Popular Today

Jumaat, Julai 17, 2009

Pengundi Manik Urai tidak perlukan jambatan...

1 Komen!!!

Ada pihak PAS yang menyatakan bahawa BN menunaikan janji untuk membina jambatan kerana ianya bawah tanggungjawab BN...

Mursyidul Am Pas, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata pembinaan jambatan di Manek Urai adalah tanggungjawab kerajaan pusat kerana kawasan itu terletak dalam pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan (Kesedar).

Kalau ikut padangan saya.... Pengundi Manik Urai secara jelas menolak pembinaan jambatan kerana mengundi PAS.... jika pengundi sudah menolak... apakah ianya tanggungjawab BN... lagi... tanyalah PAS yang telah dipilih sebagai YB disana....

Jika Pengundi Manik Urai dan bersuara mereka tak perlukan jambatan... apa ke halnya si pemimpin PAS yang menyibuk pulak.... jangan salahkan BN... tapi salahkan pengundi kerana mengundi PAS...

Siapa Teoh dan mengapa semua ini berlaku kepada dirinya?

1 Komen!!!

Inilah kisahnya...

Ramai yang tahu Teoh ini adalah setiausaha politik dan pegawai khas kepada Ean Yong Hian Wah salah seorang exco kerajaan negeri, tapi ramai yang tak tahu yang Teo ni dulu pernah menjadi pegawai khas kepada MP Petaling Jaya Utara iaitu Tony Pua.

Yang penting Teo ni dah lama menyakitkan hati pemimpin DAP.

Masih ingat lagi pada 25 Mac lepas, Karpal Singh pernah memaki Pemuda UMNO dalam Parlimen dengan ayat "celaka" berikutan dengan kes itu, pemuda umno datang memnuntut penjelasan daripada karpal dan meminta karpal memohon maaf, tapi karpal celaka buat bodoh saje sehinggalah berlaku pertengkaran dan hampir-hampir terjadinya pergaduhan antara pemuda umno dan hero matcha gobinad singh deo.

Dikatakan terdapat 2 rakaman video ketika insiden tu berlaku, rakaman video pertama di percayai di rakam oleh salah seorang ahli DAP dari pada ipoh timur dan satu lagi rakaman video di rakam oleh seorang pegawai khas kepada ahli parlimen petaling jaya utara Tony Pua, rakaman video kedua itu kemudiannya di dowload kedalam youtube, orang yang bertanggung jawab merakam video itu ialah Teo yang baru sahaja mati petang tadi, dalam rakaman video tu, memang jelas yang pemuda umno langsung tidak mengusik karpal yang lumpuh separuh badan.

Bila kepimpinan DAP tahu Teo yang mengedarkan klip video tu, maka si Teo ni diberikan amaran oleh berberapa gangster yang di payung oleh Ronnie Liew dan Teo pula di tukar oleh kepimpinan DAP untuk bertugas di SUK dan Pejabat Adun Sri Kembangan supaya Ronnie dan Ean Yong Hian Wah supaya senang untuk memantau pergerakannya.

Menurut sumber, Teo kurang berpuas hati dengan cara pentadbiran berberapa adun DAP di selangor, cara Ronnie dan Hian Wah menggunakan kongsi gelap dalam pentadbiran kerajaan dan dengan suka-suka mengunakan peruntukan kewangan kerajaan negeri membiayai kegiatan kwong si gelap tidak di senangi oleh Teo dan memang betul apa yang di laporkan oleh ahli parlimen wangsa maju YB. Wee Choo Keong yang mana ronnie dan Hian wah menggunakan kongsi gelap, dan pejabat Exco telah digunakan sebagai tempat bermesyuarat mereka yang dikatakan mempunyai kaitan dengan peniagaan haram dan aktiviti haram.

Mungkin tidak tahan dengan kerenah kongsi gelap yang selalu turun naik pejabatnya maka Teo mula mengugut Ronnie dan Hian Wah supaya memberhentikan segera kegiatan itu tapi tidak di endahkan oleh dua ekor exco itu. sudah tidak tahan dengan keadaan itu maka Teo dengan beraninya membuat laporan kepada SPRM tentang kegiatan ronnie dan Hian Wah.

Bagaimana pula ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.Selain Ean dan Lau, Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) and Edward Lee (Bukit Gasing) turut terlibat?

Perlu di ingat, fail-fail kes adun-adun yang lain tu telah lama berada dalam simpanan SPRM dan hanya menunggu masa sahaja untuk di bongkar. Mungkin SPRM melihat ini lah masa yang sesuai, maka SPRM pun bertindak. Kalau diperhatikan betul-betul adun-adun cina yang kantoi tu, mereka ni berkongsi satu majlis perbandaran yang sama, sebagai contoh, Teressa dan Hannah berkongsi sama PBT iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya, Wing Yin, Elizabeth, Edward dan Lau Weng San pula berkongsi Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Maka diatas percaturan dan sifat tamak mereka ni yang menjadi mangsa ialah Teo.

Perlu di ingat, kesemua ADUN cina di selangor menggunakan kongsi gelap untuk menjaga mereka dan Ah Long pula menjadi banker mereka,

Jadi, ADUN-ADUN ini pasti terikat dengan perjanjian bersama dengan Ah Long dan Kongsi Gelap tadi.


Satu bala besar akan menimpa ADUN Cina selepas Teoh dipanggil oleh SPRM.

Kematian Teoh pasti ada kaitan dengan Kongsi Gelap tadi maka inilah masanya Teoh perlu dihapuskan dari muka bumi ini.

Jadi Teoh telah ditolak dari tingkat 14 bangunan tersebut.

Kenapa pejabat SPRM pula dijadikan tempat pembunuhan?

Mudah sahaja, supaya SPRM boleh dituduh sebagai defenden pertama dan itulah yang menyebabkan Ronnie Liu sekarang ini menyerang SPRM. Seterusnya menjadikan kerajaan BN sebagai defenden kedua. Perarakan yang dianjurkan oleh puak Cina DAP ini adalah bukti petuduhan mereka kepada orang tidak terlibat.

Sumber : Empayar Malaya

Kematian Teo menimbulkan banyak persoalan

1 Komen!!!

Demontrasi...! itulah reaksi pertama yang dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang sentiasa mencari kesempatan untuk menuding jari terhadap agensi kerajaan. Belumpun siasatan diadakan banyak tuduhan telah dilemparkan... walaupun siasatan berlaku apa yang mereka mahu dengar ialah keputusan siasatan mesti selari dengan kehendak mereka... jika tidak mereka akan kata kerajaan menipu dan menyembunyikan fakta... inilah skrip biasa yang didengar...

Polis bertindak meleraikan 300 orang yang berhimpun di luar bangunan Hotel Concorde di Shah Alam menuntut supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian seorang pembantu ahli politik pembangkang.

Ketika mereka melaung "siasat, siasat, siasat", pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dijadual menghantar memorandum bantahan kepada SPRM.

Sebaimana Maklum ketua pakatan syaitan ini, Anwar Aljuburi tiba jam 10 pagi dan menyampai ucapan ringkas kepada orang ramai di situ sebelum masuk ke bangunan hotel tersebut.

Turut bersama Anwar ialah pemimpin tinggi Pakatan termasuk pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Banyak persoalan sebenarnya yang bermain dikalangan orang awam mengenai kematian teo... kenapa boleh jatuh?

Ada yang menuduh SPRM, tetapi tiada siapa kaitkan dengan kes rasuah yang berlaku dalam DAP.... apatah lagi pemimpin PR menggunakan ruang ini untuk menutup kes rasuah mereka...

Namun jika ada kecuaian dari pihak SPRM dalam mengendalikan kes dan siasatan maka tindakan tegas perlu diambil... namun jika ianya adalah kes lain ... maka umum patut mengentahuinya.....

9 mati dalam letupan akibat bom di dua hotel di Jakarta

2 Komen!!!
17/07/2009 12:36pm



JAKARTA 17 Julai - Menteri Penyelaras Keselamatan Indonesia, Widodo AS berkata, sebanyak sembilan orang mati dalam kejadian letupan di Hotel JW Marriott dan Hotel Ritz Carlton yang terletak bersebelahan kawasan Mega Kuningan di sini pagi ini.

Katanya, kejadian berlaku akibat letupan bom yang kuat yang berlaku sebanyak dua kali, berselang dua minit antara satu sama lain pada 7.45 pagi dan 7.47 pagi waktu Indonesia Barat.

“Ini jenis mempunyai ledakan tinggi,” katanya kepada pemberita di depan Hotel JW Marriott tersebut, yang turut diiringi Ketua Polis Indonesia, Bambang Hendarso Danuri, Ketua Badan Inteligen Nasional, Syamsir Siregar dan Gabenor Fauzi Bowo.

Widodo yang dipetik media massa tempatan berkata, letupan pertama terjadi di lobi Hotel Marriott dan disusuli letupan kedua di restoran di Ritz Carlton.

Menurutnya, enam orang mati di tempat kejadian di JW Marriott, dua orang di Ritz Carlton dan seorang di Hospital Medistra.

Beliau bagaimanapun belum mahu mengaitkan kejadian dengan sebarang aktiviti pengganas dan sebaliknya mahu ia disiasat dengan terperinci terlebih dahulu. - Bernama

kata aspirasi : Kadangkala kita lupa keamananan negara kita kerana ada pihak yang melindunginya. Kita lebih memikirkan politik sempit kita lebih daripada kita meikirkan kemananan dan kestabilan negara. ISA ialah satu makanisme yang perlu dinegara kita yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama dapat hidup aman dan makmur. Jangan sampai negara kita bergaduh sesama sendiri pasti sesuatu yang dhsyat akan berlaku sebagaimana di Indonesia dan Bosnia suatau masa dahulu. Api Perkauman jangan dimainkan... jika terlanjur padah akan menerima... cegah sebelum parah... itulah kegunaan ISA..

PANAS! Ronnie Liu mengamuk

7 Komen!!!
Ada yaal bunuh diri pembantu Exco Dap ini ada kena mengena dengan underground activiti yang dikaitkan dengan salah seorang Exco Dap yang lain.

Teoh dikatakan menjadi mangsa tekanan bos-bos nya dalam Dap. Dia juga mungkin ada menyimpan perkara-perkara rahsia boss-boss itu.

Kisah Exco dikaitkan dengan underground aktiviti dibongkar oleh Ahli Parlimen Pkr Wangsa Maju Woo Chee Keong. Chee Keong menulis dalam blognya tentang underground aktiviti ini di Selangor dan menyebut ada Exco yang benarkan pejabatnya dijadikan tempat mesyuarat kongsi gelap itu.

Che Keong memberi keterangan di IPK Selangor petang tadi mengenai pembongkarannya.

Bagai cacing kepanasan Ronnie Liu, warlords Dap Selangor hari ini mengamuk di pejabat SPRM Selangor. Dia berteriak, terpekik-pekik memaki hamun kakitangan SPRM.

Aduh geramnya melihat kakitangan kerajaan dibuat bagai kuching kurap oleh

Khamis, Julai 16, 2009

Keputusan Undian Buletin On-line : Kepimpinan PAS PUsat kurang baik

0 Komen!!!

Aku terbaca satu laman web milik pembangkang iaitu buletin online yang membuat undian mengenai prestasi kepimpinan PAS Pusat 2009-2011. Walaupun belum cukup 3 bulan atau kurang 100 hari dari dapatan undian menyatakan kepimpinan PAS Pusat adalah tidak baik iaitu 42.1%. Manakala 33.6% mengatakan kepimpinan PAS sangat baik. Keputusan ini di ambil pada 16 Julai 2009, jam 7.00 malam.

Melalui dapatan undian ini kita dapati krisis keyakinan ahli PAS terhadap kepimpinan mereka pada penggal 2009-2011... Aku percaya selepas aku keluarkan posting dapatan ini maka pasti akan berlaku perubahan dalam undian sangat baik kepada Kepimpinan PAS pusat... kerana di beri arahan untuk ahli mereka mengundi sangat baik... ataupun undian ini diarahkan tutup oleh PAS pusat

Manik Urai - Jika tiada faktor Nik Aziz, Pas kalah di Manik Urai

0 Komen!!!
Sumber : PemudaUMNO

Tun Faisal Ismail Aziz

Pas menang tipis di Pilihan Raya Manek Urai. Hanya 65 undi. Walaupun Pengarah Jentera Pilihan Raya Manek Urai Pas, Abdul Fatah Harun begitu mendabik dada menyatakan bahawa PAS akan menang 2,000 undi, tetapi jelas kiraan Pengarah Jentera Pilihan Raya itu jauh (sangat-sangat jauh) terpesong.

Satu indikator bahawa dia bukan Pengarah Jentera Pilihan Raya yang bagus.

Seperti yang sering penulis sebutkan, Barisan Nasional (BN) melihat pilihan raya kecil ini sebagai sangat penting, sedangkan Pas, ia hanya `business as usual’. Ini jelas apabila, BN menamakan Datuk Mustapa Mohamad sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya dan Tuan Aziz Tuan Mat sebagai calon.

Tok Pa bukan sahaja seorang yang rajin bekerja, malah telah membuktikan kemampuannya sebagai pemimpin yang disenangi rakyat di Jeli, selain membuktikan di Jeli, orang Kelantan tidak menolak pembangunan.

Pemilihan Tuan Aziz menunjukkan BN kali ini mendengar keinginan rakyat. Berbanding calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah, 50 tahun, Tuan Aziz, 39 adalah pemimpin muda dan mempunyai latar belakang pendidikan yang jauh lebih baik.

Selain sifat mesra rakyat dan tiada kontroversi, Tuan Aziz merupakan seorang profesional dalam KESEDAR dan telah menabur bakti kepada penduduk Manek Urai.

Ini meletakkan Pas dalam keadaan yang sukar kerana mereka tidak boleh menyerang peribadi calon dan pengarah pilihan raya. Walaupun pada mulanya Pas cuba memainkan isu rasuah, bukan pilihan Perdana Menteri dan cah keting, namun semua ini tidak mendapat tempat kerana pengundi di Manek Urai lebih mengenali Tuan Aziz.

BN memulakan kempen sebagai underdog. Walaupun nampak Manek Urai ini seperti kubu kuat Pas, namun dari segi statistik ia tidak begitu. BN sebenarnya mempunyai “base” yang kuat di Manek Urai.

Dalam tahun 1990 misalnya, Pas menerima sekitar 5,900 undi dan BN sekadar menerima 2300 undi. Jumlah undi yang diterima BN meningkat dalam pilihan raya seterusnya, iaitu 2,438/Pas 4,285 (1995), 3,039/4,597 (1999), 4,363/4,308 (2004), 4,394/5,746 (2008) dan 5,283/5,348 (2009).

Dari segi kempen, seperti biasa, di Kelantan, Pas akan menggunakan dua pendekatan.

Pertama, menarik simpati rakyat kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Dalam ceramah-ceramah Nik Aziz digambarkan seperti ulama maksum yang begitu zuhud sikapnya.

Poster Nik Aziz berdoa menjadi bahan promosi. Dulu Nik Aziz digambarkan sebagai sering menjadi mangsa buli UMNO dan dia tidak boleh diserang kerana jika diserang, rakyat yang kononnya begitu menyayanginya akan marah dan memberi undi kepada calon Pas.

Menariknya, di Manek Urai kali ini ada satu elemen baru digunakan untuk menarik simpati rakyat.
Selepas beberapa hari kempen, mungkin kerana nampaknya simpati rakyat kurang, makan disebarkan cerita bahawa Nik Aziz akan meletakkan jawatan jika Pas kalah di Manek Urai.

Kedua, seperti biasa Pas akan memainkan emosi pengundi dan mengumpan kemarahan mereka terhadap BN.

Selain BN cuba digambarkan sebagai membuli Nik Aziz, Pas cuba menggambarkan BN sebagai kerajaan rasuah, UMNO sebagai tidak Islam, rakyat Kelantan dianak tirikan dan isu royalti minyak yang dikatakan hak rakyat Kelantan.

Sedangkan dalam kempen BN, BN konsisten dengan hasrat untuk membawa pembangunan dan kemakmuran ekonomi kepada pengundi Manek Urai.

BN berkempen untuk memperkenalkan kelebihan-kelebihan calonnya yang muda, berpendidikan, berpengalaman, mesra rakyat dan sudah pernah berjasa kepada penduduk Manek Urai.

Apakah yang baru di Manek Urai? Selain calon dan pengarah yang diterima rakyat, pendekatan perorangan setiap sayap menarik minat pengundi.

Pada waktu yang sama, Nik Aziz tidak dibenarkan selesa. BN mengambil pendekatan `menyerang’ Nik Aziz atau lebih tepat lagi pemikiran Nik Aziz dilihat sebagai yang menghalang kemajuan, menghalang perpaduan dan sikap autokratik dan angkuhnya (dalam menangani kes Nasharuddin Mat Isa).

Keadaan diburukkan lagi apabila pencapaian Nik Aziz dalam mentadbir negeri Kelantan dipertikaikan. Misalnya rakyat Kelantan tahu dalam masa 20 tahun ini, balak banyak ditebang dan menjadi isu dalam media.

Namun rakyat tidak dapat melihat banyak perubahan dari aspek pembangunan fizikal di Kelantan.

Pengundi yang lebih berpendidikan dan terbuka fikiran mereka mungkin mempersoalkan, jika dengan hasil balak pun tidak nampak kesan nyata dari segi pembangunan, maka tuntutan royalti minyak ini untuk apa atau siapa sebenarnya?

Pada waktu yang sama, gaya hidup kelompok tertentu dalam Pas nampaknya telah banyak berubah dan menjadi mewah. Pemimpin Pas juga dikaitkan dengan rasuah semasa Muktamar baru-baru ini.

Paling buruk, di Perak, pemimpin Pas telah menafikan perjuangan untuk membangunkan negara Islam. Segalanya ini menunjukkan Pas hanya sebuah parti politik dan bukan `Parti Islam’ seperti dulu lagi.

Terima kasih pengundi Manek Urai kerana telah memberikan kemenangan moral kepada UMNO dan BN. Namun UMNO TIDAK BOLEH MERASA TERLALU GEMBIRA kerana perjalanan masih jauh.

Jelasnya formula yang digunakan di Manek Urai adalah betul. Soalnya, mampukan PRESIDEN UMNO dan PERDANA MENTERI mengekalkan formula yang sama di tempat lain atau akan kembali lalai dan alpa seperti yang berlaku selepas kemenangan besar Pilihan Raya Umum tahun 2004?

Seperti biasa; seperti ketika keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi mereka; bila taqdir tidak menyebelahi Pas, mereka akan memberi pelbagai alasan (sebelum post-mortem). Kalau kebiasaannya alasan pengundi hantu timbul, kali ini Husam menuduh UMNO menggunakan wang.

Semalam, kemenangan Pas tidak disambut dengan takbir seperti biasa oleh para penyokong Pas di seluruh negara. Mungkin takbir (Allah Maha Besar) hanya dilaungkan oleh pemimpin dan penyokong Pas bila Allah SWT memberi kebaikan kepada mereka sahaja!

Hak Kebebasan bersuara dihalang di Dewan Negeri - Khir jelajah S'gor jelas isu penggantungan

0 Komen!!!
Kebatilan pasti kalah... kebenaran akan teserlah... Pembangkang tidak boleh menggunakan taktik bacul untuk menghalang kebenaran menjelma..

Ketua pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan menjelajah ke seluruh negeri itu bagi menjelaskan kepada semua 22 bahagian Umno berhubung penggantungannya daripada menghadiri sidang DUN selama setahun, berkuatkuasa semalam.

Penjelajahan tersebut akan bermula malam esok di bahagian Hulu Langat, kata bekas menteri besar Selangor itu.

"Saya akan ke bahagian-bahagian di Selangor untuk menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor juga tidak bersih dan takut di tegur oleh BN. "Saya harap rakyat akan dapat terima penjelasan saya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya penggantungannya itu bertujuan untuk "menutup mulutnya", maka ia adalah satu kesilapan. "Saya akan menjalankan tanggungjawab saya," katanya. Dalam majlis di Hulu Langat malam esok, Khir berkata beliau akan mendedahkan kelemahan Pakatan Rakyat di Selangor menunaikan janji-janji kepada rakyat.

Kongsi Link Anda