Popular Today

Ahad, Februari 12, 2012

Terkini : usaha puak pembangkang ganggu perjumpaan Najib bersama rakyat terus digagalkan polis

1 Komen!!!
Nampaknya puak pakatan pembangkang masih berhati busuk untuk mengganggu majlis YAB DS Najib bersama rakyat di Johor hari ini.

Jika tengahari tadi Pengerusi persatuan Tiong Hua Daerah buat laporan polis atas ancaman oleh penyokong bersih kerana mahu mengganggu Pesta Chingay ..

Kini Polis menggagalkan pula penyokong puak pembangkang iaitu anti-lynas yang mahu mengganggu DS Najib dalam satu program di Danga Bay petang tadi.. Apa kaitan lynas di Johor pun tiada.. Memang pembangkang dah tiada modal sebenarnya..

Apa yang takut sangat pembangkang dengan DS Najib sehingga terpaksa buat taktik murahan untuk raih simpati rakyat.

Taktik mereka mudah.. Iaitu mahu memalukan Ds Najib.. Selain itu mereka mahu buat kecoh dan berharap polis akan membuat tindakan keras kepada mereka dan berita ini akan diambil oleh pemberita agensi asing..

Mereka mahu malukan Malaysia di mata dunia.. Hakikatnya yang merosakkan nama Malaysia ialah puak pakatan yang diketuai oleh aljuburi!!!!

Gambar hiasan:

Debat : Lim Guan Eng buat "kornar baring"

0 Komen!!!
Lim Guan Eng nak menipu lagi.. Dakwaan Guan Eng penganjur telah menukar tajuk debat tanpa pengetahuannya..

Namun Debat yang dianjurkan oleh Asli. Asian Strategy and Leadership institue sebenarnya tidak pun menukar topik.. Maknanya Guan Eng ni menah kaki penipu.. Atau tak faham tajuk..

Perkara ini dah disahkan oleh Pengerusi Asli,

"Asli director and chief executive officer Datuk Michael Yeoh said they had never changed the topic, "Chinese at Crossroads - Is a two-party system becoming a race system" to "Future of the Malaysian Chinese", as claimed by some."

Tak cukup-cukup Guan Eng nak menipu rakyat Malaysia..

Terkini : Laporan polis dibuat kerana ancaman Penyokong Bersih ganggu pesta Chingay Johor

2 Komen!!!
Sebagaimana maklum, bahawa YAB Dato' Seri Najib akan menghadiri pesta Chingay di Johor sempena pengishtiharan Chingay Johor sebagai warisan negara.

Namun malang ada ura-ura pihak tertentu untuk mencemar malam kebudayaan kaum Cina terbesar di Johor dan Malaysia. Ini menunjukkan tindakan biaDAP dan tidak hormat dan tidak sensitif kepada sesuatu kaum.

Satu laporan polis telah dibuat oleh en lim Ik Kim, Pengerusi Persatuan Tiong Hua Daerah Johor Bahru mengenai ancaman penyokong Bersih untuk
Mengganggu pesta Chingay pada malam ini.

Inilah sikap penyokong pakatan pembangkang dan proksinya termasuklah Bersih, Majlis Peguam, suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan yang sewaktu dengannya yang mahu mencemar dan tidak menghormati perayaan sesuatu kaum.

Kalau dahulu, rakyat ingat bagaimana tindakan biadap Hindraf yang menggangu sambutan rumah terbuka Aidilfitri UMNO yang dihadiri perdana Menteri..

Polis diminta tegas dalam isu ini.. Perkara yang boleh mencemar keharmonian negara mesti dikenakan tindakan undang-undang.

Utusan : DAPigs parti politik paling rasis, monopoli kaum Cina dan mengamalkan Kroni

2 Komen!!!
Bisik-bisik Awang Selamat

DAP makin agresif. Daripada kempen daftar undi di kalangan masyarakat Cina hinggalah kepada penambahan ahli Melayu, parti itu mempelbagaikan strategi. Terbaru, DAP berhasrat mendapatkan bantuan PKR dan Pas bagi menyakinkan masyarakat Melayu bahawa ia bukan parti chauvinis.

Awang hanya senyum. Rupa-rupanya DAP makin terasa bahang tanggapan majoriti orang Melayu terhadap imej parti tersebut.

Eloklah jika barisan pemimpin DAP mulai sedar. Awang telah lama melihat DAP sebagai parti politik paling rasis.

Persoalannya mampukah PKR dan Pas membantu DAP? Pada Awang, PKR sudah hilang kewibawaan dan ditolak oleh masyarakat Melayu.

Pas pula makin dijauhi sejak Presidennya, Hadi Awang dan Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat tunduk kepada agenda DAP sehinggakan tergelincir daripada landasan sebenar perjuangan Islam. Walaupun DAP berjaya menunggang pemimpin PKR, Anwar Ibrahim dan pemimpin Pas, ia bukan bermakna bahawa masyarakat Melayu akan ikut sama merelakan diri ditunggang oleh parti itu.

Awang ragu PKR dan Pas yang makin hilang pengaruh di kalangan orang Melayu akan dapat memainkan peranan seperti diharapkan oleh DAP. Hari ini, majoriti Melayu masih melihat DAP sebagai parti ekstrem.

Sekadar cuba menyakinkan orang Melayu bahawa parti itu tidak rasis, adalah tidak memadai. DAP perlu melakukan pembaharuan bermula dari dalam.

Parti itu yang menggunakan nama demokratik, harus berlaku adil kepada semua kaum, bukannya satu kaum sahaja. DAP tidak boleh kelihatan sebagai parti orang Cina dan lebih memperjuangkan agenda kaum itu.

Orang Melayu, India, Sikh dan lain-lain etnik tidak seharusnya sekadar dijadikan pinggiran dan kosmetik dalam DAP.

Selagi pembaharuan itu tidak dilakukan, selagi itu DAP akan menjadi parti rasis. Apatah lagi adanya Dinasti Lim perencanaan Lim Kit Siang yang mahu parti itu terus dipimpin oleh keluarga dan kroninya. Provokasi tidak henti-henti oleh pemimpin DAP terhadap kedudukan Islam dan orang Melayu serta Raja-Raja, sentiasa memburukkan keadaan.

Sebagai rakyat Malaysia, Awang teringin sangat melihat DAP menyatakan ikrar untuk komited menjunjung sepenuhnya Perlembagaan Malaysia.

Ini kerana sudah banyak petunjuk bahawa parti itu cenderung untuk menulis semula perlembagaan selain mengetepikan nilai, sejarah, jati diri dan asas kenegaraan.

Sesungguhnya terlalu banyak dosa DAP kepada masyarakat Melayu. Jika mahu memulakan fasa baru bagi menyakinkan orang Melayu, adalah wajar sekiranya Kit Siang menyatakan penghargaan kepada pengorbanan dan kemurahan hati masyarakat Melayu yang telah dibuktikan sebelum kemerdekaan lagi.

Pemimpin MCA, mendiang Tun Tan Siew Sin dan MIC, mendiang Tun V.T Sambanthan pernah secara terbuka memperakukannya. Awang tidak pernah mendengar pemimpin DAP menyatakan perkara itu seolah-olah pengorbanan masyarakat Melayu tidak layak dihargai. Bagaimana mahu menyakinkan orang Melayu bahawa DAP bukan rasis jika parti itu sendiri membina tembok pemisahan dan kebencian? (Minggu ini, DAP mengapi-apikan pula isu pergaduhan kecil ekoran provokasi di sebuah restoran menjadi isu kaum). Janganlah hanya ghairah mahukan sokongan tetapi enggan bersikap budiman ke atas orang Melayu. Zaman telah berubah, politik juga telah berubah tetapi DAP masih ditakuk lama. Awang percaya orang Melayu boleh berubah dalam penilaian terhadap DAP tetapi parti itu mesti terlebih dahulu berubah.

Kongsi Link Anda