Popular Today

Isnin, Mei 12, 2014

#PRKBukitGelugor : Proses Penamaan Calon meriah, 4 Calon Diumumkan Bertanding

0 Komen!!!
IMG-20140512-WA0006Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gelugur secara rasminya akan bermula hari ini. Penamaan calon akan diadakan sebentar tadi bertempat di Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang yang juga akan menjadi tempat perjumlahan undi.
MCA telah pun mengumumkan tidak akan bertanding pada PRK kali ini dan keputusan tersebut dihormati oleh semua parti kompenen BN termasuk UMNO.
Manakala DAP telah menamakan Ram Karpal a/l Karpal Singh sebagai calon.
PRK kali ini turut menarik minat calon-calon bebas bertanding, setakat ini 3 calon bebas dijangka akan menyerah borang masing-masing termasuk Datuk Huan Cheng Guan iaitu bekas Naib Presiden Parti Gerakan.
Lansung dari Pusat Penamaan Calon PRK Bukit Gelugor
8.10 pagi : Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Abdul Aziz Mohd Yusof tiba dan memeriksa persediaan untuk proses pencalonan tersebut.
Beliau kemudian menunjukkan sekeping kertas kepada media, dengan semua logo yang ada untuk calon-calon bebas yang dicetak di atasnya.
“Saya menunjukkan ini kerana ia seolah-olah seperti akan ada ramai calon-calon bebas,” katanya.
IMG-20140512-WA0018
8.20 pagi : Speaker Corner – kira 150 orang, majoriti penyokong PKR dan DAP menantikan ketibaan calon DAP, Ramkarpal Singh.
Antara pemimpin yang kelihatan ialah presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali, Exco negeri Dr Afif Bahardin, PKR Pulau Pinang Ketua Dr Mansor Othman dan PAS Siti Zailah Muhammad dan Mujahid Yusof Rawa.
8.35 pagi : Bendera parti PAS turut diarak ke kawasan Pusat Penamaan calon. Mengikut undang – undang SPR, parti yang tidak bertanding dilarang membawa logo dan bendera.
IMG-20140512-WA0012
8.40 pagi : Ketibaan calon bebas iaitu Mohamad Nabi ke Pusat Penamaan Calon. Semalam beliau menafikan bahawa beliau ditaja oleh mana-mana pihak dan menegaskan beliau adalah ahli PAS dan mengambil keputusan untuk bertanding bagi menjelaskan isu hudud.
IMG-20140512-WA0024
8.50 pagi : Calon DAP bersama hampir 500 penyokong berarak bersama-sama pemimpin pembangkang yang hadir antaranya Lim Kit Siang, Lim Guen Eng, Wan Azizah dan Azmin Ali. Antara sepanduk yang dibawa ialah “boikot GST” dan “Royalti”.
IMG-20140512-WA0053

08:55 pagi : Dewan Sri Pinang – Calon bebas dari PCM iaitu Huan Cheng Guan bersama 30 penyokong tiba di pusat penamaan calon.
9:10 pagi : Calon bebas Mohamed Nabi Bux dan PCM iaitu Huan Cheng Guan memasuki pusat penamaan calon untuk menyerahkan kertas pencalonan mereka. Turut hadir bersama Mohamed Nabi adalah Presiden KITA, Zamil Ibrahim, yang juga bekas ahli PKR. Belaiu menyatakan “Saya datang untuk menyokong mana-mana calon yang bukan daripada DAP”.
9.20 pagi : Seorang lagi calon bebas iaitu Mohd Yacoob Mohd Noor menghadapi masalah menyerahkan borang pencalonan kerana Pencadangnya yang menghilangkan diri.
00:00
00:27
9.30 pagi : Video suasana gelagat penyokong DAP ketika proses penamaan calon dijalankan.
9.40 pagi : Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan parti itu tidak mampu untuk menjadi leka dalam PRK ini kerana menurut beliau mungkin BN menghantar proaksi sebagai calon bebas.
IMG-20140512-WA0082
9:50 pagi : Suasana ketika ini di Perkarangan Pusat Penamaan Calon, Dewan Sri Pinang. Antara yang dilaungkan oleh penyokong DAP ialah Mampus Bebas, Hidup Rakyat, Boring2 Mana BN, Hidup Ram Karpal, Hidup Pakatan, PAS tetap dalam PR, dan Reformasi.
9:55 pagi : Perkembangan terkini calon bebas Mohamed Yacoob Mohamed Noor. Beliau meghadapi masalah dengan pencadang yang tidak muncul pada saat akhir. Beliau bersama 5 orang penyokong mengesyaki terdapat unsur-unsur sabotaj pada saat akhir.
9.58 pagi : Gelagat penyokong DAP
9:50 pagi : Seorang lagi calon bebas iaitu Abu Backer Sidek, 46, tiba dan menyerahkan borang pencalonannya. Menurut beliau “saya seorang rakyat biasa dan seorang anak Pulau Pinang yang sedang berkhidmat di KL sebagai Peguam”.
“Saya telah mengamalkan selama 23 tahun dan telah berjuang beberapa kes dengan Mendiang Karpal Singh. Saya akan berjuang untuk agama, semua kaum dan negara.
“Saya calon bebas dan tidak mewakili mana-mana pihak.”
10:00 pagi : Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya, Annuar Yahya mengumumkan bahawa pencalonan telah ditutup. PRK Bukit Gelugor akan menyaksikan pertandingan 5 penjuru  iaitu  Ramkarpal Singh (DAP), Parti Cinta Malaysia Naib Presiden Huan Cheng Guan, dan calon-calon bebas Mohamed Nabi Bux, Abu Bakar Sidek Mohammad Zan dan Lim Chee Khoon.
10:30 pagi : Seorang calon bebas, Lim Chee Koon telah diumumkan hilang kelayakan bertanding oleh SPR selepas beliau gagal membayar wang deposit. Ini bermakna hanya terdapat 4 calon rasmi bertanding bagi kerusi Bukit Gelugor  iaitu : Parti PCM, Huan Cheng Guan, Calon Bebas Mohamad Nabi Bux, Parti DAP Ramkarpal Singh dan seorang lagi calon bebas iaitu Abu Bakar Sidek Bin Mohamad Zan.
10:40 Pagi : Proses penamaan calon selesai. Dengan rasminya PRK Bukit Gelugor akan menyaksikan pertandingan 4 penjuru antara DAP, PCM dan 2 calon Bebas.
sumber : Klxpress

Kongsi Link Anda