Rabu, Disember 17, 2008

Janji ditunaikan : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM diluluskan Dewan Rakyat

3 Komen!!!
Kerajaan telah menunaikan janjinya untuk menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan rang undang-undang itu dengan pindaan kecil pada Fasal 36(1)(b), bagi meminda perkataan Pendakwa Raya kepada Pegawai Pesuruhjaya.

Abdullah berkata, pelaksanaan SPRM itu merupakan hasratnya untuk menunaikan janji yang terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2004.

Beliau berharap SPRM akan berfungsi dengan lebih berkesan daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana bilangan anggotanya akan melebihi 5,000 orang selain mereka akan diberikan latihan dalam aspek pembanterasan dan pencegahan rasuah.

Apa yang penting selepas ini usaha memerangi rasuah perlu dibuat dengan lebih serius selepas skop diberikan kepada SPRM lebih besar. Rakyat mahukan tindakan dan perubahan yang radikal dalam menangani rasuah.. bukan hanya omongan kosong dan retorik semata-mata....

Apa pun tahniah kepada kerajaan kerana maju setapak dan menunaikan janji untuk menangani rasuah....

Kongsi Link Anda