Popular Today

Rabu, April 09, 2014

bekas PA Prof Izzi pula buka tembelang!!

0 Komen!!!
Sehingga ke saat ini, Prof Izzi Hj. Ali masih mendiamkan diri mengenai isu hangat yang melibatkan dirinya dengan pelajar wanita di UiTM Arau, Perlis.

Namun, isu ini semakin sensasi apabila seorang pengguna Facebook yang mengaku sebagai bekas PA Prof Izzi mendedahkan kelakuan tidak senonoh yang didakwa dilakukan oleh Prof itu sejak sekian lama.

"Btol tu Fatin Iffi...smpi bla nk tutup bnda ni..saya ingatkn dya dh insaf..dh btaubat dh..rpa2nya dya masih dgn prangai lma dya lg..sya dh resign sbg PA dya 2 th lps..xsangka prangai still sma..astagafirullazim..smoga Allah berikn dya hidayah..."

Setelah Laporan Polis yang dibuat oleh Nurul Shuhada tersebar di media sosial, apakah tindakan yang diambil ketika ini? Kes laporan polis itu masih belum menampakkan sebarang perkembangan. Mungkin ketika ini Polis sedang menjalankan siasatan ke atas semua yang terlibat. Semoga kebenaran terungkai di pihak yang sepatutnya. -

#mh370 pencarian semakin hampir

0 Komen!!!
Nampaknya pencarian MH370 semakin hampir. Marilah kita berdoa agar Mh370 dapat ditemui segera.. Amin..

Check out @mykamarul's Tweet: https://twitter.com/mykamarul/status/453848478217551873

Mesyuarat pertama jawatankuasa hudud Kelantan- Apa kata DAP!!

1 Komen!!!

Tahniah kepada PAS Kelantan kerana hari ini mengadakan mesyuarat pertama Jawantakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kota Darulnaim di sini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.
Yang turut hadir, Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh; Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan pengarah-pengarah jabatan negeri ini.

Mohd. Amar berkata, mesyuarat selama dua jam itu mengambil maklum balas dan beberapa cadangan dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa.

Selain itu, katanya, ia turut membincangkan mengenai beberapa halangan halangan daripada segi undang-undang, pentadbiran dan birokrasi dalam melaksanakan undang-undang Islam itu.
"Hari ini kita tidak bincang secara keseluruhan, cuma melihat beberapa halangan mengenai pelaksanaan hukum itu disamping memberi pandangan-pandangan kaedah mengatasinya.

Apa yang rakyat mahukan adalah komitmen bersungguh-sungguh PAS untuk melaksanakan Hudud. Membuang draf rang undang-undang dan mengusulkan kepada Parlimen.

Bukan sentiasa menyalahkan UMNO. Sedangkan UMNO kali ini memberi support sepenuhnya untuk Kelantan melaksanakan Hudud.

Sekarang halangan PAS sebenarnya adalah DAP.. adakah DAP boleh menerimanya.. sedangkan DAP dan PKR konsisten menolak negara Islam dan juga hukum Hudud.


Laporan Gerakan Rakyat Marhein (GERAM) terhadap Rafizi Ramli

2 Komen!!!

Laporan polis ke atas YB Rafizi Ramli yang dibuat hari ini merupakan satu titik permulaan kebangkitan rakyat marhein yang selama ini berdiam diri melihat gelagat hipokrit beberapa ahli politik yang selama ini mempergunakan nama 'rakyat' untuk mereka melanggar undang-undang dalam negara ini. Beberapa tindakan pemimpin-pemimpin ini yang secara terbuka mempertikai sekaligus menghina beberapa keputusan mahkamah amat mengecewakan .

Ada juga di antara mereka secara terang-terangan mendakwa mahkamah negara ini dikawal oleh individu-individu tertentu yang secara langsung mencalarkan integriti sistem kehakiman negara ini. Tindakan mereka ini jelas sekali mempunyai kecenderungan menghasut rakyat untuk membenci dan memperlekehkan institusi kehakiman.

Saya selaku yang mewakili Gerakan Rakyat Marhein (GERAM) berasa sesuatu perlu dilakukan apabila melihat 'trend' sebegini makin menjadi-jadi kebelakangan ini tanpa apa-apa tindakan yang diambil . Ahli-ahli politik ini yang disokong oleh sekumpulan peguam amat licik memanipulasi undang-undang demi kepentingan dan kelangsungan karier politik mereka .

Ironinya walaupun beberapa tindakan mereka jelas menghina undang-undang dan sistem kehakiman dalam negara ini, mereka turut gunakan undang-undang yang sama untuk mengugut rakyat marhein dengan tindakan saman apabila membangkitkan beberapa persoalan dengan kredibiliti diri mereka sebagai seorang pemimpin parti politik.

Saya tak mahu namakan siapa pemimpin-pemimpin politik ini, namun saya percaya rakyat boleh tahu dengan melihat senario yang berlaku pada hari ini. Saya juga percaya dan berharap pihak polis akan mengambil tindakan dengan laporan polis yang saya buat pada hari ini.

Norafiq Bin Md Noor
Pengerusi Gerakan Rakyat Marhaen (GERAM)




Sumber : Azri Malay Right 
 — 

#‎GST‬ kenapa PR beri penerangan half truth?

1 Komen!!!


Banyak yg diperkatakan di Perbahasan Di Parlimen dan berbincangan akan diteruskan esok. PR seolah olah menyatakan tidak ada langsung kebaikan GST nie. KERAJAAN ini adalah yg paling pundek, hanya nak menyusahkan rakyat. Betul ke nie?
Kalau benar GST tak de langsung kebaikkannya, tak sesuai langsung pada hemat PKR, kenapa Budget 1993 GST pernah dibentangkan? Siapa Menteri Kewangan pada masa itu?. This is my problem, PR oppose just the sake of opposing, just because you are Opposition. Bile nak matang nie?
Hujah hujah dari pembangkang mengelirukan rakyat seolah2 menyatakan cukai yg dikutip di setiap peringkat Pengeluar, Pengilang, Pemborong, Pengedar dan Peniaga dilepaskan sepenuhnya kepada Pengguna atau Rakyat. Mereka2 ini hanya Pengutip Cukai bagi Kerajaan kononnya. Ni mana berlajar nie?.


Untuk GST, kerajaan menurunkan CUKAI SYARIKAT. Kalau dulu, cukai dikutip melalui Cukai Syatikat yg banyak loopholes, lubang2. Sekarang lebih terarah melalui Consumption tax ie GST. Kan bagus peniaga ni yg dulu lari tax sekarang terpaksa bayar tax?.
Saya tak kata harga tidak akan naik. Ade yg naik dan ada yg turun, secara keseluruhan harga akan naik sedikit. Yg lebih penting pemantauan. Makmal kajian harga perlu diperhebatkan supaya kita tahu barangan yg naik, naik berapa dan bukannya naik sebab BANJINGAN2 PENIAGA YG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB menaikkan sewenang wenangnya.
Takkan lah pulok, cukai perniagaan dah turun, peniaga nak cari untung pulok naikkan harga. GEMUK LAH WEAH.....
Tidak ade siapa yg sukakan tax. Kalau boleh kita semua nak free. Tapi kite juga nakkan world class infrastructure, nak moden setanding dgn negara2 maju yg lain. Insiden ‪#‎MH370‬ pulok, kita nakkan sistem pertahanan yg canggih dan moden. Nak cari mane duit nie?... nafsu beso, nak bayar cukai bising...

sumber : FB Saiful Zaini

PAS Sabah memalukan!!

2 Komen!!!
PAS sabah konon mendabik dada bahawa merekalh yang menyebabkan bendera Israel diturunkan di sebuah resort di Sabah.

Beberapa butiran mengenai pemasangan bendera Israel di Raintree Beach Resort, Sabah:
🔹Pihak resort memberitahu bahawa mereka tidak menyedari pemasangan bendera tersebut. 
🔹Mereka memaklumkan Syarikat perfileman daripada China yang membuat The World Stewardess Contest telah membuat pengambaran di hadapan resort sejak seminggu yg lalu. Filem berkenaan menceritakan perihal pramugari dari seluruh dunia mengadakan pertandingan di resort tersebut. Bendera tersebut kemungkinan mewakili negara pramugari yg bertanding.
🔹Encik Roslani Abdullah telah membuat laporan polis terhadap pengibaran bendera tersebut di Balai Polis Tuaran, petang tadi.

🔹 Pihak Pergerakan Pemuda Umno Tuaran telah pergi ke resort itu petang tadi untuk memastikan bendera Israel tersebut diturunkan dengan segera. Mereka juga memaklumkan bendera tersebut telah diturunkan.

Hero sebenarnya adalah Pemuda UMNO Tuaran… bijak tangani isu "BENDERA ISRAEL" di SABAH..
Ini adalah antara petikan dalam laporan Polis yang mereka telah buat di Balai Polis Tuaran pada 7 April 2014

"Pada 7/04/2014 Jam lebih kurang 1200 hrs saya mendapat maklumat melalui laman sosial Facebook tentang bendera negara ISRAEL telah dikibarkan di dalam kawasan RAINTREE BEACH RESORT TUARAN….
Saya mewakili pergerakan PEMUDA UMNO TUARAN membuat bantahan terhadap pemasangan bendera tersebut dan berharap perkara tersebut tidak akan berulang di kemudian hari serta saya juga berharap pihak PENGURUSAN HOTEL RAINTREE BEACH RESORT TUARAN dikenakan tindakan mengikut UNDANG-UNDANG"…..

Tapi apa yang PAS buat.. tindakan tiada.. hanya publisiti shaja.. lepas tu mengaku itu tindakan mereka..


PAS HANYA TAHU MENCABAR… MANA TINDAKAN MEREKA? ADA MEREKA LAPOR POLIS JUGA? KALO ANDA PEJUANG ISLAM SEBELUM CABAR ORANG LAIN ANDA KENA BERTINDAK TERLEBIH DULU DEMI ISLAM… DEMI NEGARA KITA…..



sumber : FB Dang Suria

Pesanan akhir kru Mh370 kepada isteri yang memilukan

0 Komen!!!
KUALA LUMPUR: "Awak akan pikul tanggungjawab lebih berat selepas ini."

Itu antara pesanan terakhir pramugara kanan MH370, Wan Swaid Wan Ismail kepada isterinya Nur Laila Ngah sebelum menaiki pesawat yang hilang 8 Mac lalu.                                      

Tidak pernah terdetik di hatinya, tidak terlintas dan disangka Laila, saat itu akan menjadi pertemuan terakhir mereka.

"Dia seorang yang penyayang, akan sentiasa luangkan masa bersama kami bila berada di rumah.  Ada satu benda yang dia buat, dia cakap dalam kereta masa tu yang saya tak boleh lupakan juga, Dia kata saya akan rindu dia kalau dia tiada selepas ini,"

Wan Swaid bersama isterinya, Laila

"Itu kali terakhir saya lihat dia," Bergenang mata ibu kepada tiga orang anak ini sewaktu ditemubual.

Setelah lebih 13 tahun berkongsi hidup bersama suaminya, hanya anak-anak menjadi semangat untuk Laila meneruskan kehidupan.

Tenaga dan kudrat yang ada akan diusahakan selagi nyawa dikandung badan.

Pesanan suami akan jadi perangsang untuk melakar masa depan. Laila akui, selama ini memang suaminya yang menanggung segala kehidupan dan kini Laila buntu.

"Kehidupan kami sebelum ini memang suami yang tanggung. Suami memang beri keselesaan dan memenuhi kehendak anak-anak. Dan perkara yang sama saya akan buat kepada anak-anak saya,"

Laila merupakan bekas pramugari MAS namun berhenti pada tahun 2002 kerana membuat keputusan untuk menguruskan keluarganya dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Anak Wan Swaid, Wan Afrina Sofea

Wan Afrina Sofea atau panggilan manjanyaBaby, berumur 8 tahun, anak bongsu yang paling rapat dengan bapanya.

Beliau hanya mengangguk apabila ditanyakan sama ada merindui bapa atau tidak. Namun jelas kelihatan di mata anak bongsu amat merasai ketiadaan bapanya lebih sebulan.

"Dulu, masa Mami kerja, abang pergi sekolah. Daddy bawa Baby jalan-jalan. Daddy bawa Baby pergi makan," spontan jawapan Afrina.

Wan Swaid merupakan anak bongsu dari sepuluh adik beradik yang berasal daripada Pasir Mas, Kelantan. Beliau  merupakan pramugara kanan yang bertugas dalam pesawat MH370.

Berkhidmat dengan Penerbangan Malaysia sejak 1995, Wan Swaid seorang bapa yang penyayang dan tegas kepada anak-anak.

Kongsi Link Anda