Popular Today

Ahad, Mei 31, 2009

Penanti - Peratus keluar undi 46.15 dan Undi PKR berkurang sebanyak 1,294 undi!

5 Komen!!!
1.   Pilihanraya Kecil Penanti telah melabuhkan tirainya hari, PKR telah diiistiharkan menang di kawasan tersebut dengan menerima undi sebanyak 6,052 undi iaitu kekurangan sebanyak 1,294 undi berbanding Pilihanraya Umum ke-12 iaitu sebanyak 7,346 undi.

2.   Ironinya PKR sebenarnya telah tewas di Penanti.. kurangnya dapatan undi untuk PKR menunjukkan pengundi menyampah dengan parti tersebut. Manakala peratusan keluar pengundi pula hanyalah sebanyak 46.15% kurang dari separuh berbanding di 82.08% pada pilihanraya Umum ke-12.

3.   Kepada penyokong BN, tabik diberikan kepada mereka kerana taat setia kepada parti BN! jumlah keluar undi yang kecil membukti kenyataan ini. Dengan kempen gila talak PKR, boleh dikatakan tidak langsung menjejaskan dan mengubah penyokong setia BN. 

4.   BN pun tak payah hendak membazir wang, masa dan keringat untuk membuat projek segera,  berkempen dan berceramah. Tak delah kesesakan untuk membuat jalan, walaupun PKR menang tiada apa yang rakyat dapat dari kerajaan Pakatan Rakyat.  Hendak memberikan pembangunan kepada rakyat jauh sekali!  Tak kira siapa fairus ke mansor ke, Anwar ke sama sahaja... sibuk berkokok sahaja... tetapi tin kosong!..

5.  Walaupun menang  dan Anwar pun berbangga melawan tikus tetapi PKR juga tidak dapat menarik tambahan undi kepada mereka dengan berhadapan calon bebas, sebenarnya ianya adalah sangat mengaibkan... apatah lagi kawasan ini tempat Anwar AlJuburi juga.. adakah kali ini kempen Putrajaya Anwar tidak berjaya... atau doa Nik Aziz tak makbul!.. he he he..

Husam 'kuda kayu' Anwar didalam PAS

1 Komen!!!
Teringat cerita trojan sewaktu masa dahulu di mana pernah seekor kuda kayu dihadiahkan kepada rom!.. cuma zaman moden ini kuda kayu ini adalah Husam yang diletakkan Anwar di dalam PAS!

PADA tahun 1993, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan Naib Presiden UMNO telah melakukan satu perkara yang di luar tradisi UMNO, apabila mengadakan sidang akhbar khas di Ibupejabat UMNO bagi mengumumkan kesediaan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti dan sekali gus mencabar kedudukan Tun Ghafar Baba. Langkah Anwar menjadi bualan hangat kerana sebelum ini tidak pernah ada pemimpin parti itu yang berbuat demikian.

'Peristiwa' tersebut seolah-olah berulang kembali tetapi kali ini di dalam Pas pula, apabila Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengadakan sidang akhbar di Ibupejabat Pas pada Isnin lalu bagi mengumumkan secara rasmi hasratnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas sekali gus mencabar kedudukan penyandang jawatan itu, Nasharuddin Mat Isa.

Dengan keputusan Husam yang sebelum ini mengaku berkawan baik dengan Anwar, ia bermakna, jawatan nombor dua parti itu akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru iaitu antara Nasharuddin, Husam dan Mohamad Sabu. Walaupun sebelum ini, Pas sering mengharapkan agar perebutan jawatan tertinggi berakhir dengan perundingan atau syura namun adalah jelas kini, budaya berkenaan sudah menjadi sejarah kepada Pas.

Apa yang menarik dalam hujahnya bagi 'menghalalkan' langkahnya untuk bertanding, Husam menegaskan, keputusan muktamad itu dibuat kerana wujud keperluan semasa yang mendesak bagi menyemak peringkat tertentu dalam Pas termasuk berhubung isu mengadakan kerjasama dengan UMNO.

''Saya berpendirian sudah sampai masa Pas berusaha menggantikan tempat UMNO sebagai teraju utama politik negara dan ini hanya boleh dilakukan dengan parti ini menjadi pesaing UMNO dan bukan rakan dalam apa bentuk ikatan," tegas beliau.

Sebenarnya adalah menjadi hak Husam untuk bertanding, malah menjadi hak beliau mengeluarkan apa juga hujah bagi mempertahankan keputusannya untuk bertanding tetapi untuk mengaitkan soal kerjasama dengan UMNO sebagai salah satu alasan, ia bukanlah satu tindakan yang bijak, apatah lagi apabila beliau menegaskan keputusan berkenaan juga dibuat kerana mendapati Nasharuddin bersikap terlalu liberal terhadap UMNO hingga mencapai satu tahap yang tidak boleh diterima lagi.

Persoalannya, adakah ini bermaksud apabila Husam ditakdirkan terpilih sebagai Timbalan Presiden Pas nanti, maka segala laluan untuk bekerjasama dengan UMNO hatta bagi kepentingan umat Melayu dan Islam sekalipun akan ditutup? Apakah dosa besar yang dilakukan oleh UMNO terhadap Pas sehinggakan sesiapapun pemimpin Pas yang cuba berbaik-baik dengan UMNO harus disingkirkan?

Kalau Pas boleh duduk semeja dengan DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas, kenapa ada di kalangan pemimpin Pas yang berasa begitu alergi untuk berbaik-baik dengan UMNO? Adalah sesuatu yang menghairankan apabila Husam begitu terbuka memberi alasan sedemikian hanya semata-mata kerana ingin merebut jawatan dalam parti.

Dendam

Sebenarnya Husam terlupa bahawa kelompok yang benar-benar membenci UMNO sehingga tidak boleh duduk semeja berbincang ialah PKR bukan Pas, ini kerana PKR ditubuhkan atas dasar dendam dan benci akibat apa yang berlaku kepada Anwar. Oleh itu dengan hujah Husam tersebut apakah ia bermakna beliau sendiripun sudah terpengaruh dengan politik sempit yang dibawa oleh PKR? Hanya Allah Maha Mengetahui.

Adalah sesuatu yang aneh apabila Husam bercakap soal hala tuju Pas hanya kerana ada desas-desus sebelum ini bahawa Pas hendak bekerjasama dengan UMNO, kata beliau, ''parti mesti tegas dalam arah tujunya, supaya tidak menimbulkan keraguan di kalangan pihak-pihak yang menyokong kita."

Soalnya bagaimana pula dengan keraguan yang wujud di kalangan penyokong Pas sendiri terhadap beliau yang dikatakan daripada kumpulan Erdogan - kelompok yang dikaitkan dengan Anwar? Apakah dengan menunjukkan isyarat tidak akan memberi laluan kepada sebarang usaha untuk bekerjasama dengan UMNO, maka ini akan memberi political mileage kepadanya dalam meraih sokongan dalam Pas? Penulis sebenarnya tidak berhasrat mempertikaikan niat Husam kerana dari satu sudut penulis berpendapat tidak salah untuk Husam menegaskan bahawa masanya sudah tiba Pas menjadi parti bagi menggantikan UMNO. Tetapi soalnya, mampukah Pas berada pada kedudukan itu atau akan terus diperkotak-katik kan oleh DAP dan PKR seperti mana berlaku sekarang di Perak dan Selangor?

Sebenarnya, Pas sudah berada di landasan yang betul, malah corak perjuangan Pas yang berasaskan kepimpinan ulama semakin diterima oleh seluruh lapisan masyarakat di negara ini atas sebab itulah Pas boleh mencapai kejayaan agak cemerlang dalam pilihan raya umum, justeru tidak perlulah oleh kerana hendak berebut jawatan maka hubungan dengan UMNO pula hendak dijadikan modal bagi meraih sokongan.

Soal hala tuju Pas termasuklah kerjasama dengan UMNO sudah tidak timbul lagi apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik idea mengenai pembentukan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Atas sebab itu adalah lebih baik jika mana-mana calon yang akan bertanding dalam pemilihan Pas menggunakan modal lain.

Ia kerana pemilihan kali ini berkaitan dengan isu dalaman Pas dan bagaimana hendak memantapkan parti itu serta tidak menjadi 'platform' kepada mana-mana puak bagi mencapai cita-cita politik mereka.

Apa pun terserahlah kepada perwakilan Pas untuk menentukan siapakah yang akan dibariskan sebagai saf kepimpinan dalam parti itu. Selama ini Pas sudah dilihat cukup mantap dengan gandingan Abdul Hadi dan Nasharuddin.

Pas harus diperkukuhkan dengan barisan kepimpinan yang berhasrat untuk menjadikan ia sebagai sebuah parti yang unggul melalui kepimpinan ulama. Ahli-ahli Pas tidak boleh membenarkan kehadiran mana-mana pemimpin yang dilihat suatu hari kelak boleh menjadi 'makhluk perosak' atau melakukan 'kerja-kerja bodoh' dalam parti itu.

Mereka tidak boleh membiarkan ada pemimpin daripada golongan profesional merelakan diri mereka diperalatkan oleh orang luar bagi meruntuhkan kepimpinan ulama dalam Pas. Selama ini, biarpun diterajui oleh golongan ulama, Pas tetap diterima oleh rakyat malah di Kelantan Pas mampu bertahan dari tahun 1990 sehingga sekarang biarpun ia dipimpin oleh seorang ulama iaitu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Justeru terserahlah kepada ahli-ahli Pas yang akan mengundi pada minggu depan bagi menentukan siapa yang mereka mahukan, mereka mempunyai pilihan, sama ada terus mengekalkan penguasaan ulama atau memulakan langkah pertama bagi menghakis golongan berkenaan dengan memilih golongan profesional daripada puak Erdogan memegang jawatan dalam parti itu.

Kalaulah puak Erdogan dipilih, ahli-ahli Pas harus bersedia melihat kedudukan ulama dalam parti itu berada dalam keadaan bahaya. Ini kerana agenda golongan profesional daripada puak Erdogan untuk menguasai Pas tidak akan berakhir di situ. Mereka akan melakukan perancangan yang lebih teliti untuk memastikan agenda pihak tertentu di luar Pas bagi menguasai parti berkenaan tercapai. Oleh itu, mereka perlu menjadikan pemilihan kali ini untuk menghapuskan sebarang golongan yang boleh bertindak sebagai musuh dalam selimut kepada Pas.

Justeru nilailah satu persatu calon yang bertanding dengan sebaik-baiknya, lihat track record mereka dan mohonlah petunjuk Allah dalam membuat keputusan. Ingatlah, Pas adalah parti induk Melayu kedua selepas UMNO yang diletakkan harapan bagi memastikan kuasa politik Melayu tetap dipertahankan dan Islam tetap didaulatkan.

Sah! PKR sudah gila talak di Penanti!

1 Komen!!!
Hari ini ialah hari penentuan iaitu hari pembuangan Pilihanraya Kecil DUN penanti. Rasanya kurang meriah kalau kalau berceramah tak hentam UMNO. Sebab tak da isu apa-apa lagi yang boleh diguna untuk menarik sokongan oengundi.

Namun di Penanti suasananya lain... UMNO tidak bertanding, namun UMNO masih menjadi sasaran ceramah propganda pakatan pembangkang. PR umpama gila talak dan meroyan...masih tergila-gilakan UMNO. Liputan PRK Penanti inipun tidaklah meriah sangat, suram sahaja... itupun mujur ada Aminah.. boleh lah panas-panaskan sikit suasana PRK ini.

Cuma di Penanti ANwar ini tak pulak nak janji 'untuk ke Putrajaya lagi'.. mungkin banyak lagi pembohongan PKR kepada rakyat penanti.. Piagam calon PKR sebenarnya sesuatu yang tak perlu.. kerana piagam YB PKR yang rasuah dulu pun tak selesai lagi... lepas ni Mansor bolehlah letak jawatan lagi ayas alasan nak ambil PHD bahagian menipu dan membohong Rakyat.. Sebenarnya banyak perkara dalaman PKR yang masih belum di ketahui oleh rakyat... mungkin lepas ini banyak lagi keburukan dan pemhoningan PKR dan PR akan didedahkan oleh Allah SWT.

Calon PKR hanya bertanding lawan calon bebas sahaja... namun apa yang dinantikan rakyat ialah keputusan Pilihanraya Kecil Penanti ini kerana ingin melihat sokongan pengundi di kawasan tersebut. Antara Persoalannya ialah:

1) Adakah pengundi BN akan mengundi?
2) Jika pengundi BN keluar, mereka akan mengundi siapa?
3) Adakah pengundi luar akan kembali untuk mengundi?
4) Apakah peratusan keluar mengundi akan berkurang?

Ini hanyalah persoalan.. cuma mesej yang jelas dari BN ialah taktik PKR untuk adakan pilihanraya Kecil akan datang tidak akan di layan oleh BN.. meroyanlah macamana sekalipun BN tak akan layan...

Realiti, sejarah teras 1 Malaysia

1 Komen!!!
Oleh ARMIZAN MOHD ALI
Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April yang lalu.

Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib.

Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang cuba memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan konsep Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang menjadi teras perjuangan DAP. Penyamaan ini telah menimbulkan kegusaran kepada orang Melayu/bumiputera kerana ia satu konsep yang amat sensitif kepada mereka. Sensitiviti terhadap konsep ini terbentuk kerana walaupun konsep Malaysia untuk orang Malaysia ini berbunyi muluk dan bersifat halwa telinga kepada pendengarnya namun ia tidak berpijak di bumi nyata kerana gagal mengambil kira faktor sejarah dan realiti tempatan. Teras asas konsep ini ialah penolakan kepada sebarang bentuk tindakan afirmatif dan pelaksanaan prinsip meritokrasi sepenuhnya di dalam dasar-dasar negara terutamanya dasar sosioekonomi. Di dalam konteks Malaysia ketiadaan tindakan afirmatif dan pelaksanaan meritokrasi yang tidak mengambil kira realiti ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum akan hanya menghasilkan ketidakadilan serta ketidaksaksamaan yang akhirnya akan mengakibatkan diskriminasi minoriti ke atas majoriti.

Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini bertunjangkan kepada realiti tempatan dan sejarah negara. Memahami dan menghayati sejarah amat penting kerana seperti mana kata seorang Ahli Falsafah Amerika berketurunan Sepanyol George Santayana, "Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan disumpah mengulanginya". Jika kita mengikuti ucapan Najib semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan baru-baru ini kita akan mendapati beliau sebenarnya telah pun membezakan antara kedua-dua konsep ini apabila memperincikan tiga teras utama konsep 1 Malaysia iaitu penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.

Teras pertama 1 Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas perhubungan kaum di Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Transformasi dari toleransi kepada penerimaan ini amat penting kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia memerlukan iltizam rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Ini termasuklah bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan.

Untuk negara terus berada di hadapan keluk kejayaan semua rakyat Malaysia perlu terus membina di atas persamaan yang ada dan pada masa yang sama berlapang dada menerima perbezaan yang wujud di antara satu sama lain tanpa bersikap menghakimi atau menilai. Kita perlu meraikan perbezaan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya terperangkap dengan polemik yang berpunca dari perkara titik bengik sehingga melupakan matlamat besar bersama.

Gundah-gulana

Teras kedua 1 Malaysia ialah kenegaraan yang bertunjangkan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan undang-undang tertinggi negara manakala lima prinsip Rukun Negara bertindak sebagai ideologi kebangsaan adalah asas yang terbaik untuk memupuk dan mengukuhkan Perpaduan Nasional. Oleh yang sedemikian janganlah mana-mana kaum menjadi gundah-gulana kerana 1 Malaysia tidak sekali-kali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Orang-orang Melayu/bumiputera juga tidak perlu bimbang bahawa 1 Malaysia akan menyimpang dari peruntukan yang sudah sedia ada di dalam undang-undang tertinggi negara terutamanya Perkara 153 (Hak-hak Istimewa Melayu/bumiputera).

Teras ketiga 1 Malaysia seperti mana yang diterangkan oleh Perdana Menteri pula ialah keadilan sosial. Tragedi hitam 13 Mei 1969 mengejutkan rakyat Malaysia kepada realiti bahawa perpaduan nasional tidak boleh menyubur jika ketidakseimbangan sosioekonomi berlaku. Bagi memastikan tragedi tersebut tidak berulang maka Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah digubal dengan bermatlamatkan perpaduan dengan menggunakan dua strategi, pertama membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan kedua menyusun semula masyarakat. Walaupun DEB telah berakhir pada tahun 1990 semangatnya masih diteruskan melalui dasar-dasar pengganti sehingga hari ini. Hakikatnya tidak ada negara yang mampu maju dan makmur jika kaum majoriti terpinggir dan ketinggalan dari segi sosioekonomi jika adapun sejarah telah menunjukkan kemajuan dan kemakmuran tersebut bersifat sementara kerana negara berkenaan bukanlah sebuah negara yang stabil. Ia ibarat sebuah peti yang penuh dengan serbuk letupan yang tidak stabil dan hanya menunggu satu percikan untuk menyebabkannya meletup.

Namun semua pihak harus memahami hakikat bahawa dasar pengagihan yang adil melalui tindakan afirmatif tidak akan berjaya di dalam kek ekonomi yang gagal berkembang secara sihat dan mapan. Kita tidak boleh bersikap dogmatik di dalam mengurus ekonomi sebaliknya kita perlu bersikap pragmatik dan sanggup memikir di luar dari kotak kelaziman.

Malaysia hari ini berada di persimpangan jalan sementara kita bukan lagi sebuah pusat pelaburan menarik untuk sektor pembuatan yang berkos rendah namun kita juga belum mencapai tahap sebuah ekonomi yang mampu menarik pelaburan bernilai tinggi yang berasaskan inovasi dan kreativiti. Sehubungan dengan itu semua pihak mempunyai kepentingan di dalam memastikan ekonomi Malaysia meningkat ke rantaian seterusnya dan kekayaan negara bertambah.

1 Malaysia ini sebagai satu imperatif politik yang penting kepada perpaduan nasional. Janganlah kita membiarkan sentimen politik jangka pendek mewarnai cara kita berpolitik di bumi bertuah ini. Adalah satu kepelikan di negara ini apabila kita mendapati bahawa terdapat parti-parti politik yang kononnya mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum dan memperjuangkan konsep Malaysia untuk orang Malaysia tetapi pada hakikatnya adalah jauh dari sifat kemajmukan. Jika parti-parti ini bersifat pelbagai kaum maka sudah tentu senarai keahlian dan kepimpinan mereka akan mencerminkan fakta tersebut. Kesimpulannya jika hampir keseluruhan ahli-ahli dan kepimpinan mereka datang dari satu kaum sahaja maka lebih eloklah parti politik ini menukar status mereka kepada parti satu kaum bukannya parti pelbagai kaum.

Adalah diharapkan bahawa usaha pemupukan dan pengukuhan perpaduan nasional akan mampu bergerak secara lebih terarah kemas dan jitu melalui inisiatif konsep 1 Malaysia. Kita semua adalah rakyat Malaysia yang lahir, mencari rezeki dan membina kehidupan di bumi bertuah ini. di sinilah bumi dipijak dan di sinilah juga langit dijunjung. Yakinlah bahawa pelaburan yang kita buat dalam usaha memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional adalah pelaburan yang berbaloi kerana masa depan anak-anak kita dan kelangsungan negara kita bergantung kepadanya.

Awang Selamat -kebaikan dan pengorbanan Melayu dikhianati?

0 Komen!!!
  • Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.
  • ''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara.
  • Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
  • Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:                                                                                                                                                     ''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

  • "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.'
  • Hal ini tidak lagi menjadi peringatan kepada kaum lain. Semua mengaanggapnya sebagai satu sejarah.. bahkan mereka kini mula mengkhianati dan memijak kaum Melayu. 
  • Namun peranan dalangnya lah seperti DAP, PKR, PAS dan Gerakan yang membuat  kaum lain ini terus membenci Melayu. Mereka sendiri yang mahu menikam kaum Melayu, melemahan kaum Melayu sehingga Melayu sendiri terpaksa mengemis untuk mempertahankan hak mereka.
  • Politik durjana pembangkang telah menyebabkan Melayu dikhianati... Pembangkang amat membenci Melayu!.. mereka mahu hak Melayu di hapuskan termasuklah PAS. Mereka kata Melayu Perakauman kerana mereka mahu mempertahankan hak mereka. Nik Aziz pernah mengatakan mereka sedia mengatakan PAS sedia menerima MB dari yang bukan Melayu selagi ianya orang Islam... Namun jika MB bukan Islam adakah PAS akan menerima... Adakah ini semua kaum bukan Islam boleh menerima cara PAS ini sebagai diskriminasi agama!
  • Sudah cukup pembohongan yang dibuat oleh parti pembangkang.. mereka menipu rakyat dengan berkata di depan lain dan dibelakang lain.. BN sahaja yang berani  bercakap benar kepada pengundi mereka kerana mereka jujur atas perjuangan mereka!

PKR sangat membenci Melayu

1 Komen!!!
  • Azmin ceramahnya malam tadi sekali lagi menuduh UMNO sebagai Parti yang 'Racist' kerana memperjuangkan Melayu...Begitulah kata-kata mereka yang buta sejarah perjuangan bangsa dan mementingkan diri sendiri serta menjadi barua DAP... UMNO dan Melayu memang tidak dapat dipisahkan. UMNO wujud demi kepentingan Melayu sebab itu hak Melayu telah dipertahankan oleh UMNO lebih 50 tahun dahulu.
  • PKR ialah parti serpihan UMNO yang sangat membenci hak Melayu dan rakyat Malaysia dipertahankan oleh UMNO. Tuduhan Azmin adalah bukti betapa bencinya Azmin terhadap Melayu yang telah melahirkan perjuangan UMNO.
  • Kebencian PKR ini membuatkan pemimpin mereka memecah belahkan perpaduan Melayu dan menyebabkan Melayu bertelagah sesama sendiri demi kerakusan mereka untuk mendapatkan kuasa.
  • Buktinya ialah tindakan PKR yang dilihat sanggup bersama DAP yang dari dahulu sangat membenci orang Melayu dan menghapuskan keistimewaan Orang Melayu .Sebagai contoh contohlah, jika org cina duduk kat Jepun dgn sikap tidak suka budaya jepun, tidak suka tutur dlm bahasa jepun, dan tidak suka bergaul dgn org jepun. Tapi mahu menuntut hak yg sama seperti org jepun, bagaimanakah perasaan org jepun? Adakah ini adil bg org jepun? Cuba fikirkanlah.
  • Ramai org cina tidak suka malaysia dan kalau boleh mrk mahu berhijrah ke negara lain. Cuba tanya negara mana yg seunik malaysia? Tengoklah di Amerika, kaum putih menindas dan diskriminasikan kaum hitam. Dan indonesia, tiada cuti untuk sambutan Tahun Baru Cina, dan bahasa cina tidak boleh digunakan semasa pengumuman dalam lapangan terbang. Sebenarnya Malaysia dah dikira cukup baik untuk kita semua, cuma pihak pembangkang kita yg zalim telah merosakkan nama baik Malaysia dan sentiasa menimbulkan perasaan tidak puas hati antara kaum..
  • Kerajaan sudah mencuba sedaya upaya untuk mentadbir negara ini dengan baik. Namun kerana terdapat parti politik seperti PKR dan DAP serta PAS yang sering menyembunyikan serta memutarbelitkan kebaikan yang kerajaan telah lakukan. Banyak tuduhan yang direka-reka tanpa asas bukti yang kukuh.
  • PKR tidak pernah memikirkan kepentingan Melayu untuk dibela, mereka sentiasa bersama DAP untuk manghakis hak keistimewaan kaum Melayu.
  • Hak Keistimewaan Melayu memang wajar Bumiputra semenanjung ,Sabah , Sarawak bangkit menentang sebarang penghakisan keistimewaan Bumiputra yg termaktub dalam perlembagaan demi menjamin pendidikan yg sempurna kerana suka atau tidak .. masih terlalu ramai Bumiputra semenanjung…Sabah..Sarawak yg miskin dan tak mampu bersaing dengan adil jika uitm dibuka kepada none bumi.. terimalah hakikat ini …masih ramai Bumiputra yang hanya bermimpi untuk memiliki komputer tetapi tidak mampu untuk mendapatkannya… ini menunjukkan tahap kemiskinan yg jauh berbanding none bumi … malahan Bumiputra Sabah …Sarawak…dan pantai timur masih ramai yang sekadar cukup2 makan dgn pendapatan bulanan.
  • Perlu diberi perhatian … dalam waktu yang amat singkat PR(PKR/DAP/PAS) membentuk kerajaan mereka telah menunjukkan “hasrat terpendam” untuk mengikis hak Bumiputra sedikit demi sedikit dengan sistem yang amat terancang …
  • Dari satu ke satu…sehinggalah kuasa raja ..dan perlembagaan dimasa akan datang sekiranya mereka memerintah bumi tercinta ini … kerana yang pasti DAP dominan didalam pakatan … PAS sekadar pak turut yang menumpang .. manakala DSAI… asalkan menjadi PM segalanya halal …oleh itu .. memang tepat masanya Bumiputra bangkit … memberikan bantahan .. protes … sebagai tanda kita tidak berdiam diri dan menanti dgn redha semua diatas menjadi kenyataan …
  • Melihat situasi yang berlaku … artikel2 yg diterjemah dalam bahse melayu… forum2 majlis peguam … hindraf …. kenyataan2 yg dibuat DAP …ADIL dan anwar… jelas menunjukkan kehancuran yg pasti untuk Bumiputra .. PASTI !!!!!
  • Mungkin kenyataan ini berbaur amat perkauman … ingin juga ditekankan disini sebagai seorang muslim dan warganegara malaysia yg ade hati dan perasaan menang wajib menyokong bantuan kerajaan untuk NONE BUMI MISKIN belaja di mana2 IPT seluruh Malaysia .. hakikatnya BUMIPUTRA masih miskin terutamanya di Sabah dan Sarawak serta pantai timur …tahap kemiskinan yg boleh menitiskan air mata … jika diselami cara hidup mereka apetah lagi dgn kos yg makin meningkat…
  • Tuduhan Azmin terhadap UMNO adalah untuk mewajarkan PKR menghapuskan Hak Keistimewaan kaum Melayu... yang sangat dibenci oleh sekutunya dalam PKR dan DAP.

Kongsi Link Anda