Rabu, April 09, 2008

Husam: Islamic state not on Pakatan agenda

0 Komen!!!
exclusive Islamist party PAS will continue to champion the cause of an Islamic state although it will not pursue the agenda through the newly-formed opposition alliance Pakatan Rakyat, a senior PAS leader has said.

Vice-president Husam Musa said the Islamic state, a controversial agenda which often caused ideological tiffs between PAS and DAP, shall remain a “guidance” for its members at the party level.

Apa dah jadi dengan PAS, Negara Islam PAS hanya mimpi, tidak mungkin menjadi realiti dengan Pakatan Pembangkang. Sekali lagi PAS hanya pengikut bukan pemimpin.

Pengamal media perlu lebih terbuka bantu Pakatan Rakyat - Hadi Awang

0 Komen!!!
Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan para pengamal media negara ini supaya tidak memutarbelitkan kenyataan kepimpinan Pakatan Rakyat/ Pakatan Pembangkang sebaliknya membantu merealisasikan sebagai sebuah pakatan baru untuk memimpin negara ini ke arah lebih telus, efisen dan cemerlang.

"Para pengamal media di negara ini disaran lebih terbuka untuk membantu Pakatan Rakyat/ Pakatan pembangkang merealisasikan sebagai pengganti BN yang sudah reput dari dalam macam kayu dimakan anai-anai, " jelasnya ketika berucap dalam majlis 'Pidato Perdana' anjuran PAS Pulau Pinang bertempat di Dewan Besar Sungai Dua semalam.

Begitulah antara kata-kata Hadi Awang, meminta agar pengamal media tidak memutarbelitkan kenyataan kempimpinan Pakatan Pembangkang, tapi ironinya inilah yang media pembangkang buat selama ini, selalu memutarbelitkan kenyataan pemimpin lain khasnya dari Harakah Daily, Blog-blog, Malaysia Kini dan yang sewaktu dengannya.

Jadi rasanya perlu adil dan telus dari pihak pembangkang. Rasanya terma yang digunakan untuk Pakatan Rakyat tidak tepat dan tidak sesuai. Sepatutnya yang digunakan ialah 'Pakatan Pembangkang' kerana pembangkang belum mendapat mandat majoriti rakyat sepenuhnya.

Kongsi Link Anda