Popular Today

Selasa, Februari 02, 2010

bila Institusi Kehakiman jadi barang permainan Anwar

3 Komen!!!
Kita melihat hari ini Institusi Kehakiman hanya jadi bahan permainan Anwar semata-mata. Jika beliau mahukan keadilan, kenapa masih mahu mempermainkan mahkamah dengan pelbagai alasan itu dan ini.

Jalan dengan lagak hero, Aljuburi memang pandai mengelabui mata rakyat apatah lagi diberikan tumpuan media.

Dah sampai masanya rakyat Malaysia berdoa agar peliwat ini dihapuskan dari muka bumi Malaysia ini... AMin...

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Anwar tangguh prosiding
02/02/2010 3:51pm

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini menolak permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes liwat beliau yang bermula petang ini.

Mahkamah itu juga menetapkan perbicaraan kes tersebut akan diteruskan bermula pukul 2.30 petang esok. - Utusan

Perbicaraan kes Anwar disambung selepas penangguhan
02/02/2010 3:12pm

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan petang ini selepas ditangguhkan pagi tadi atas alasan beliau ingin berjumpa Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi terlebih dahulu.

Anwar dan peguam-peguam bela beliau bagaimanapun gagal bertemu Ketua Hakim Negara untuk mendapatkan tarikh semakan rayuan bagi mendapatkan dokumen penting untuk pihak pembelaan terhadap kes liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bermula pagi tadi.

Mereka sebaliknya diarahkan bertemu dengan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff pagi esok untuk semakan rayuan tersebut.

Sementara itu, jumlah wakil media di dalam dewan mahkamah dihadkan ekoran terlalu ramai yang ingin mengikuti perbicaraan berprofil tinggi ini.

Penyokong-penyokong Anwar yang memenuhi ruang lobi mahkamah pula dilihat membawa kain rentang sebagai tanda sokongan. - Utusan

Perbicaraan Anwar: Usaha temui Ketua Hakim Negara gagal

02/02/2010 1:53pm

Kuala Lumpur 2 Feb. - Usaha peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan tarikh awal bagi semakan rayuan keputusan mahkamah, yang menolak pembekalan dokumen penting, kepada pemimpin PKR itu dengan menemui Ketua Hakim Negara gagal.

Peguam bela Anwar, Sankaran Nair memberitahu Utusan, Tun Zaki Tun Azmi tidak berada di pejabat beliau di Putrajaya hari ini.

"Tun Zaki bagaimanapun telah mengeluarkan arahan kepada Tan Sri Allaudin yang bersetuju mengadakan satu pertemuan pagi esok di Putrajaya bagi membincangkan penetapan tarikh untuk permohonan semakan.

"Oleh itu, saya akan berada semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi meneruskan hujahan permohonan penangguhan kes,'' katanya. - Utusan

Permohonan Anwar tangguh perbicaraan didengar 2 petang
02/02/2010 3:17pm

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan ke pukul 2 petang ini untuk mendengar permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menangguhkan perbicaraan kes liwat beliau.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata, penangguhan itu diperlukan kerana mereka perlu memfailkan permohonan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas yang menolak permohonan Anwar untuk diberikan akses kepada dokumen daripada pihak pendakwaan untuk tujuan pembelaannya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, jika tiada tarikh ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk mendengar permohonan itu, Mahkamah Tinggi akan meneruskan prosiding bagi mendengar permohonan penangguhan perbicaraan.

Asalnya, mahkamah menetapkan perbicaraan didengar hari ini, tetapi perlu mendengar terlebih dahulu permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraan itu.

Sama ada perbicaraan yang ditunggu-tunggu dan telah berulang kali ditangguhkan itu akan berlangsung bergantung kepada Hakim Mohamad Zabidin yang kini perlu mendengar permohonan penangguhan itu. – Bernama

Perbicaraan Anwar: Permohonan penangguhan dibenarkan
02/02/2010 2:10pm

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mendapatkan penangguhan untuk kes perbicaraannya pagi ini ke pukul 2 petang.

Permohonan penangguhan dibuat atas alasan pihak pembelaan ingin menemui Ketua Hakim Negara untuk mendapatkan tarikh awal berhubung semakan rayuan keputusan mahkamah menolak pembekalan dokumen penting kepadanya di Mahkamah Persekutuan.

Terdahulu, dewan perbicaraan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dipenuhi dengan para wartawan tempatan dan luar negara, serta pemerhati-pemerhati termasuk dari kedutaan-kedutaan asing.

Turut hadir ialah Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan. – Utusan

Perbicaraan Anwar: Unit Pengesan Bom PDRM turut berkawal
02/02/2010 8:47am

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas pembantunya, Saiful Azlan Bukhari merupakan kes perbicaraan berprofil tinggi.

Sehubungan itu, enam anggota Unit Pengesan Bom dari Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di dewan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini bagi memastikan aspek keselamatan terjamin setiap masa.

Bagaimanapun, unit tersebut tidak dilihat membawa bersama anjing pengesan.

- Utusan

Perbicaraan Anwar: Media mula berkumpul seawal 6 pagi
02/02/2010 12:16pm

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Wakil-wakil media mula berkumpul di ruang lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini seawal 6 pagi untuk membuat liputan kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat bekas pembantunya, Saiful Azlan Bukhari.

Mahkamah sebelum ini menetapkan perbicaraan sepatutnya bermula pada 25 Januari lalu, tetapi ditangguhkan ke hari ini bagi mendengar keputusan permohonan Anwar yang juga Ketua Pembangkang bagi mendapatkan beberapa dokumen penting pendakwaan sebelum perbicaraan dimulakan.

Jumaat lalu, mahkamah Persekutuan yang mendengar permohonan tersebut menolak permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

- Utusan

Perbicaraan Anwar: Polis buat kawalan di lobi mahkamah
02/02/2010 10:54am

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Lebih 20 anggota polis berada di sekitar lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini bagi mengawal keadaan kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Azlan Bukhari.

Perbicaraan yang telah ditangguhkan berkali-kali sebelum ini dijangka bermula pada pukul 9 pagi ini. - Utusan

Kongsi Link Anda