Popular Today

Selasa, Mac 02, 2010

Pilihanraya Sarawak hanya menunggu masa!

0 Komen!!!
Semboyan telah berbunyi... menuju ke medan bakti..

Tempoh lima tahun bagi Pilihanraya Sarawak hampir tiba.. Pilihanraya Negari Sarawak yang lalu diadakan pada bulan Mei 2005.

Tumpuan PM yang semakin kerap ke Sarawak serta ucapannya yang menjurus ke arah pilihanraya.

PM mahu parti komponen Sarawak jadi benteng hadapan BN untuk terus berjaya pada p/raya akan datang; sifatkan PKR semakin rebah

Ini mungkin masa terbaik buat BN untuk Pilihanraya.. Sedang Pakatan sedang bergolak, PKR pula sedang pesta keluar parti.. Anuwar pula ditolak kepimpinan di kalangan pemimpin PKR..

DAP pula terbukti kepimpinannya di Pulau Pinang di tolak oleh pemimpin Pakatan. Dengan sikap diktator, cauvanis dan komunis.. Guan Eng akan 'membunuh' sesiapa yang menentangnya..

Sarawak selagi di bawah pentadbiran Taib Mahmud masih lagi mampu mengawal situasi politik di sana.. Namun begitu bukan makna cabaran Pakatan diperkecilkan.. PAstinya kempen politik keji Pakatan seperti penipuan, pembohongan, pemalsuan dan sebagainya akan digunakan semaksima mungkin dalam kempen mereka.

Adakah ini masa terbaik.. Tentunya ya!!!
Namun kerja keras sangat diperlukan bagi menjamin kemenangan di Sarawak.

News : hina kematian Haslinda - laporan polis 'Facebooker' fanatik PAS

0 Komen!!!


KUALA LUMPUR: Umno Bahagian Ampang hari ini membuat laporan polis mengenai kenyataan berbentuk penghinaan dalam laman web sosial Facebook yang dikeluarkan seorang lelaki berkaitan kematian Ketua Puteri bahagian itu, Haslinda Zerain, baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Ismail Kijo, berpendapat kenyataan lelaki itu biadab dan tidak boleh dimaafkan dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

"Saya merasakan kenyataan itu biadab, manusia yang tidak bertamadun telah menghina seorang Ketua Puteri yang telah banyak berjuang dalam parti dan telah kembali ke rahmahtullah dan beliau sendiri tidak berkemampuan untuk meminta maaf," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya, di sini, hari ini.

Katanya, beliau tidak mengenali lelaki yang mendakwa ahli Pas dan berasal dari Pasir Tumboh, Kelantan.

Sementara itu, pemangku Ketua Puteri bahagian itu, Salwa Yunus, berkata beliau menerima panggilan pada Sabtu lalu daripada seorang wakil Puteri peringkat negeri memaklumkan mengenai perkara itu.

"Saya yang meragui perkara itu cuba menyemak komen itu pada pagi ini namun telah dipadamkan lelaki terbabit Ahad lalu kerana mendapat kecaman hebat daripada orang ramai," katanya.

Haslinda, 37, meninggal dunia pada Rabu lalu akibat sakit jantung dan beliau telah menjadi Ketua Puteri Umno Bahagian Ampang sejak penubuhannya pada tahun 2001.

Haslinda pernah bertanding di atas tiket BN pada pilihan raya umum pada 2008 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa namun kalah kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali. - Bernama



- Berita Harian

hangat : 10 Nama Ahli Parlimen PR yang kecewa kepada ANuwar!!

1 Komen!!!
Terdapat 10 MP PKR yang dikatakan akan meninggalkan PKR kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan ANuwar Aljuburi... Pembangkang kata Umno beli... Pembangkang boleh cakap yang dia suka... tetapi yang meninggalkan PKR sebelum ini bukanlah seorang dua.. tetapi dah beratus ramainya...

Dari Ezam sampailah kepada Tan Tee Beng... ramai dah tu... Semua yang keluar ialah pendokong 'totok' reformasi yang berjuang bersama ANuwar sewaktu masa dahulu... orang yang percaya perjuangan Anuwar ... jadi bagaimana mereka boleh berubah hai sekelip mata dalam keadaan Pakatan Kuat dan PKR menjadi teraju... Jawapannya mudah kerana mereka rasa tertipu dengan Anuwar Aljuburi...

Strategi PKR bagi membunuh politik mereka pula dengan mendakwa UMNO membeli pemimpin ini... ianya hanya tuduhan niat jahat pemimpin Pakatan dan kroni mereka.. hakikatnya apa yang berlaku ialah masalah dalaman berlaku dalam PKR sangat teruk... semua pemimpin atasan sedang berebut kuasa.. ANuwar pula si tongong boneka DAP tak dapat mengawal dan 'favour' kepada beberapa pemimpin....

berikut ialah 10 MP PKR yang dikatakan akan meninggalkan PKR:

1. Zulkifli Noordin - Kulim-Bandar Baharu
2. Azan Ismail - Indera Mahkota
3. Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
4. Amran bin Ab Ghani - Tanah Merah
5. Ab Aziz Ab Kadir - Ketereh
6. Ahmad bin Kassim - Kuala Kedah
7. Rashid bin Din - Merbok
8. Zainal Abidin Ahmad - Hulu Selangor
9. Kamarul Bahrin Abbas - Teluk Kemang
10. Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Senarai nama ini sebenarnya diambil dari blog pembangkang Manjung Mari ni.. betul atau tidak ini hanya spekulasi semata-mata, kita tunggu tengok la dulu. Cuma kita harap sesangat lah, jangan ada pimpinan Pakatan yang menggelarkan mereka mereka ni sampah semata mata nak sedapkan hati penyokong saja dan sekaligus menutup kelemahan sendiri dalam pengurusan ahli.

Buktikan bahawa lompatan mereka mereka adalah disebabkan oleh ketidakcekapan dan ketidakupayaan pemimpin PKR sendiri mendokong perjuangan parti. Perlu telus dalam kenyataan bukan sekadar melepas diri dari tanggungjawab.

APa lagi... jom keluar beramai-ramai dari PKR!!!

Kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang tergugat

1 Komen!!!

Akibat tergugat sebagai ketua Pembangkang, semua AHli Parlimen PAS dan DAP memberikan sokongan moral kepada ANuwar...

Jawatan Ketua pembangkang dipilih daripada parti yang paling banyak kerusi dalam parlimen di kalangan pembangkang. Apabila jumlah kerusi berkurangan maka sesuatu parti yang lebih jumlah kerusi harus menarajui pembangkang.

Gara-gara tidak tahan diperikaikan jawatannya, Anwar 'membayar' Ahli Parlimen PAS dan DAp untuk menyokong beliau... Tidakkah memalukan apabila sesorang pemimpin yang perasan hebat tetapi tiada sokongan dari pemimpin PKR sendiri...

Kit Siang menyatakan Anwar akan terus menjadi ketua pembangkang meskipun jika ahli parlimen PKR kurang daripada 28 ahli - jumlah yang kini dimiliki oleh DAP. [rujuk sini]

Dengan pengumuman keluar parti oleh ahli parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng semalam, PKR kini mempunyai 28 MP. Jumlah itu menyamai dengan kerusi yang dimiliki oleh DAP.

Jika ANuwar bermaruah sepatutnya beliau menghantar surat perletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang... maklumlah kerusi PKR dalam Parlimen pun dah berkurang... Jika nak tadbir PKR pun tak mampu macam mana nak tadbir Pakatan Rakyat...

Ini menunjukkan ANuwar kini kehilangan maruah sebagai dalam Pakatan Rakyat sebagai ketua pembangkang kerana hakikatnya beliau tidak lagi layak menjawat jawatan tersebut..

Pemimpin PKR mengakui ANwar boneka DAP

0 Komen!!!

Makin hangat... PKR akan berkubur... spekulasi terkini dari bekas pemimpin PKR bahawa ramai pemimpin PKR akan keluar parti tersebut..

Menurut Malaysian Insider [rujuk sini] jumlah yang akan keluar dari PKR lagi ramai daripada yang dijangka...
"The former PKR lawmaker revealed that the number of those walking out of PKR was larger than many expected, adding it was not planned as a group but as individuals."
Kesemua yang bakal keluar ini berpunca rasa tidak puas hati terhadap Pemimpin Korup mereka iaitu ANwar Al Juburi... sebab itu mereka sudah hilang keyakinan terhadap parti tersebut.
“I cannot say exactly that they all blame (party de facto leader Datuk Seri) Anwar Ibrahim entirely, but they all feel that PKR has lost its way and lost its very basic ideals.
Bukan setakat itu sahaja PKR ini tidak mempunyai suara sebenarnya dalam Pakatan Rakyat.. Sebab itu PKR hanya menjadi lembu yang ditarik DAP.. dan mudah diperkotakkatikan oleh pemimpin DAP.. Apatalh lagi mereka menggaggap ANuwar umpama tak de 'telor' menjadi boneka DAP.
"He noted that some also believed that the PKR was not a strong enough voice in the Pakatan Rakyat."
Terbuktilah bahawa PKR ini bukanlah parti yang berwibawa sebenarnya... Banyak masalah dalaman yang berlaku dalam PKR..

Nama besar Anuwar bukanlah hebat sangat mentadbir.. tetapi beliau hanya pandai bercakap.. tetapi yang mengharapkan orang lain buat kerja untuk beliau... Inilah kegagalan ANuwar.. Sikap ANuwar yang lupa kepada rakan perjuangan juga merupakan punca pemimpin PKR lari dari PKR.

ANuwar adalah seorang pemimpin Melayu yang hanya menjadi kuda tunggangan DAP untuk mencapai matlamatnya. Sebab itu jika terdapat pemimpin yang berselisih pendapat dengan DAP khasnya apabila memperjuangkan Melayu dan Islam maka ANuwar akan menghukum pemimpin tersebut.

Sebagai pemimpin peringkat bawahan, keadaan ini pasti akan mengecewakan kerana sepatutnya pemimpin sesebuah organisasi patut untuk mempertahan anak buah mereka. Tetapi yang berlaku sebaliknya... ANuwar membela Cauvanis dan komunis...

Rakyat kini menilai sejauh mana dikatakan kehebatan kepimpinan ANuwar yang dikatakan... kalau setakat parti sendiri pun tidak mampu mentadbir.. inikan pula nak mentadbir negara...

Piirah!!!!

Tok guru kencing berdiri, anak buah kencing berlari-lari.

1 Komen!!!




Nama mamat ni Zulkarnain Ismail, seorang yang mengaku ahli dan pejuang PAS. Berasal dari Pasir Tumbuh Kelantan. Beliau menghina pemergian Allahyarhamah Ketua Puteri UMNO Ampang, Saudari Haslinda Mohd Zerain dengan tulisan berikut di laman sosial Facebook:

"Alhamdulilah...ketua putri neraka dari ampang telah kembali ke neraka buat selama-lamanya..."

Kalau berdasarkan kenyataan di atas... rakyat dapat menilai ajaran tok guru sesat mana yang diikut... Tak Lain dan tak bukan ialah ajaran Pok Nik Ajis... Mursyidul Am PAS... Merangkap Mursyidul Am Pakatan Rakyat...

Nik Aziz pernah mengatakan sokong pas masok syurga dan sokong Umno masuk neraka dan banyak fatwa sesat lain...

Bukan setakat itu sahaja, bahkan Nik Aziz juga secara bersyarat sokong Kalimah Allah digunakan oleh geraja. Dengan kata lain Nik Aziz juga membenarkan kalimah Allah disyirikkan oleh Kafir Harbi..

Semuanya tidak lain dan tidak bukan untuk tujuan politik semata-mata dan memperalatkan Islam untuk kepentingan PAS. Akibatnya ahli PAS kini semakin sesat lagi menyesatkan orang lain.

Syurga dan neraka semua hak Allah SWT dan bukannya beliau... adakah beliau berani mengatakan syurga dan neraka hak beliau,.. Jika beliau berani lebih baik beliau menilai akidah beliau sendiri... Allah adalah Satu, Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.

Nauzubillah...minta saudara bertaubat lah sebelum terlambat!

Kongsi Link Anda