Popular Today

Sabtu, Jun 13, 2009

Karpal : Presiden PAS memalukan Pakatan Rakyat

1 Komen!!!
Tindakan menyelar presiden parti ISlam sebagai memalukan oleh Krpal Singh ini sepatutnya dilihat sebagai menjatuhkan maruah PAS. Tindakan seorang kafir yang menolak hudud dan negara Islam ini sepatutnya mencabar maruah PAS, itupun jika PAS ada maruah dan harga diri.

Tapi nampaknya jika ahli PAS sendiri dah menyelar presiden parti mereka apatah lagi orang lain. Inilah budaya baru yang berada di dalam PAS apatah lagi dengan kecanggihan teknologi maklumat semakin mudah budaya fitnah, keji, hina yang memang dalam PAS ini tersebar. Inilah gambaran jelas dengan apa yang berlaku dalam PAS

Pengerusi DAP, Karpal Singh ini menyelar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyifatkan Presiden Pas itu sebagai memalukan pakatan pembangkang berikutan cadangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO.

Karpal juga meminta Abdul Hadi memohon maaf kepada bukan sahaja DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai rakan dalam pakatan pembangkang tetapi juga kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

''Abdul Hadi perlu meminta maaf kepada DAP dan PKR serta Nik Aziz kerana mencetuskan cadangan untuk berunding dengan UMNO yang merupakan satu pelanggaran jelas terhadap keikhlasan beliau bekerjasama dengan DAP dan PKR.

''Diharapkan pada masa depan Abdul Hadi perlu berfikir dua kali sebelum membuka mulut. Beliau sekarang sudah memalukan pakatan pembangkang,"

Najib : 1Malaysia tidak akan sentuh perlembagaan walaupun seinci!

0 Komen!!!
Penegasan ini banyak memberi kelegaan kepada bangsa Melayu, dalam keadaan parti pebangkang yang mahukan menghapuskan hak keistimewaan bangsa Melayu, UMNO dan BN perlu menghormati hak sebagaimana yang ada dalam perlembagaan negara. Kita telah melihat tindakan DAP, PKR dan PAS yang melampaui perlembagaan negara akan memberi rasa tidak selesa kepada rakyat negara ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan pelaksanaan konsep 1Malaysia tidak akan mengetepikan hak-hak orang Melayu dan bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, malah terus diperkasakan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun bertanggungjawab kepada semua kaum, Najib tetap mahu agenda orang Melayu diberikan perhatian utama.

"Kita mengalu-alukan dan amat senang hati apabila Perdana Menteri menyebut konsep 1Malaysia tetap bertunjangkan kepada Perlembagaan Negara, ini asasnya.

"Sebagai Perdana Menteri yang menunaikan kewajipan kepada semua kaum rakyat Malaysia, agenda Melayu tetap dekat di hatinya (Najib)," katanya.

Malaysia bukan Singapura dan bukan Amerika yang menghapuskan hak kaum peribumi untuk kekal berkuasa. Malaysia juga bukan Thailand dan Indonesia yang tidak mengormati kaum lain sehingga tidak ada sekolah cina, nama cina dan sebagainya. Malaysia ialah Malaysia ia ada acuannya sendiri.

Kongsi Link Anda