Isnin, April 27, 2009

Macam mana boleh salah?

3 Komen!!!
Macamana boleh salah, Ketua menteri hari ini memohon maaf kepada DUN Pulau Pinang kerana memberi jawapan salah berhubung isu pelantikan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, sebagai pengarah Perbadanan Bekalan Air Holdings Berhad (PBAHB).

Lim Guan Eng memohon maaf kerana jawapan yang diberikan ketika menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri hari ini, berbeza dengan maklumat yang diberikan dalam jawapan bertulisnya kepada Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua), lapor Bernama.

Perkara sekecil ini pun boleh salah ke, kalau ianya melibatkan jumlah pelaburan yang besar bagaimana pula?

"Macam mana jawapan boleh berbeza, adakah tidak disemak terlebih dahulu sebelum diberikan kepada kami," katanya.

Isu pemberian tanah kepada Lim Hock Seng (DAP-Bagan Jermal) yang didakwa tidak mengikut prosedur juga menyebabkan DUN kecoh seketika apabila Lim tidak menjawab soalan Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Ayer Tawar) mengenai perkara itu.

Jawapan Lim mengenai kedudukannya sebagai pengerusi Lembaga Tender juga menimbulkan rasa tidak puas hati barisan pembangkang yang meragui ketelusan beliau dalam membuat keputusan.

Jasmin, ketika mempertikaikan perkara itu, berkata beliau bimbang kerana sebagai ketua eksekutif negeri, Lim mungkin mempengaruhi keputusan pemberian tender.

Syed Ameruddin Syed Ahmad (BN-Bayan Lepas) pula mempersoalkan jika terdapat masalah atau kesilapan dalam pemberian tender itu, kepada siapa masalah itu hendak dirujuk memandangkan ketua menteri juga menjadi pengerusi lembaga berkenaan.

Bagaimanapun, Lim memberikan jaminan bahawa beliau boleh bertindak profesional dalam perkara ini dan sekiranya timbul sebarang masalah, ketua menteri dan barisan exconya akan bertanggungjawab.

Kalau setakat maklumat elaun Mat sabu yang sekecil ini pun salah... inikan pula maklumat tender...... agaknya apa yang hendak diharapkan dai LGE...

hascus!!!!!

Jangan melawan!

0 Komen!!!
Itulah kau belalang.. aku kata jangan melawan... ko masih nak melawan....
belalang... belalang!

PKR memecat 16 ahlinya di Kedah dan Sarawak yang terlibat mencabar calon-calonnya pada pilihanraya DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai awal bulan ini.

Keputusan itu yang berkuatkuasa serta-merta dibuat sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertingginya semalam, kata Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali.

"Mereka ini bertanding sebagai calon menentang calon parti, menyokong calon yang menentang calon parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti dalam ceramah atau melalui media," katanya.

"Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini."

Nama (dan bahagian) mereka seperti berikut:

1. Moganakumar Subramaniam (Merbok)
2. Jayagopal Andaikalam (Pokok Sena)
3. Abdul Hamid Othman (Padang Serai)
4. Roslan A Hamid (Padang Serai)
5. Abu Bakar Din (Baling)
6. Abdul Wahab Mat Isa (Sik)
7. Mustafa Hassan (Sik)
8. Kalaivanar Bala Sundram (Jerai)
9. Deivanai Krishnan (Jerai)
10. Abu Bakar Hamid (penaja Pendang)
11. Ahmad Ayub (penaja Pendang)
12. Azhar Ahmad (penaja Jerlun)
13. Dr Ambrose Labang (Julau)
14. Wong Kee Kai (Julau)
15. Rajang Unau (Julau)
16. Kudik Untung (Julau)

SPR: penamaan calon pilihan raya kecil DUN Penanti 23 Mei ini

2 Komen!!!
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan, pilihan raya kecil akan diadakan pada 31 Mei , umum pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada persidangan akhbar di Putrajaya.

Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lepas mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa serta merta. — Bernama

Pesanan kepada UMNO, tak payahlah nak bertanding.... habiskan bores jo.... biar Makcik Maimun je bertanding bebas..... x payah nak poneng kepalo.....

980 juta unit ASW bukan Bumiputra habis dilanggan dalam tempoh 3 jam 50 minit

0 Komen!!!


JOHOR BAHRU 27 April – Sebanyak 980 juta unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) atau 49 peratus daripada dua bilion unit yang diperuntukkan telah habis dilanggan dalam tempoh tiga jam 50 minit.

Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, 49 peratus unit yang habis dilanggan itu adalah bagi bukan bumiputera, manakala unit untuk bumiputera masih lagi dijual.

Begitulah setiap kali Unit Amanah Saham yang diperuntukkan kepada kaum Bukan Bumioputra akan habis dilanggan. Tetapi bagi kouta untuk Bumiputra belum tentu lagi ianya akan habis dilanggan.

Bagi kaum bukan Melayu setentunya kekuatan ekonomi dan kemampuan kewangan mereka memang tidak boleh dipertikaikan lagi..... tetapi bagaimana untuk bumiputra?... jika tiada kouta yang diperuntukan nescaya keadaan akan semakin parah untuk mereka. Mereka akan tertinggal dan terus tertinggal... dan terus bersengketa dengan isu yang remeh temeh. Fokus untuk membangunkan bangsa sendiri bukanlah agenda utama tetapi agenda untuk mendapatkan kebobrokan kuasa walaupun terpaksa menjual maruah bangsa dan agama.

Bumiputra semakin terhakis kuasa dan hak mereka..... akibat kerakusan pemimpin mereka... bersatu tiada berpecah boleh...

Bumiputra perlu bersatu!

0 Komen!!!
Masyarakat bumiputera diminta bersatu mempertahankan hak dan keistimewaan mereka sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, mereka perlu berani menyuarakan hak dan keistimewaan tersebut supaya kaum lain turut memahami hak tersebut sepenuhnya.

"Kita tidak harus takut dan tidak perlu bimbang mengenai perkara ini kerana kita tidak mengenepikan kepentingan bangsa lain,'' katanya.

Beliau berucap pada majlis Makan Malam Penghargaan dan Penyampaian Sijil Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Negara anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini malam ini.

Turut hadir Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan timbalannya, Datuk Fuad Hassan.

Shafie turut meminta masyarakat bumiputera supaya memperhebatkan lagi penguasaan mereka dalam bidang ekonomi dan pendidikan sebagaimana kaum lain.

"Amat penting bagi kaum bumiputera memperkuatkan azam untuk memperkuatkan lagi kedudukan mereka bukan sahaja dalam politik bahkan ekonomi dan pendidikan,'' ujarnya.

Sementara itu, Ibrahim dalam ucapannya meminta kerajaan supaya menjelaskan konsep Satu Malaysia kepada rakyat jelata dengan lebih meluas.

"Perkara ini perlu dilakukan segera kerana ramai yang terkeliru dengan konsep ini dan parti pembangkang pula mengambil kesempatan mengeksploitasinya demi kepentingan politik mereka,'' katanya.

Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Negara telah diadakan di sini pada 22 Mac yang lalu bertemakan 'Pribumi Bertindak Demi Negara' dengan bermatlamatkan memperkasakan maruah agama, bangsa dan negara.

Agaknya apa yang sentimen sangat oleh akhbar Cina apabila utusan dahulu mengeluarkan artikel "Melayu Bangkit" adakah mereka risau Melayu bangkit, atau mereka lebih seuka melayu berpecah?

Apa agaknya masalah mereka kalau Melayu bangkit!

Kali ini utusan juga mengeluarkan kenyataan Bersatu Pertahan Hak Bumiputra yang terkandung dalam Perlembagaan... adakah ini akan ditimbulkan sentimen juga....

Sedangkan kaum Cina bangkit menentang BN tidak pula dilaporkan.... mereka memang perkauman......

Dunia makin cemas, adakah Selangor juga cemas?

0 Komen!!!
PERKETAT PEMERIKSAAN... PETUGAS lapangan terbang di Mexico City melakukan pemeriksaan ketat terhadap para penumpang bagi mencegah menularnya wabak virus selesema babi. Sehingga semalam, wabak itu telah mengorbankan 81 nyawa. – AFP

--------------------------------------------------------------------------------



Jumlah kematian akibat selesema babi di Mexico semalam, meningkat kepada 81 orang berbanding 68 orang kelmarin. Wabak itu mula menular ke Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah mangsa meningkat 10 orang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan itu berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak di seluruh dunia.

Di Malaysia khasnya Selangor, orang ramai diminta segera berjumpa doktor jika ada simptom batuk, demam dan sakit badan. Sebagaimana yang diketahui di Selangor terdapat ladang babi terbesar negara. Terima Kasih kepada kerajaan PKR negeri Selangor yang membawa jutaan ekor babi ke Selangor..

Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan.

Malaysia Airports Holdings Berhad akan memantau penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS mulai hari ini.

Kongsi Link Anda