Walaupun beberapa kali program ceramah yang telah dirancang lebih 2 bulan yang lalu tertunda, akhirnya Ceramah Perdana Isu semasa anjuran Pemuda Kluang akhirnya berjalan dengan lancar.
Program ini bermula lebih kurang jam 10.00 malam setelah sdr Mohammad Fairus Khairudin tiba di Balai Raya Kg Paya Kluang dari Janda Baik, Pahang setelah beliau menyampaikan ceramah di sana pada petang tersebut.
Walaupun program bermula lewat sedikit tetapi sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 600 orang yang memenuhi balairaya dan di sekitar perkarangan kawasan tersebut.
Ucapan aluan diberikan oleh Sdr Md Norhalim Bin Mohd Amin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bhg Kluang merangkap wakil Ketua UMNO Bahagian, YB Tn Hj Jais B Hj Sarday yang terpaksa bersama dalam program Sultan Johor di Bahru.
Program ini juga dihadiri oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian, En Razali Mohd Noor dan ramai ahli Jawankuasa UMNO Bahagian, AJk Wanita Bahagian dan semestinya AJK Pemuda Bahagian dan ketua-ketua cawangan UMNO, sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. Namun tidak juga ramai juga orang awam dan penyokong pembangkang!!!!
Dalam ucapannya beliau menyebut bahawa rakyat kini semakin dimomokkan oleh kepalsuan yang sering dibawa oleh pembangkang. Oleh itu program umpama ini dapat menyinarkan kebenaran dan hakikat yang selalu dipalsukan oleh pembangkang.
Kenyataan tersebut amat tepat kerana demokrasi negara ini semakin tidak matang, rakyat selalu disogok oleh kepalsuan, rakyat diajar untuk mengikut emosi dan tidak mengikut rasional, agama dan bangsa juga sanggup dipijak dan dihina demi kuasa dan media pembangkang juga tidak bebas dan tidak berani bercakap perkara benar.
Seterusnya sampailah masa yang ditunggu-tunggu iaitu ceramah yang disampaikan oleh Sdr Mohammad Fairus Khairudin.
Beliau banyak menyentuh apa yang berlaku dalam politik semasa amnya dan dalam PKR seta Anwar Ibrahim khasnya.
Beliau berkata Anwar Ibrahim bukanlah manusia yang hebat tetapi hanya pembohong yang sanggup membuat sesuatu untuk kepentingan diri sendiri semata-mata.
PKR bukanlah parti yang memperjuangkan keadilan tetapi hanya bertujuan untuk diri Anwar Ibrahim semata-mata.
Beliau seterusnya dengan nada sinis berkata kepada mereka yang baru dalam PKR janganlah terkinja-kinja naik pokok dan panjat tiang untuk pasang bendera.. mereka perlu tanya untuk apa mereka berjuang dalam PKR?
Semua untuk anwar dan bukanlah keadilan!!! sebab itu semakin ramai tinggalkan PKR kerana mereka mula nampak dengan jelas bahawa PKR ialah Parti Anwar dan keluar beliau semata-mata.
Bukan setakat itu, Anwar juga umpama lembu yang ditarik oleh DAP, tidak berani berhadapan dengan DAP. Tidak berani mempertahankan keputusan untuk PKR dan ini sangat mengecewakan, rupanya ANwar tidaklah sehebat mana.. kata-kata beliau juga tidak diikut oleh DAP!!
Rakyat jangan terpedaya dengan Anwar kerana beliau ini memang pandai berlakon dan apatah lagi berbohong dan perjuangan beliau dalam PKR bertujuan untuk kepentingan peribadi beliau. Dan beliau sanggup untuk ‘makan’ kawan untuk mencapai cita-cita beliau!!!
Buka minda dan buka hati.. tolak PKR, tolak pengkhianat agama, bangsa dan negara!!!
Gambar sekitar program ceramah Perdana Isu semasa :