Jumaat, Oktober 30, 2009

Di sebalik tabir mesyuarat Khas- konflik PAS masih belum reda

0 Komen!!!
Tindakan menyeret PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin belum dapat meredakan konflik dalaman apabila komen-komen negatif berhubung perjalanan mesyuarat khas parti itu kelmarin mula tersebar.

Beberapa blog yang mengamat perkembangan PAS menggambarkan seolah-olah terdapat sesuatu yang tidak kena dalam mesyuarat panjang sehingga jam 1 pagi jawatankuasa pusat dan barisan pesuruhjaya negerinya.

Penulis politik Mohd Sayuti Omar berkata mesyuarat khas PAS itu memberikan fokus kepada exco kerajaan Selangor, yang juga pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hassan Ali.

Katanya, ada cadangan meminta Dr Hasan dipecat daripada jawatan mengetuai PAS negeri dan juga exco hal-ehwal Islam negeri itu.

"Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno.

"Bagaimanapun (presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi (Awang) dikatakan telah mempertahankan Dr Hassan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat," tulisnya di blog peribadi Merah Tinta sejurus selepas tamat mesyuarat itu.

"Alasan Abdul Hadi, kalau ada tuduhan, penyiasatan perlu dilakukan.

"Sehubungan itu jawatankuasa disiplin PAS yang diketuai (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjalankan siasatan ke atas Dr Hassan bersama ahli jawatankuasanya."

Sumber-sumber dalaman PAS, yang hadir dalam pertemuan itu, memberitahu Malaysiakini, mesyuarat tersebut sebenarnya memutuskan hanya Dr Hassan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin, bukannya PAS Selangor.

"(Keputusannya) ada lain sikit (daripada kenyataan Abdul Hadi). Dr Hassan yang dihadapkan ke jawatankuasa dispilin, bukan PAS Selangor," kata satu sumber.

Sementara satu lagi sumber berkata, walaupun Abdul menyebut PAS Selangor akan disiasat, ia ditujukan kepada Dr Hassan, seperti diputuskan dalam mesyuarat.

"Bila (beliau) kata PAS Selangor, maksudnya Dr Hassanlah, sebab dia pesuruhjayanya," jelas sumber itu.

Sumber itu juga mengesahkan terdapat cadangan supaya Dr Hassan dipecat daripada mengetuai PAS Selangor, tetapi menafikan Abdul Hadi mempertahankannya.

Tiga lagi pemimpin PAS ketika dihubungi enggan mendedahkan butiran mesyuarat panjang tersebut.

Sementara blog Malaysian Waves pula mendakwa 75 peratus ahli mesyuarat pada malam itu mahukan Dr Hassan digugurkan daripada jawatan pesuruhjaya PAS Selangor.

"Namun, permintaan majoriti ahli jawatankuasa pusat PAS ditolak begitu sahaja dan dibuat pengumuman bahawa keseluruhan PAS Selangor akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin," tulis Tulang Besi, penulis blog yang sering mendedahkan konflik dalaman parti.

"Keputusan yang diumumkan oleh Tuan Guru Presiden malam tadi bukan keputusan yang dipersetujui oleh para ahli jawatankuasa pusat PAS.

"75 peratus daripada keseluruhan ahli jawatankuasa yang hadir bercakap dan hanya Cikgu Pa (setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali) serta Datuk Abu Bakar Chik sahaja yang menyokong Dr Hassan.

"Yang lebih menyedihkan apabila Tok Guru (mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang membentangkan tulisan beliau dalam blog beliau jelas tidak mahu berganjak daripada apa yang dituliskan oleh beliau.

"Yakni, jelas beliau mahu ketiga-tiga yang dinamakan dalam blog beliau dibuang."

Selain Dr Hassan dan Mustafa, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa juga disebut di Blog Tok Guru yang dianggap antara "beberapa kerat pemimpin bermasalah "

Kesemua sumber enggan mendedahkan jumlah sokongan terhadap pemecatan Dr Hassan sebagai pesuruhjaya Selangor.

Berhubung dakwaan Nik Aziz berkeras mahu PAS menggugurkan tiga pemimpin kontroversinya, Malaysiakini difahamkan perkara itu "tidak benar".

"Kita bincang banyak pasal EGM (muktamar khas). Nama Dr Hassan itu muncul sebab berkait keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang yang ditulis (pensyarah Universiti Islam Antarabangsa) Dr Aziz Bari.

"Tetapi perkara ini agenda nombor tiga, nombor empat."

Kesemua lima pemimpin PAS, daripada kedua-dua pihak - sama ada dianggap pro-kerajaan perpaduan dan juga "kumpulan Erdogan", yang dihubungi enggan nama mereka didedahkan.

Sumber : Malaysiakini

Ekoran gesaan Khairudin Osman - Bloggers PAS menggeletar

0 Komen!!!
Menggeletar beb.... macam cacing kepanasan lagi... ini semua berlaku apabila Khairudin Osman atau PAS Selangor menggesa mereka yang menuduh tanpa bukti perlu dihukum dengan tindakan tegas. ALasan beliau supaya keadilan dapat dilaksanakan....

Dipetik kenyataan beliau:

“Bagi memulihkan imej parti, PAS Selangor menggesa agar jawatankuasa disiplin parti dapat membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang mengganggu-gugat PAS seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui saluran media dan blog.”
Ekoran itu, ramai blogger PAS yang menggeletar... ketakutan kebimbangan daripada disiasat... antaranya yang dipetik dari blog ini artikel bertajuk "hadapkan Khairudin Osman ke JK Displin dahulu!"

Siap mengadu macam budak-budak..

Laporan Ke Atas Khairuddin Othman

Baiklah, saya ahli PAS dengan nombor Ahli 253812 dari Kawasan Lembah Pantai dan dengan Tarikh Daftar pada 09/09/1987 memohon JK Disiplin supaya menyiasat SU Perhubungan Selangor kerana telah membuat beberapa kenyataan yang merugikan serta merosakkan imej PAS.


Orang kata... kalau tak salah nak buat apa takut beb!... haru... haru...

KRISIS PKR - AnWAR MOHON BANTUAN AMERIKA?

1 Komen!!!
1. Kalut, ribut dan berkecamuk, itulah kesimpulan yang dapat dibuat tentang kemelut terbaru yang melanda PKR! Usahlah dinafi ini mainan media arus perdana atau upahan seteru PKR bagi menutup kelemahan mereka. Bangkai gajah tidak akan tertutup dengan pelepah kelapa. Azizah si 'kakatua' (spt kata Azmin) mengakui kemelut ini bakal menghakis sokongan kepada PKR. Nampaknya bateri AAA ini semakin lemah.

2. Persoalan sekarang, kenapa Azizah yang harus tampil memberikan kenyataan berhubung kemelut terkini PKR. Itu pun melalui kenyataan media yang diedarkan tanpa beliau sendiri hadir dalam sidang media. Apakah beliau bimbang tidak dapat menjawab soalan-soalan dari wartawan atau masyarakat umum yang ingin tahu kemelut PKR ini? Atau beliau bimbang menunjukkan 'kebodohan' beliau di hadapan para wartawan?

3. Kelibat AnWAR yang mencetuskan pergolakan ini juga tidak kelihatan! Entah dimana beliau sekarang. Menurut beberapa teman wartawan usaha menjejaki AnWAR gagal sejak kelmarin. AnWAR dijadualkan tidak punya apa-apa program besar sehingga 3 November ini (kes liwat beliau). Pastinya kenyataan Azizah selaku Presiden PKR dikeluarkan atas arahan AnWAR. Azizah juga tidak dapat dipastikan berada dimana sekarang.

4. Ramai juga pemimpin PKR bertanyakan dimana AnWAR ketika ini. Mungkin satu dua yang tahu dimana AnWAR dan Azizah tetapi tidak mahu berkongsi maklumat ini dengan ahli dan penyokong mereka sendiri. Pemimpin apakah ini yang tidak mahu memberitahu dimana AnWAR hatta kepada penyokong mereka sendiri yang bersengkang mata dan kehidupan mempertahankan AnWAR selama ini. Masih berbaloikah mereka menyokong AnWAR?

5. Umum mengetahui, setiap kali AnWAR berak di tengah jalan, Azizah dan pimpinan yang lain akan tampil mencuci tahi AnWAR, sedangkan AnWAR senang-senang berehat dengan tenang selepas berak. Sementelah, beliau akan mentertawakan pecacai-pecacai ini mencuci tahi yang ditinggalkannya. Nanti diberitahu kepada penyokong, saya ke luar negara bertemu pemimpin itu dan ini, berbincangg tentang ekonomi dunia, berbincang mengenai masalah umat islam sejagat!

6. Apakah AnWAR senyap-senyap telah ke Amerika sekali lagi menagih simpati, meminta nyawa bagi meneruskan hidupnya yang bergelumang hipokrasi. Apakah AnWAR ke Timur Tengah agar menjelang 3 November ini, AnWAR bisa memberitahu beliau baru kembali dari bertemu ulamaa' itu dan ini konon memberi persepsi yang baik mengenai dirinya. Barangkali ini juga helahnya nanti yang memebenarkan dirinya tidak mahu bersumpah!

7. Nyata kehilangannya sekarang diragui. Jangan dikesampingkan andaian AnWAR telah bersedia untuk lari dari negara ini meninggalkan penyokongnya nanti. Alasannya nanti, beliau bimbang keselamatan diri serta keluarganya. Penyokong PKR dan pembangkang yang kelabu asap masih bisa percaya kelentong AnWAR ini. Segalanya dirancang rapi oleh AnWAR bagi menjayakan drama terbarunya kali ini.

Sumber : X-Pkr

Rakyat Pulau Pinang dibodohkan Lim Guan Eng

0 Komen!!!
Aku teringat kes buah Pala beberapa bulan yang lalu... kejadian tersebut mengingatkan kita sejauh mana kegagalan kerajaan 'khalifah Guan Eng' memerintah Pulau Pinang. Lebih mengharukan apabila penduduk Kg Buah Pala mahu berjumpa Guan Eng beliau telah melarikan diri dan tidak mahu berjumpa rakyat.

Kini beliau berkata tentang telus, integriti dan sebagainya... sedangkan apa yang berlaku sebenarnya sebaliknya.. Bila suatu masa Pemuda Gerakan mencabar Guan Eng untuk berdebat mengenai kes Kg Buah Pala dan mencabar Lim Guan Eng mendedahkan Minit mesyuarat Kerajan mengenai tindakan yang diambil untuk Kg Buah Pala... Lim masih menyepi sehingga sekarang... tidak berani dan takut untuk menunjukkan Minit Mesyuarat tersebut...

Dap P. Pinang telah menuduh kerajaan Bn Gerakan dahulu banyak rasuah dan sebagainya... namun sehingga sekarang tiada kes rasuah pun yang disabitkan oleh mahkamah terhadap kerajaan Bn dahulu. Kini dia berkokok lagi kerajaan BN banyak membuat rasuah tetapi manakah buktinya... mana istilah... 'banyak' rasuah tu... berapa banyak kes rasuah yang disabitkan dengan pemimpin BN!.. semua ini hanyalah propaganda jahat DAP yang mahu rakyat bencikan BN khasnya di kalangan bukan Melayu.. sedangkan ini semua penipuan dan pembohongan semata-mata oleh media jahat Pakatan rakyat.

Jadi laungan telus, integriti oleh kerajaan DAp Pulau Pinang hanyalah satu penipuan semata-mata... semuanya hanyalah slogan politik kosong yang mahukan rakyat diperbodohkan oleh DAP.

Krisis PKR Bukti Pentadbiran Bermasalah!

1 Komen!!!
khalid ibrahim menjunam.....Akhirnya teka-teki yang lama tersimpan berkaitan kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Selangor, Badrul Hisham Abdullah terjawab apabila beliau sendiri tampil membuat keputusan berkaitan pendiriannya terhadap parti yang didukung lantas menjadi bukti pentadbiran pakatan campuran memang bermasalah.

Badrul Hisham telah mengisytiharkan keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas yang memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini memang telah acapkali kedengaran cakap-cakap yang negatif mengenai Badrul Hisyam berhubung jawatannya sebagai wakil rakyat malahan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim juga telah membuat desakan meminta beliau meletak jawatan sebagai anggota DUN Selangor.

Dengan keputusan ini, terbukti bahawa apa yang menjadi propaganda selama ini berkaitan dengan kedudukan pakatan campuran dan pentadbiran mereka di Selangor bukanlah sekadar cakap-cakap kosong atau permainan politik daripada UMNO/BN seperti tuduhan mereka.

Kenyataan yang diberikan Badrul Hisham bahawa keputusan tersebut dibuat beliau dengan penuh kerelaan tanpa sebarang paksaan dan ugutan daripada mana-mana pihak secara jelas memberikan gambaran bagaimana tenatnya pentadbiran yang dijalankan dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Apatah lagi, Badrul Hisyam turut sama mendedahkan bahawa antara sebab beliau keluar dari parti tersebut kerana sudah hilang keyakinan kepada pimpinan parti apatah lagi banyak agenda berkaitan PKR yang tidak dijawab oleh Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail sendiri.

Selain itu, tindakan mengenepikan Badrul Hisham dalam melaksakan tugasnya sebagai wakil rakyat kawasan tersebut apabila kerajaan negeri bertindak menubuhkan Penyelaras Khidmat Rakyat di DUN Pelabuhan Klang adalah antara bukti yang memeberikan tekanan kepadanya.

Ternyata, Badrul Hisham tidak mahu lagi diperkotak-katikkan dan menjadi permainan politik dalam agenda peribadi para pemimpin dalam PKR dan pakatan campuran, termasuklah memberikan tekanan-tekanan yang tidak sewajarnya dibuat.

Sememangnya, sudah terang lagi bersuluh… jelas dan nyata bahawa apa yang berlaku adalah ekoran daripada kepincangan dalam pentadbiran dan kepimpinan pakatan campuran yang secara tidak langsung memberikan makluman jelas kepada masyarakat untuk membuat penilaian berkaitan kerajaan manakah yang lebih berwibawa melaksanakan amanah rakyat… fikirkan!

Sumber : baca di sini

Krisis PR - Penyokong PR semakin hilang keyakinan..

0 Komen!!!
Semakin hari Pakatan Rakyat dilihat semakin hilang kepercayaan oleh rakyat.. dan kini penyokong mereka juga telah hilang keyakinan terhadap PR...

Banyak artikel serta komentar di dalam blog pembangkang yang semakin kecewa dengan krisis dalaman mereka... hakikat ini diakui Lim Kit Siang bahawa Pakatan Rakyat semakin hilang daripada mendapat kepercayaan rakyat.

Antara artikel yang kecewa bertajuk " Mimpi nak perintah Malaysia!!".. (baca di sini)..
"DSAI tolong pastikan PR tidak ditewaskan lagi...PKR tolong jaga YB2 hangpa....tolong jangan buat kami penat..kami berusaha untuk mengekalkan kemenangan ..ada pulak pihak yang nak menghancurkan..

Bloggers PR tolong sedar diri..siapa musuh korang yang sepatutnya korang nak hentam...jangan bagi BN buat kerja mudah..kalau nak lepaskan geram cukup sekadarnya...kalau aku cakap pemusnah PR adalah orang PR sendiri..memang itu kenyataannya...

tak payah nak korek2 sejarah lama time ni..ini masa untuk mengukuhkan barisan PR..bukan nak bagi hancur lagi..

PAS tolong beri tumpuan kepada pimpinan yang bermasalah..tolong selesaikan segera..tolong jaga rahsia parti...

kalau keadaan macam ini berterusan..JANGAN MIMPI NAK TAWAN MALAYSIA...duk la hangpa di tahap ini..diantara anjing yang menyalak bukit dan orang yang guna cangkul nak runtuhkan bukit..mana yang akan dapat ratakan bukit..jangan buat kerja sia-sia..

nak jaga tepi kain orang boleh...tapi jangan sampai masuk dalam kain orang...takut2 kain sendiri berlobang kita tak perasan..!!

Tahniah kepada penyumbang2 kehancuran PR..
Takbirr...!!

Pakatan Rakyat perlu mengakui bahawa bukan mudah untuk mengekalkan kemenangan daripada hendak mendapatkan kemenangan. Baru setahun lebih memerintah telah hadapi banyak masalah... kerana apa... kerana foundation atau asa perjuangan parti mereka telah jauh tersasar... Inilah hakikat yang membelenggu Pakatan Rakyat. Mereka duduk rumah secara haram, tiada akad, tetapi mahukan anak yang sah... macam mana mahukan anak sah... sedangkan nikah pun tidak... anak haram adalah...

Berbeza dengan BN yang telah ada kesepakatan dari segi asas perjuangan dan matlamat politik mereka.. UMNO jelas dengan matlamat mereka, MCA jelas dengan matlamat mereka, MIC pun jelas... begitu juga yang lain.... semua bergabung dan bekerja sama bawah 1Malaysia atas simbol BN atau dacing untuk memberikan kehidupan terbaik kepada rakyat. Dan formula perpaduan ini telah bejaya selam 52 tahun... inilah formula terbaik untuk rakyat Malaysia..

Memang ada masalah kepada BN tetapi bukanlah masalah asas parti tetapi masalah teknikal dan pendekatan.... tetapi yang berlaku dalam PR samada PAS mahupun PKR ialah masalah asas parti yang kini semakin menyongsang sebab itu penyokong mereka berbelah bagi... Apatah lagi PKR sendiri kini dipeluk isu kronisme dan favouratisme dalam pimpinan mereka... pemimpin yang tidak disukai ANuwar AlJuburi... akan tercampak dengan hinanya..

Tiba masanya rakyat mengubah pendirian mereka jangan tertipu lagi dengan lamunan mimpi PR.. mimpi indah berubah menjadi mimpi ngeri.... Sokonglah BN demi kesejahteraan dan perpaduan rakyat..

1Malaysia, Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.

Mesyuarat Khas : Kenapa TG Nik Aziz balik Awal?

2 Komen!!!
Tuan Guru Balik Awal?.... kenapa pulak... Aihhhh... kan dia yang membuat kekacauan sehingga PAS kelam kabut jadinya... tetapi beliau balik awal pada mesyuarat khas?

Adakah beliau kecewa dengan keputusan Mesyuarat, atau maklumlah baliau dah tua.. baliklah awal... daripada balik lewat dengan sakit hati.. lebih baik balik awal.. nanti kan sakit jantung lagi.. kan susah..

Aku tengah belek-belek Blog-Blog Pas la ni... tiba-tiba pula ada cerita Nik Aziz dengarnya balik Awal pada mesyuarat khas tersebut.

Memetik tulisan dalam blog tersebut,

Mesyuarat Khas PAS dah selesai, keputusan dah dibuat, ramai yang tak puas hati dan ramai geng-geng kacang hantu UMNO/Beer eNd yang seronok...

Ada beberapa hal yang tak ramai orang tau berlaku dalam Mesyuarat Khas PAS malam tadi.

Pertama, TG Nik Abdul Aziz hadir sama dalam Mesyuarat Khas tersebut dan semua sedia maklum. TG Nik Abdul Aziz juga meninggalkan mesyuarat tersebut agak awal iaitu seawal jam 11:00 malam lebih kurang.

Kenapa TG Nik Abdul Aziz balik awal..? yang tu jadi tanda-tanya dan ramai yang tertanya-tanya. pada aku, tak ada apa-apa kepelikan kalau TG Nik Abdul Aziz meninggalkan mesyuarat penting sebegitu awal. tak kan korang tak tau TG Nik Abdul Aziz terpaksa pulang awal sebab kene bersiap untuk Sidang DUN Kelantan hari ni. jadi bagi aku, tak de isu.

Walaupun blogger tersebut menafikan, Tapi bukankah TGNA yang mahukan kenyataan mendapatkan tindakan sewajarnya... kalau tidak takkanlah perlu heboh satu negara dengan media massa memadai sahajalah secara dalaman.. bermakna perkara ini amat penting bagi Nik Aziz.

Satu lagi yang penulis pelik ialah sejauh mana komitmen jawatankuasa Pas Pusat ni untuk menentukan hala tuju PAS.. kerana yang hadir hanya 75% daru 40 orang... bukankah sepatutnya kehadiran ke mesyuarat khas ni penting.. apatah lagi ianya akan menentukan masa depan PAS...

Setakat 75% sahaja kehadiran ahli jawatankuasa bukan 100%.. kalau 90% pun dah bagus... jadi yang blogger PAS sibuk sangat mleihat kepentingan mesyauarat ni.. kononnya untuk memperkuatkan PAS atau sebagainya... hanya dilihat sinis oleh sebahagian pemimpin PAS nampaknya..

Sekarang rakyat melihat sejauh mana komitmen Pemimpin yang dikatakan Islam ini memegang amanah ahli mereka... ini mujurlah di namakan mesyuarat penting... akalu tidak agaknya nak cecah 50% kehadiran pun susah agaknya.. cuma masa pemilihan dan pertandingan dahulu sahaja yang sibuk hadir mesyuarat sebab nakkan jawatan...

Betullah kata Nik Abduh... blogger PAS memang suka menipu...

6 Komen!!!
Aku tadi tergelak-gelak membaca satu artikel murah dari Malaysia Wave... rasanya ramai akan ingat dengan MalaysiaWave apabila blog ini menyamakan DS Harussani, Mufti Perak sebagai pelacur suatu masa dahulu.

Kini sempena tembelang krisis dalaman PAS telah pecah dia menulis pula artikel bertajuk Blogger UMNO mula basah ketiak... rasanya kita memang faham alasan tindakan beliau ni. Maklumlah bloggers pembangkang semenjak seminggu yang lalu asyik diserang bertubi-tubi... kira-kira moral dia orang ni dah jatuh la...

Konon-konon dia berharap dengan penulisan dia ni nak membalas balik la terhadap bloggers UMNO... nak perlekeh bloggers UMNO la..

Tapi sebelum tu aku teringat tulisan Nik Abduh dalam blog beliau..... ramai ahli PAS menipu dalam penulisannya di dalam blog... Opssss... mungkinkah ini salah satu blognya.. Malaysia wave...

Tuduhan MalaysiaWave adalah "Al Kisah blogger2 UMNO yang dijemput ke program anjuran Roslan SMS di rumah Dato Hasan sudah mula berpeluh ketiak. Mereka mula menulis beberapa penafian kononnya mereka dijemput oleh orang itu dan ini."..

Namun tuduhan dia kepada bloggers-bloggers UMNO tak tepat.. sebab ada nama yang disebut mereka adalah ahli PAS seperti Mahaguru58, Akramsyah, MSO etc... Cuma yang jelas blogers ini bukanlah dari Puak Husam Al Anuwari Aljuburi.. jadi diapun mengaitkan bloggers ini dengan UMNO.

Satu lagi aku tertarik dengan pembohongan nyata blog Malaysiawave ni iaitu "Mahaguru58 yang bengap ni tak sedar, mana pernah PAS kafirkan UMNO. Ini semua fitnah UMNO sebab kalau PAS pernah mengkafirkan UMNO, nescaya PAS sudah lama didakwa dalam Mahkamah Syariah."

Ini adalah satu penipuan yang besar.. tanpa di dasari fakta dan sejarah... mereka terlupa dengan amanat Hj Hadi yang popular, Isu Sembahyang dua Imam, tidak halal makan sembelihan orang UMNO dan banyak lagi.. fatwa-fatwa sesat dari ulama dan pemimpin PAS.... bagaimana dengan peristiwa berdarah Mamali... Bukankah ini semua bukti nyata bahawa PAS pernah kafirkan UMNO... dan sehingga kini pemikiran tersebut masih ada lagi di sebahagian pemikiran orang Pas.

Betullah kata Nik Abduh... blogger PAS memang suka menipu...

Dan dibawah ni.. tambahan lagi dari 'anon'.. untuk renungan..

Anonymous October 30, 2009 8:37 AM

Bai....
Nak tambah sikit kt sini (wat renungan)

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

Wallahauaklam..

Dilema peniaga melayu di negeri Pakatan

0 Komen!!!

Setelah hampir 30 tahun berniaga Bazar Ramadhan di pasar Chowrasta di Pulang Pinang, pada tahun ini perniaga Melayu di halau dan tidak dibenarkan berniaga oleh ketua Menteri DAP, Lim Guan Eng atas alasan mereka tidak mempunyai lesen perniagaan. Maka inilah akan menjadi nasib orang Melayu ditanah Melayu sendiri. Di bawah kerajaan Selangor yang dikongkong oleh DAP dan PKR, mereka tidak menjaga kepentingan orang melayu. Peluang mendapat kontrak kerajaan negeri menjadi tipis bagi perniaga dan kontraktor melayu. Kontrak angkut sampah yang dulu diceburi orang Melayu sekarang hampir semuanya diambil alih kontraktor india dan sedikit cina. Kontrak angkut tanah sekarang dipegang hampir semua sekali oleh kontraktor cina sahaja.

Kontraktor kelas F Melayu pun terpaksa bersaing dengan ramai kontraktor Cina dan India. Inilah akibatnya apabila kuasa politik melayu jatuh ke tangan parti politik yang telah berjaya membohong orang melayu kononnya mereka akan membela hak orang melayu. Apa yang sedang berlaku ialah perjuangan “Malaysian Malaysia” yang diterajui oleh DAP sedang dilaksanakan dinegeri –negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Nasib orang Melayu akan menjadi saperti nasib orang melayu Singapura terpaksa minta dan mengemis kepada orang lain di negeri sendiri.

Soalanya dimanakah PAS didalam Pakatan Rakyat? Dimanakah Anwar Ibrahim kononnya pembela nasib orang melayu? Dimanakah Pas sebagai pembela nasib orang Islam? Kita perlu fikir dengan baik dimana sepatutnya kita meletakkan harapan. Lebih 50 tahun kita telah wujudkan kerajaan Barisan Nasional yang jelas sekali berjasa dengan sangat baik bukan saja kepada orang melayu tetapi juga kepada semua kaum dan bangsa dalam negara kita. Sudah masanya bagi orang melayu bersatu kembali untuk menyokong parti-parti dan pihak-pihak yang bukan sahaja berjuang untuk membela nasib orang melayu saja tetapi untuk menjaga kebaikan semua.

Sumber : Sahabat Mantap

Kongsi Link Anda