang membuat liputan persidangan selama seminggu.

Kata Aspirasi : Inilah akibatnya jika tidak mahu menghadapi kebenaran, iaitu hakikat kegagalan kerajaan PAS negeri kelantan mentadbir negeri.

DUN K'tan: Wartawan BN dilarang buat liputan (Malaysiakini)
Oct 22, 08 12:40pm

Wartawan Berita Harian tidak dibenar membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan selepas akhbar itu tidak menyiarkan ralat berhubung laporan yang didakwa tidak tepat mengenai titah Sultan Kelantan yang disiarkan semalam.

Speaker Dewan Mohd Nassuruddin Daud berkata beliau sudah membaca akhbar Berita Harian hari ini, dan mendapati tiada ralat disiarkan berhubung laporan akhbar itu semalam yang bertajuk ‘Sultan murka kerajaan Pas sagal tadbir Kelantan’.

"Mengikut Perkara 14 Peraturan Dewan saya mengambil keputusan agar wartawan akhbar itu tidak dibenarkan membuat liputan sepanjang dewan bersidang," katanya di sidang Dewan Undangan Negeri yang ketiga (Belanjawan) di Kota Bharu hari ini, demikian dilaporkan Bernama.

Semalam, Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) mendesak supaya Berita Harian memohon maaf dan wartawannya ditegah membuat liputan sidang DUN ekoran tajuk muka depan akhbar itu yang dianggapnya mencemarkan imej kerajaan dan Sultan Kelantan.

Syor Zainuddin itu disokong beberapa anggota PAS yang lain, sehingga memaksa Mohd Nassuruddin menenangkan keadaan dan memberi tempoh kepada akhbar itu untuk meminta maaf dalam siarannya esok, atau tindakan sewajarnya akan diambil.

Ekoran kenyataan Mohd Nassuruddin hari ini, wartawan Berita Harian ,Khairul Anuar Abdul Samad diarahkan oleh pihak keselamatan pejabat kerajaan negeri agar meninggalkan kawasan bangunan itu.

Ketika ditemui Bernama di luar sidang dewan, Khairul berkata beliau menerima keputusan itu, namun tidak berpuas hati dengan keputusan melarang wartawan akhbar berkenaan membuat liputan sepanjang dewan bersidang.

"Selama ini kami membuat liputan mengenai perkara yang perlu dihebahkan oleh kerajaan negeri, dan kami juga melaporkan maklumat yang ingin disampaikan kepada rakyat. Keputusan ini (larangan membuat liputan persidangan) sebenarnya merugikan kerajaan negeri sendiri," katanya.

Katanya beliau tiba untuk membuat liputan sidang dewan pada jam 9 pagi dan pihak keselamatan meminta beliau agar tidak berada di dalam bangunan kerajaan negeri mengikut arahan Speaker Dewan.

Selasa, Oktober 21, 2008

Gagal mentadbir - Fairus letak jawatan presiden FAP

0 Komen!!!


Timbalan Ketua Menteri, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan meletakkan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), berkuatkuasa minggu ini.

Beliau berkata keputusannya itu bagi membolehkannya menumpukan tugas dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Inilah antara contoh pemimpin PKR, pandai temberang rakyat sahaja. Jika dulu bohongi rakyat untuk mebentuk kerajaan oleh presidennya dan kini pula anak buahnya. Setelah puas temberang rakyat, tinggalkan begitu sahaja sehingga terkontang-kanting FAP untuk hadapi liga Perdana musim depan. Adakah ini cara untuk jadi pemimpin?

Jika setakat persatuan sukan pun tak boleh hendak selesaikan masalah, inikan pula hendak selesaikan masalah rakyat dan negara.

Kesimpulannya ialah pemimpin PKR gagal untuk mentadbir..

Banjir di Perak, Kedah dan Pulau Pinang musibah atau bala?

0 Komen!!!
Semenjak beberapa bulan yang lepas, kejadian banjir sering berlaku di negeri utara seperti Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Sebelum ini di Permatang Pauh, kemudian di Georgetown seterusnya di Perak dan sekarang di Kedah. Ada yang mengatakan sebagai bala kerana mengundi pakatan rakyat dan ada yang katakan pemimpin mereka sibuk berpolitik tak sempat nak uruskan kemudahan rakyat.

Rasanya inilah biasa yang akan disebut oleh pengikut dan media pembangkang sekiranya negeri yang masih ditadbir dibawah kerajaan BN mengalami kejadian banjir. Namun apabila banjir berlaku di negeri mereka hanya senyap sahaja. Adakah ini bala?, Walluhua'lam, mungkin juga. Atau adakah Pihak kerajaan tempatan mereka kini lebih sibuk berpolitik sehingga terlupa untuk melihat keadaan parit dan longkang yang semakin tersumbat.

Namun apa yang menarik ialah kerajaan negeri tersebut masih tidak ada perncangan khusus untuk mengatasi masalah banjir ini. Namun pemimpin mereka sibuk fokus kepada berpolitik dengan menuduh kerjaan lama itu dan ini, dari mengutamakan keperluan rakyat pada masa kini.

Walaubagaimanapun penulis mengucapkan takziah kepada semua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir ini kerana penulis pernah mengalaminya. Sesungguhnya 'sabar itu indah'.

Sistem merit untuk pilih pemimpin UMNO?

0 Komen!!!
Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu konsep meritokrasi politik diamalkan bagi memilih pemimpin berkebolehan dan menolak mereka yang mengamalkan politik wang pada pemilihan parti itu Mac ini.

Katanya, hanya pemimpin tulen akan sentiasa berada di barisan hadapan dalam menggerakkan agenda parti, khususnya dalam menghadapi musuh UMNO dan bukannya `bersembunyi' di belakang ahli.

``Kita mesti mewujudkan meritokrasi dalam politik. Kita tidak boleh memilih pemimpin itu kerana kita kenal dia dan dia ada wang, tetapi kita kena pilih berdasarkan kebolehan, kredibiliti dan pengalamannya.

``Perkara itu amat penting kerana kalau UMNO sendiri sudah tidak boleh menerimanya. Inikan pula rakyat di luar sana. Sudah tentu ini akan merosakkan UMNO dan Barisan Nasional (BN),'' katanya.

Persoalannya adakah ahli UMNO telah diajar untuk sistem merit. Sistem Merit ini patut digunakan pada setiap peringkat iaitu cawangan, bahagian dan pusat. Jika sistem ini berlakulah pasti peristiwa hitam pada pilihanraya umum yang lalu tidak akan berlaku lagi.

Namun jika dilihat situasi sekarang, cadangan ini hanyalah retorik semata-mata. Terdapat Pemimpin dan ahli UMNO masih belum mampu memisahkan diri dari politik wang untuk membeli undi perwakilan. Perjalanan sistem merit ini masih jauh perjalanannya.. Jika UMNO tidak mahu merubah dirinya pasti rakyat akan merubahnya.

Beringatlah sebelum kena!

Kongsi Link Anda