Popular Today

Selasa, Mac 01, 2011

PRK Kerdau : Kenapa PAS tak jual gula dengan harga murah di seluruh negara!!!

3 Komen!!!
Menteri Pengguna cabar negeri dikuasai PAS jual barang harga lebih murah...

Tak lengkap rasanya kempen pilihanraya kalau pembangkang tak buka cerita pasal harga barang naik dan kaitkannya dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tujuannya nak bagi rakyat marah kononnya kerajaan suka-suka nak naikkan harga barang keperluan seperti gula, minyak dan tepung.

Padahal semua itu barang kawalan dan harga ditetapkan kerajaan dengan ambil kira kenaikan harga dunia.

Namun, demi politik, pembangkang tetap jaja isu harga barang naik serta kata mereka boleh turunkan harga barang jika memerintah.

Maka di Kerdau, berlakulah kisah pelik apabila PAS jual gula 30 sen lebih murah daripada harga RM2.10 ditetapkan kerajaan.

Ia berlaku di Lipat Kajang tetapi entah beberapa jam sahaja, gula yang ditawarkan dengan harga murah itu dikatakan sudah tiada.

Tindakan PAS ini ditempelak Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob.

“PAS kononnya nak tunjuk boleh jual barang murah, mereka offer jual gula lebih murah daripada harga ditetapkan kerajaan di Lipat Kajang. Tetapi kenapa waktu pilihanraya saja jual murah, kalau betul mampu buatlah di negeri yang mereka perintah,” katanya.

Beliau menyifatkan harga gula lebih murah itu sebagai gimik politik PAS untuk mengabui pemikiran pengundi-pengundi di DUN Kerdau sahaja.

“Kenapa di Kerdau saja mereka jual murah. PAS sudah perintah Kelantan dan Kedah. Saya cabar PAS jual murah daripada harga kerajaan tetapkan di negeri yang mereka perintah termasuk di Pulau Pinang dan Selangor,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, beliau boleh war-warkan kempen minta rakyat beli barang harga lebih murah yang dijual oleh PAS.

“Kalau ada, eloklah orang Kerdau pergi ramai-ramai beli barang murah yang dijual oleh PAS,” katanya pada media selepas pelancaran Program Pemodenan Kedai Runcit (Tukar) di Rumpun Makmur, Kerdau, Isnin.

Ismail Sabri menyifatkan perbuatan itu selain gimik politik juga kerja bohong pembangkang setiap kali pilihanraya dengan memainkan isu harga barang naik.

Menurutnya, kerajaan sudah menetapkan harga gula di peringkat kilang, pemborong dan peruncit.

“PAS jual murah sebab mereka serap harga saja..nak tunjuk boleh jual murah, kalau boleh jual sampai hujung tahun, bukan masa pilihanraya di Kerdau ini saja,” kata beliau.-28/2/2011

Kongsi Link Anda