Popular Today

Rabu, April 22, 2009

Khalid Ibrahim - taktik mengalih pandangan dan usaha memerangkap UMNO

4 Komen!!!
Ini nampaknya usaha terbaru PKR bagi mengalih isu TKM Pulau Pinang dan juga menimbulkan isu yang berterusan agar memerangkap UMNO agar terjebak dalam isu yang menimbulkan perkauman khasnya apabila Perdana Menteri baru-baru ini melaungkan konsep Satu Malaysia!

Sebagaimana kita mengetahui DEB ialah untuk melindungi keseimbangan pembahagian ekonomi daripda di kuasai oleh sesuatu kaum sahaja khasnya kaum Cina. Jika DEB ditolak apakah makenisme Khalid Ibrahim untuk memberi keadilan ekonomi kepada bumiputra yang kini ketinggalan.

Pergerakan Pemuda UMNO Selangor menyifatkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya mahu menarik sokongan politik bukan Melayu apabila menegaskan rakyat di negeri itu tidak memerlukan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Ketuanya, Abdul Shukor Idrus berpendapat tindakan Abdul Khalid yang tidak bersetuju serta menolak dasar itu tidak wajar dilakukan kerana ia seolah-olah cuba mencetuskan prasangka negatif kaum bukan Melayu terhadap pengagihan DEB di negeri ini.

Katanya, DEB bukan merupakan dasar yang dirangka khusus untuk orang Melayu semata-mata tetapi diwujudkan sebelum ini bagi memastikan pembangunan seimbang antara semua kaum di Malaysia.

''Jika beliau (Abdul Khalid) mengatakan DEB tidak diperlukan di Selangor, ia tidak benar kerana dasar itu telah banyak membawa manfaat kepada negeri ini sejak ia diperkenalkan hampir 40 tahun lalu sehinggalah hari ini termasuklah Abdul Khalid sendiri.

''Jika beliau bermaksud DEB hanya untuk bumiputera semata-mata, ia tidak wajar kerana dasar ini hanya menetapkan 30 peratus sahaja untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial kaum itu manakala 70 peratus adalah terbuka kepada kaum lain.

''Namun, pengagihan tersebut telah dipolitikkan oleh pembangkang yang mengatakan dasar itu tidak menguntungkan bumiputera dan kaum lain termasuklah Abdul Khalid yang turut menimbulkan pelbagai tanggapan negatif rakyat terhadap DEB, " katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Abdul Shukor, kenyataan Menteri Besar semalam yang menegaskan semua rakyat tidak memerlukan penggantungan terhadap DEB kerana negeri itu mempunyai sumber yang banyak sebenarnya hanya dibuat bagi menarik sokongan rakyat dari kalangan bukan Melayu untuk kepentingan politik mereka.

Kata beliau, 'permainan politik' seumpama itu bukannya baru dilakukan oleh pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas terutamanya dalam sesuatu pilihan raya.

Ini kerana, apabila mereka berhadapan dengan pengundi kaum lain, mereka menyatakan sesuatu yang baik untuk kaum itu bagi meraih simpati dan sebagainya.

''Permainan ini saya fikir boleh dianggap sebagai politik perkauman kerana bila mereka (pembangkang) jumpa satu kaum, mereka akan cakap ini, apabila dengan kaum lain pula mereka cakap lain," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Shukor turut menyentuh mengenai keputusan kerajaan negeri menyambung semula tugas Elizabeth Wong sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan dan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar yang dirasakan tidak harus dibuat kerana ia membabitkan masalah moral.

Katanya, walaupun pihak polis masih gagal menyelesaikan kes tersebut, Elizabeth sebelum ini mengakui gambar berkenaan merupakan gambar beliau yang dirakam dan disebarkan dengan meluas di Internet.

Toyota Camry Pakatan Rakyat Perak dilelong

3 Komen!!!
IPOH 21 April - Kerajaan Negeri Perak akan melelong 16 kereta Toyota Camry yang digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan pakatan pembangkang sebelum ini.

Dalam kenyataan tender terbuka yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hari ini, lelongan itu akan dibuat dari 4 Mei hingga 18 Mei di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada dari pukul 9.30 pagi hingga 4 petang.

Menurut kenyataan itu, kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.

Kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606.

Semuanya didaftarkan pada 9 Januari 2009.

Kenyataan itu turut menyebut, semua kenderaan itu baru digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar.

Malah, kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan becermin gelap yang bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kemalangan.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim berkata, semua kenderaan itu akan dilelong termasuk kereta rasmi AGS 10 digunakan secara tidak sah oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Nizar jamaludin

Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah.

Tawaran perlu dihantar sebelum pukul 12 tengah hari pada 18 Mei ini.

Kongsi Link Anda