Popular Today

Memaparkan catatan dengan label Pemuda Pas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemuda Pas. Papar semua catatan

Selasa, November 03, 2009

1PAS " DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : Husam Nak Saman Siasah?.. suka betul situlang besi

0 Komen!!!
Suka betul situlang besi ni (Malaysia Wave)... nampaknya blogger pro Husam ni suka sangat si Sayuti disaman... (baca di sini)

"Saya mulanya terkejut juga bila Suyuti lapor dalam blog dia, bertajuk "Husam Hayati Semangat Unity Government". Dalam hati kecil saya berkata mesti ada sesuatu yang pelik ni.

Rupanya betul. Memang Husam tengah marah (mengikut kawan saya ni) Bukan setakat tu, dia pun kena belasah dgn ramai blogger juga. Contoh "Bodoh Punya Husam" dengan "Go Fly a Kite".

Bagi saya, oleh kerana berita ni datang dari Akhbar Siasah yang ditadbir oleh Suyuti maka kita semua wajib "MERAGUI"nya. Saya dah tulis berapa kali dan berapa kali dedah si Suyuti penipu.

Jadi, kalau betul lah maklumat kawan saya ni, siap lah kau Suyuti. Masuk mahkamah lagi la kau.

Tulang Besi

Jadi... apa nak dikata ada juga manusia yang berhati busuk macam ni...

Ahad, Jun 07, 2009

Al kisah Blogger PAS - lu sapa!

3 Komen!!!
Ni aku ciplak dari blog Ummi Hani :

"pimpinan iktiraf blogger...urusetia muktamar tak pandang langsung blogger...

Sumbangan media baru khususnya media siber termasuk portal berita dan blog memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat yang selama ini di cengkam oleh media arus perdana yang dikuasai kerajaan UMNO BN telah berjaya mencelikkan rakyat sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu, kata Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Sebenarnya, walaupun tiada majlis penghargaan khusus untuk para blogger dan wartawan internet pada majlis muktamar pada tahun ini. Namun pengiktirafan yang diberikan oleh Presiden PAS itu telah lama ditunggu oleh para blogger sekalian yang telah bertungkus-lumus selama ini memperjuangkan kebenaran dan keadilan melalui alam siber membantu Pakatan Rakyat mencapai kemenangan. Moga-moga ibadah dan perjuangan kita ini dapat membantu kita berhadapan dengan ALLAH SWT di akhirat kelak.

betul lah pimpinan atas menghargai bloggers ni..tapi hakikatnya blogger tetap dipandang sebagai 'nobody'...kalau benar seperti yang TGHH sebut..blogger ini diiktiraf kenapa bila kita nak mintak pas media dari urusetia tak dilayan..

'' kami tak berikan pas media kepada blogger..hanya media perdana sahaja diberi pas media muktamar''..alasan mereka,"kalau beri kat sorang blogger nanti semua blogger nak.." susah sangat ke kalau berikan untuk 2 @ 3 orang blogger pas media..? blogger bukan nak mintak keistimewaan apa sangat..dapat masuk semasa PC pun dah cukup la...

kalau kita dengar ucapan dari perwkilan negeri Melaka disebut bagaimana media perdana ini mensensasikan akhbar mereka dengan memburukkan pimpinan PAS..tapi mereka2 ini juga la yang diiktiraf..blogger2 yang membawakan liputan yang benar tak diberi keistimewaan seperti media perdana..apa ni...

bila ummi tanya ada wifi ke? pakai password ke..?..."ha'ah ada password..hanya unit IT aje yang boleh guna line wifi ni..orang lain tak boleh.."hangin tol ummi bila dia jawab macam tu...tapi sebagai muslim kita telah ditarbiyyah supaya bersabar...takpa lah ummi tetap ucapkan terima kasih...bukan kebuluq sangat pun pasal ummi ada bawak broadband sendiri..cuma ummi saja tanya tapi jawapan memang menghanginkan hatiku...

ummi telah mengikuti 2 program besar oleh 2 parti..satu semasa Kongres PKR di tempat yang sama Stadium Melawati Shah Alam...dan yang terkini Muktamar Tahunan PAS ke 55...2 parti yang besar..ummi sebagai ahli PAS tapi tidak menjangka ini cara pengurusan PAS ..berbanding dengan PKR..kami blogger mendapat tempat bersama media perdana...memang ummi kecewa dengan pengurusan PAS..untuk mendapat pas media kami telah ditolak mentah2 apatah lagi untuk mendapat liputan di dalam sidang media ... kami memang tak dapat..nak mintak letak recorder pun tak kasi..hina sungguh blogger ni rupanya..

ummi tunjuk kad media yang ummi dapat dari kerajaan Pakatan Rakyat di Perak oleh DS Nizar sendiri..tapi tetap tak diiktiraf..

"akak ni ada pas media tapi pas yang bukan dari media perdana.."kata petugas

"ni pas dari kerajaan PR Perak ..DS Nizar yang iktiraf blogger sebagai media kerajaan PR"

"kami tak kisah siapa yang beri..Nizar ke siapa ke..tapi akak bukan dari mana2 yang boleh kami beri pas media"..aduiii hangat hati betul la dengar ayat tu...kalau nak bukak cerita dalam kain PAS ni memang banyak sungguh..tapi disebabkan sayangkan jemaah ummi tak sanggup nak bukak buruk parti sendiri..seperti bukak pekung di dada la pulak...


tapi ummi luahkan ketidakpuasan hati ummi kerana perkara in tak sepatutnya berlaku terhadap blogger jemaah sendiri..kerana pimpinan sendiri telah memberi pengiktirafan kepada blogger kerana sumber berita yang kita sampaikan tidak seperti media arus perdana yang bermuka2..

bak kata MSK sapa suruh gatai jadi blogger...sendiri tanggung la...kalau Topeng Perak pulak cakap..blogger ni dapat apa..dapat maki aje..kalau Cenangau kata pulak..blogger ni macam daun kari..untuk menyedapkan bau masakan hang buh la..masa nak makan hang kena tolak ketepi...

ummi mengharapkan agar perkara ini diberi ruang sedikit untuk dipertimbangkan..permintaan blogger tidaklah besar sangat..tidak minta dilayan seperti media perdana pun sekurang2nya beri sedikit ruang untuk kami blogger berdiri dibelakang para media perdana pun tak apalah..jangan dihalau terus jauh2..sebelum para blogger rasa bosan dengan layanan yang begini harap ada sedikit perubahan minda dalam pengurusan pada majlis besar yang akan datang..

wallahualam..

Nampaknya Bloggers PAS hanya syok sendiri! Kesiankan.. umpama melukut di tepi gantang!! bak kata pepatah Melayu.. "kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan"..

Selasa, April 29, 2008

Pemuda PAS nafi terlibat kes ugut Karpal

0 Komen!!!
Jimadie Shah Othman & Fathi Aris Omar Apr 29, 08 11:37am
kemaskini 2:34pm Ketua Pemuda PAS Johor menafikan beliau turut mengiringi seorang pelajar menyerah diri ke balai polis semalam berhubung isu ugutan bunuh terhadap pengerusi DAP Karpal Singh.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kluang pada jam 1 tengah hari sewaktu pelajar itu dilaporkan berbuat demikian.

"Saya tidak faham bagaimana saya telah dikaitkan dalam perkara ini bersama-sama dengan pemuda-pemuda PAS Johor," katanya hari ini.

Menurut agensi berita Bernama, yang dipetik Malaysiakini malam tadi, pelajar kolej berumur 19 tahun itu menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhan ahli parlimen Bukit Gelugor dalam laman web PAS Johor.

Beliau yang dilaporkan diiringi bapanya dan empat anggota Pemuda PAS negeri yang diketuai Khairul Faizi tiba di ibu balai polis Johor Bahru selatan pada pukul 1 tengah hari.

Selepas keterangannya direkodkan oleh polis, lapor agensi berita itu lagi, pelajar itu pergi ke pejabat naib pengerusi DAP Johor Norman Fernandez pada 4 petang.

Khairul Faizi menambah, beliau "amat terkejut" apabila dikaitkan dengan isu kontroversi tersebut seperti diberitakan.

Dihubungi hari ini, Khairul Faizi berkata, Pemuda PAS negeri termasuk beliau tidak terlibat dalam laporan polis berhubung kes berkaitan.

Ditanya pihak yang terlibat, beliau berkata "tidak tahu".

"Saya ada bertanya PAS negeri, tetapi PAS negeri juga tidak tahu-menahu tentang soal ini," katanya.

"Kemungkinan PAS (kawasan) Johor Bahru, kerana berita itu dimuatkan di laman web PAS kawasan tersebut."

Manakala yang dipertua PAS kawasan itu Rosli Kemin ketika dihubungi berkata, pihaknya juga tidak terlibat ke balai polis Johor Bahru selatan untuk mengiringi pelajar tersebut menyerah diri kepada polis.

Beliau menjelaskan, beliau bersama tiga pemimpin PAS kawasan menemui naib pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez.

"Saya bersama bendahari (PAS kawasan), ketua penerangan dan ahli jawatankuasa kawasan menemui Norman Fernandez," katanya lagi.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Fernandez mengakui pertemuan pelajar dan bapanya turut disertai beberapa pemimpin PAS kawasan termasuk Rosli di pejabat pemimpin DAP itu kira-kira 4 petang semalam.

Pelajar tersebut telah memohon maaf kepada Karpal dan surat tersebut akan dikirimkan kepada ahli parlimen DAP itu petang ini, kata Fernandez lagi.

Tambahnya, beliau mengesyorkan kepada Karpal agar menarik balik laporan polis tersebut memandang remaja itu masih belajar dan memohon maaf.

"Bagaimanapun, terpulang kepada Karpal untuk berbuat demikian," katanya.

Fernandez, yang juga seorang peguam, berkata beliau memberikan keterangan kepada polis kira-kira setengah jam pagi ini berhubung pertemuan di pejabatnya semalam.

Penjelasan tentang isu tersebut turut dimuatkan di blognya di alamat normanfernandez.blogspot.com

Laporan Malaysia Kini 24/4/08

Artikel berkaitan :
Ugut Karpal: Pelajar kolej serah diri - PAS tewas
Karpal: I didn't insult Islam

Ugut Karpal: Pelajar kolej serah diri - PAS tewas

0 Komen!!!
Seorang pelajar kolej berumur 19 tahun hari ini menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhan pengerusi DAP Karpal Singh dalam lamanweb PAS Johor.

Diiringi bapanya dan empat ahli Pemuda PAS Johor yang diketuai pemimpinnya Khairul Faizi Ahmad Kamil, pelajar lelaki itu tiba di ibu balai polis Johor Baharu selatan pada jam 1 tengah hari.

Menurut Bernama, selepas keterangannya direkodkan oleh polis, pelajar itu pergi ke pejabat naib pengerusi DAP Johor Norman Fernandez pada jam 4 petang.

“Semasa di pejabat saya, beliau menulis surat memohon maaf dan menyatakan rasa kesal kepada Karpal kerana memuatkan komen itu dalam lamanweb itu.

“Pelajar itu juga berjanji tidak akan memuatkan mesej seumpama itu lagi di masa depan," kata Fernandez.

Fernandez juga berkata pelajar itu, yang namanya dirahsiakan, berharap Karpal akan memaafkannya dan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Jumpa Karpal

Katanya DAP Johor akan bertemu Karpal esok untuk menyampaikan surat itu.

kepada Karpal untuk membuat keputusan mengenai perkara itu," katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC II Amer Awal semasa dihubungi berkata polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi ugutan jenayah.

Polis juga dijangka merekodkan kenyataan daripada beberapa orang lagi.

Dalam laporan polis Sabtu lalu di Pulau Pinang, Karpal mendakwa komen pengulas yang dikenali sebagai "Alif" dalam lamanweb PAS, berbaur ugutan bunuh.

Katanya komen itu mendakwa beliau (Karpal) telah menghina Islam dan “darahnya halal dibunuh.”

Malaysia Kini - Apr 28, 08 10:37pm

Kongsi Link Anda