Orang kampung terpaksa berundur.... petugas luar PAS mula mengawal masjid di sekitar Parlimen Bukit Gantang. Hanya mereka sahaja yang boleh melaksanakan program politik sempit mereka di masjid. Menurut penduduk kampung, walaupun mereka telah merancang program dan kegiatan untuk orang kampung tetapi telah dihalang oleh petugas luar PAS ini. Sudahlah mereka ini orang luar tetapi mebuat perkara celaka terhadap ahli qoriah di masjid tersebut. Mereka ingat masjid ini mereka yang punya..
Mereka kena ingat Islam adalah agama bukan parti politik. PAS bukan Islam dan Islam setentunya bukanlah Pas!..
Mereka yang menyamakan Islam dan PAS boleh dipertikaikan akidahnya.... begitulah kejinya Pas!.. mencemarkan kesucian Islam.... sebagaimana Dewan Ulama PAS telah mencemarkan Islam dengan membenarkan perkataan Allah digunakan untuk Agama lain. Inilah yang disanggah oleh Taib Azamudin tentang keputusan Dewan Ulama PAS!
Pas lebih pentingkan politik dari kesucian Islam!..
Nampaknya ini strategi PAS yang seterusnya supaya boleh menguasai masjid dan menjadikan kubu kempen durjana mereka. Menurut maklumat juga ini disebabkan ahli jawatankuasa masjid ramai di kalangan Ahli PAS khasnya selepas Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak ini..
Masya Allah... berikanlah mereka hidayah, hindarkanlah mereka membuat kerosakan dan kebencian di dalam rumah Mu.. Ya Allah!



