Khamis, Februari 18, 2010

Edisi hari ke-7 : ANUwar gagal lagi, tamparan kepada karpal

2 Komen!!!
Permohonan Peguam ANUwar, Karpal supaya hakim diri tidak menjadi kenyataan. Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar beliau menarik diri daripada terus mendengar kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang itu.

Kerana Amanah dan tanggungjawab, maka Hakim Mohamad Zabidin berkata beliau tidak nampak sebarang sebab kenapa beliau perlu menarik diri. "Saya tidak mahu lari daripada tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya sebagai seorang hakim,”.

Selain itu beliau mengatakan bahawa ANuwar and the geng gagal menunjukkan bahawa hakim yang mendengar kes bertindak berat sebelah ataupun mungkin bertindak berat sebelah.

ANuwar And tthe geng juga gagal menunjukkan kepada mahkamah bahawa hakim mungkin membuat keputusan bukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan di mahkamah, tetapi berdasarkan perkara-perkara lain..

Apo nak dikata.. mana boleh kepalsuan terus dibela... jika datang kebenaran pasti kebatilan akan terhapus...

ANuwar cuba melabel hakim sebagai tidak serius.. dan berat sebelah... namun sebenarnya ANuwar yang cuba lari dari kebenaran dan keadilan.

Ingatlah bahawa kita merancang tetapi perancangan Allah lebih hebata daripada perancangan manusia.

Perarakan Maulud Nabi, Guan ENg kunci mulut!

2 Komen!!!

Apa sudah jadi.. dulu dengan nada sombong mengatakan bahawa perarakan maulidur rasul akan diadakan secara besar-besaran.. sekarang takut pula membuka mulut dan dipertanggungjawabkan..

Menurut Utusan Malaysia, Ketua Menteri, Lim Guan Eng cuba mengelak daripada bertanggungjawab terhadap tindakan kerajaan negeri membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul di negeri itu apabila enggan menjawab segala soalan mengenainya.

Beliau sebaliknya menyerahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim untuk menguruskan hal berkenaan.

Guan Eng menyifatkan gesaan supaya kerajaan negeri mendedahkan minit mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Maulidur Rasul 1431 Hijrah/2010 Masihi peringkat negeri sebagai helah untuk memerangkap dirinya.

Sekarang kita nampak bahawa Guan Eng tidak ikhlas mengenai isu perarakan maulidur rasul..


Dulu dalam ceramah "SIAPA JUARA RAKYAT", Lim Guan Eng menyatakan bahawa kerajaan negeri akan mengundang Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Pak Lah agar turut serta menyertai perarakan ayang akan di tentukan lokasinya kelak. Malahan beliau akan juga turut menyertai perarakan tersebut sekiranya di benarkan oleh agama Islam.

Islam hanyalah mainan Pakatan Rakyat, mereka bukan mahu betul-betul untuk memperjuangkannya sebagaimana yang dilakukan oleh BN.

Kenyataan Nik Aziz untuk menyelamat sekutu politik juga mengenai pembatalan perarakan maulud Nabi juga amat dikesali.. adakah kerana sekutu politik maka lambang dan usaha memartabatkan Islam dibelakangkan... Bezakan politik jalanan dan syiar Islam..

Perarakan Maulud Nabi ialah lambang syiar Islam, lambang cinta dan sayang umat Islam terhadap nabi Muhammad SAW. Perarakan juga ialah lambang persaudaraan, pengorbanan, kesamarataan yang diterapkan dalam ajaran Islam.

Jadi janganlah perkecil perarakan ini... walaupun ianya bukanlah rukun., tetapi ianya adalah cara untuk umat Islam terus memperingati junjungan besar nabi Muhammad SAW dan ajarannya yang membawa rahmat seluruh alam..

News : Tiga wanita Islam disebat, syariah Islam dimartabatkan

0 Komen!!!
Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my


PUTRAJAYA 17 Feb. - Di sebalik kontroversi hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, yang tertangguh sehingga kini, tiga wanita Islam telah menjalani hukuman sebat mengikut kaedah syarak pada 9 Februari lalu.

Dalam pelaksanaan hukuman sebat syariah kali pertama ke atas pesalah wanita itu, dua orang daripada mereka dikenakan hukuman enam kali sebatan manakala seorang lagi empat kali sebatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mereka telah disabitkan di bawah Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari lalu.

Selain itu, beliau berkata, terdapat empat pesalah lelaki turut menjalani enam kali sebatan pada hari tersebut atas kesalahan yang sama.

''Pada 9 Februari lalu, kira-kira pukul 10 pagi, hukuman sebat syariah telah dilaksanakan dengan sempurna ke atas tujuh pesalah syariah.

''Berdasarkan temu bual dengan tiga pesalah wanita itu, didapati mereka telah reda, insaf dan bertaubat dengan hukuman yang diterima.

''Sebatan itu tidak mendatangkan kesan luka pada badan tetapi wanita tersebut mengakui ia memberikan kesan amat mendalam dalam diri mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet bagi kementeriannya di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, pesalah wanita tersebut melahirkan harapan mereka agar kaum wanita lain bertindak menjauhi perbuatan yang ditegah oleh agama.

''Salah seorang wanita tersebut telah dibebaskan pada 14 Februari lalu setelah menjalani hukuman penjara satu bulan.

''Seorang lagi akan dibebaskan beberapa hari lagi manakala seorang lagi pada Jun ini," katanya.

Justeru, Hishammuddin berharap, isu sebatan syariah tidak disalah ertikan sehingga mencemarkan kesucian Islam.

Katanya, hukuman itu adalah untuk mendidik dan memberi keinsafan agar mereka yang terlanjur dapat kembali ke pangkal jalan seterusnya membina hidup baru yang lebih baik.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pihaknya telah bekerjasama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dalam melaksanakan tugas tersebut.

Katanya, seramai 13 pegawai pelbagai agensi hadir semasa hukuman sebat syariah itu dilaksanakan.

Mereka terdiri daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), para pegawai agensi agama itu selain pegawai daripada Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara, Mahkamah Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri.

''Saya ingin memaklumkan persiapan bagi melaksanakan hukuman sebat secara syariah telah lama dibuat oleh Jabatan Penjara.

''Persiapan itu antara lainnya termasuk pelantikan dan latihan pegawai sebat rotan wanita untuk pesalah syariah yang telah dimulakan pada penghujung 1990-an," katanya.

Katanya, apabila timbul isu mengenai sebatan secara syariah terhadap pesalah wanita pada 20 Julai lalu, pihaknya telah memanggil Ketua Pengarah Penjara serta pegawai sebatan bagi mendapatkan penjelasan selain melihat demonstrasi sebatan syariah pada 27 Ogos tahun lalu.

''Pada 4 September 2009, Jabatan Penjara telah mengadakan perbincangan melibatkan Jakim, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Peguam Negara.

''Hasil perbincangan dan demonstrasi yang ditunjukkan, semua bersetuju dengan tatacara pelaksanaan sebatan syariah yang digunakan oleh Jabatan Penjara," katanya.

Utusan Malaysia

Kongsi Link Anda