Popular Today

Ahad, Mac 16, 2014

#PRKkajang : Lagu Khas untuk Raja Bomoh!!

1 Komen!!!




Manusia ini boleh menunjuk zahirnya..
Manusia juga boleh menunjuk kebaikannya..

Namun akhirnya yang penting adalah niat kita..
jika kita buat sesuatu dengan baik dan ikhlas..
walaupun macam mana kita difitnah  kebenaran tetap nampak.

Tetapi andai apa yang kita buat tidak ikhlas dan tidak jujur..
hanya bertujuan untuk menunjuk-nunjuk..
akhirnya keburukan yag kita sembunyikan akan terdedah jua..

Lihat lah video di atas
dengarlah dengan hati yang terbuka..
dan hayatilah liriknya!!

Tak Seindah Wajah

Ku sangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Ku sangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Ku kira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Ku kira puji seikhlas budi
Ku lupa lidah tidak bertulang

Dek manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Dek manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakonan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

Inikah dia lakonan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda
[Tamat]

Keterangan Lagu
Tajuk: Tak Seindah Wajah
Vokal: Tan Sri Syed Mohamad Salim
Lagu: Ibrahim Bachik
Lirik: Rosli Hj. Ahmad


Hakcipta: Warner Chappell Music (M) Sdn Bhd

Pendedahan fitnah Anwar terhadap DS Najib mengenai PC semalam!!

3 Komen!!!

Apa nak dikata.. fitnah memang tidak dapat dipisahkan dengan Anwar Ibrahim.. semalam masa ceramah di Sg Chua Anwar telah menuduh DS Najib lambat memberikan kenyataan Akhbar sedangkan media antarabangsa dah menunggu untuk PC.

Walaupun perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah orang tapi sebenarnya inilah karekter sebenar Anwar Ibrahim.. sekecil mana jika dia hendak menipu dia tetap akan menipu dan memfitnah.. motif sebenar Anwar ialah hendak menyerang Ds Najib dari segi persoanliti beliau.

Berikut adalah bukti percakapan Anwar (link video

Akhbar Amerika dedahkan fitnah Anwar!!

1 Komen!!!
Saya sewaktu dahulu antara ribuan manusia yang sangat simpati dengan Wan Azizah ketika liwat 1. Namun pada PRK Kajang ini Wan Azizah dulu bukan lagi yang sekrang.. kalau dulu kak wan x pandai fitnah dan menghina orang. Tapi kali ini Wan Azizah dah pandai Fitnah dan Hina orang..

Anggota keselamatan negara yang bersusah payah menyelamatkan dan mecari mangsa MH370 terus diperkecilkan usaha mereka.. bomoh yang memalukan negara terus diangkat sebagai bahan lawak kempen PKR di Kajang.. 

"Bagaimana Barisan Nasional (BN) menangani krisis pesawat hilang. China, kerana majoriti penumpang rakyat mereka, menggunakan satelit, Singapura menggunakan kapal selam. Malaysia pakai bomoh, naik tikar" 
 Bukan setakat itu sahaja antara pembohongan lain kempen PKR ialah bila menuduh apa yang diilakukan Malaysia dianggap Amerika  sebagai gagal.

Namun fitnah PR ini telah di jawab akhbar Amerika,  The New York Times dengan menyiarkan temuramah media dengan Cmdr. William Marks, jurucakap untuk armada ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat  termasuk Pinckney dan Kidd tentang usaha mencari pesawat MH 370. 
kenyataan William Marks ini sekaligus telah menafikan segala pembohongan dan fitnah kepimpinan Pakatan pembangkang terhadap kemampuan kerajaan Malaysia menangani isu MH 370.


 Di antara kenyataan William Marks yang tidak akan disiarkan oleh lidah rasmi parti pembangkang dan tidak mungkin akan dinyatakan oleh kepimpinan pembangkang :
Q. Who organizes and coordinates the search-and-rescue effort? 
A. This is all coordinated by the Malaysian government. They coordinate both the water-space and the airspace management. I give them a lot of credit. 
They have done what I would call an exceptional job. It’s like a big chessboard out there. It’s really like moving chess pieces around, and that’s 3-D. You have three dimensions, you have the water-space and the airspace. 
If you don’t do a good job of it, there is a very real possibility of an accident. I give a lot of credit to the Malaysian government. They have a very well-organized plan. 
They track all these assets coming in from all these countries, they make assignments, and they’re very efficient, very professional.more
Di bawah adalah terjemahan kenyataan Cmdr. William Marks untuk kepimpinan pembangkang dan mereka yang masih dungu dan terlalu bodoh kerana masih mahu memperlekehkan kemampuan Malaysia :




Ini semua diselaraskan oleh kerajaan Malaysia. Mereka menyelaras kedua-dua ruang air dan pengurusan ruang udara. Saya memberi banyak kredit kepada mereka. 
Mereka telah melakukan apa yang saya panggil satu kerja yang luar biasa. Ia seperti papan catur besar di luar sana. Ia benar-benar seperti kepingan catur yang bergerak merata dan ianya 3-D. Anda mempunyai tiga dimensi, anda mempunyai ruang air dan ruang udara. 
Jika anda tidak melakukan kerja itu dengan baik, kemungkinan besar yang berlaku kemalangan. Saya memberi banyak kredit kepada kerajaan Malaysia. Mereka mempunyai rancangan yang sangat teratur. 
Mereka menjejaki semua aset-aset ini datang dari semua negara-negara ini, mereka membuat tugasan dan mereka sangat cekap, sangat profesional. (lihat seterusnya Blog MIM)


PR akan terus membuat pembohongan berterusan di PRK Kajang. Kerana PR tanpa fitnah dan pembohongan mereka tidak akan mampu hidup.

Ada kawan saya dengar ceramah PKR ni, mereka mendakwa dari 10 perkara yang dicakap PR 9 perkara adalah bohong. Ini adalah pandangan orang yang tidak terpengaruh dengan pembohongan PR tapi sentiasa menyiasat dan menyelidik dahulu sesuatu berita sebelum menerimanya. 





#MH370 : Kapten Zaharie Pengikut Fanatik Anwar Ibrahim.. mengikuti pembicaraan Anwar!!

1 Komen!!!


Doomed airliner pilot was political fanatic: Hours before taking control of flight MH370 he attended trial of jailed opposition leader as FBI reveal passengers could be at a secret location


  • 1) Police investigate data from home flight simulator of captain Zaharie Ahmad Shah, 53
  • 2) Investigators speak of his 'obsessive' support for opposition leader Anwar Ibrahim
  • 3) Police officers fear Ibrahim being jailed could have left Shah profoundly upset
  • 4) Flight MH370 disappeared more than a week ago with 239 people on board
  • 5) Despite a huge multinational search effort, no signs of the plane or a crash have been found
  • 6) Malaysian Prime Minister said yesterday that the plane was deliberately steered off course
  • 7) FBI experts say disappearance could be ‘act of piracy’, suggesting passengers are being held


Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article-2581817/Doomed-airliner-pilot-political-fanatic-Hours-taking-control-flight-MH370-attended-trial-jailed-opposition-leader-sodomite.html#ixzz2w5VgdClB
Follow us: @MailOnline on Twitter | DailyMail on Facebook


Dakwaan kaitan Anwar dengan kehilangan MH370 ini semakin jelas.. 

[video] #Terkini : Rafizi gempar akan dedahkan skandal Najib!! #PRKkajang

0 Komen!!!





Jeng.. jeng.. mmg suspen je Rafizi ni..

Rafizi mendakwa akan mendedahkan Skandal Najib dalam tempoh dua minggu lagi semasa ceramah di Sg Chua, Kajang

Tunggu je la drama Rafizi ni..

Budak kaki ngampu Anwar Ibrahim!!!

Kongsi Link Anda