Popular Today

Selasa, Disember 22, 2015

Anak Johor dah pupus untuk pimpin DAP Johor

0 Komen!!!


Parti DAP pada hakikatnya tidaklah sehebat dan seteguh mana. Mereka hanya dilihat kuat kerana kepelbagaian kerja menanm persepsi terhadap parti Gerakan dan MCA.

Pada zaman DAP kurang dikenali dan belum menawan Pulau Pinang serta hampir seluruh ibu negeri di Malaysia, mereka tidak memberontak.

Malah pada waktu itu juga tidak berlaku krisis kepimpinan atau perebutan kuasa dalam parti yang didominasi oleh Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng.

Selepas DAP menang besar selepas PKR di Selangor terdapat sedikit cerita-cerita tentang penentangan bekas Speaker DUN Selangor Teng Ch'ng Kim yang agak melawan arus kerana tidak berpuashati terhadap Lim Guan Eng yang meguasai pemilihan CEC pada 2012.

Manakala proses kepercayaan dap yang beriltizam untuk menawan putrajaya akhirnya telah mewujudkan sikap tamak dan pemikiran halobaisme menguasai pimpinan parti.

Setelah berjaya menjahanamkan PAS yang akhirnya berpecah dua, kini karma evil mainan pimpinan dap terkena pada mereka sendiri.

Krisis kepimpinan DAP di 3 negeri iaitu Johor , Penang dan yang terbaru Sabah menunjukkan sikap sebenar pimpinan dap yang amat fokus kepada mementingkan jawatan dan bukannya servis pada rakyat.

Terkeluarnya orang kuat DAP selama 20 tahun, Dr Boo Cheng Hau yang merupakan anak Johor menunjukkan sikap haloba kuku besi kit siang dan guan eng untuk melakukan cengkaman lantas mewujudkan kabilah dan fraksi buta tuli taat pada mereka.

DAP johor kini berharap kepada Teo Nie Ching dan Liew Chin Tong yg merupakan orang luar Johor, pemain import dan pemain muda balaci Kit Siang dalam usaha mengukuhkan kuasa Kit Siang.

Pemilihan Liew Chin Tong sebagai Pengerusi DAP Negeri Johor yg merupakan anak emas Lim Guan Eng adalah untuk membunuh karier politik Dr Boo Cheng Hau yang merupakan musuh Lim Guan Eng.

Pada mesyuarat DAP Penang, sudah secara terbuka seluruh perwakilan anak negeri Penang mahukan Pengerusi Negeri dilayakkan secara automatik menjadi Ketua Menteri..

Masalah besar di sini, Guan Eng bukan pengerusi DAP penang.

Andaikata Guan Eng mahu mengekalkan kerusi Ketua Menteri, maka Guan Eng hendaklah terlebih dahulu bertarung dalam pemilihan negeri untuk justifikasi sokongan lantas mengekalkan jawatan Ketua Menteri.

Rakyat umum mengetahui bahawa jawatan Ketua Menteri yang disandang Guan Eng merupakan hadiah kepintaran beliau 'hijack' insiden di malam kemenangan di sebuah hotel di Penang.

Guan Eng punyai pilihan .

Dia dikenali sebagai pemimpin DAP yang tidak konsisten pendirian dan tiada base tetap. sama seperti bapanya.

Kit Siang melompat dari kerusi Ipoh Timur ke Gelang Patah dan menggambarkan cubaan pindah kawasan ini dilihat untuk meluaskan kuasa DAP. Ini pada permukaan, tetapi sebaliknya Kit Siang berbuat demikian bagi justify move Guan Eng yang ditolak bulat-bulat ahli DAP Melaka dan berpindah ke Penang.

Kini Penang menolak Guan Eng.

Jalan terbaik , Guan Eng samada bertanding jawatan DAP Penang atau sekali lagi berpindah ke Johor.

Guan Eng ditolak DAP Melaka kerana mereka anak beranak telah memalukan anak tempatan bernama Ker Kim Hock. Hasilnya mereka ditendang.

Kit Siang dan Guan Eng tidak mahu krisis insiden sama berulang di Penang. Jika DAP Penang menolak Guan Eng, maka maruah politik dinasti mereka akan teruk tercemar.

Semalam muncul pula krisis kepimpinan DAP di Sabah, pertembungan antara Jimmy dan Stephen, tak lain bergaduh mengenai kedudukan jawatan dalam parti DAP Sabah.

Dengar khabar, DAP Negeri Sembilan pun sudah mula menunjukkan masalah.

Baca Artikel Asal GAP-New di sini

Ahad, November 22, 2015

SAYA SAYANG RAKYAT SAYA, TANPA RAKYAT MAKA TIADA RAJA – SULTAN JOHOR

3 Komen!!!

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menitahkan Bangsa Johor untuk bersatu sebagai hadiah hari keputeraan baginda hari ini.

“Untuk hari jadi saya hari ini, tidak perlu untuk membelikan apa-apa hadiah untuk saya. Hanya satu permintaan dari saya, yang mana bagi saya amat berharga, iaitu untuk Bangsa Johor bersatu.”

“Saya sayang rakyat saya. Tanpa rakyat maka tiada raja” titah baginda.

Di dalam status laman rasmi Facebook kepunyaan baginda juga menyatakan impian untuk melihat rakyat johor bersatu dan itu merupakan tanggungjawabnya.

“Rakyat Johor adalah tanggungjawab saya dan impian saya adalah untuk melihat rakyat bersatu,” titah Sultan Johor.

Selain itu, Sultan Ibrahim telah berkenan memberi peringanan hukuman penjara seumur hidup kepada empat banduan yang menjalani hukuman mati bersempena Hari Keputeraan baginda.

Isnin, November 16, 2015

Banjir kilat melanda Bandaraya Johor Bahru

4 Komen!!!

Hujan lebat yang melanda Bandaraya Johor Bahru pada jam 12.00 tengahari hari ni telah mengakibatkan banjir Kilat di sekitar bandar Johor Bahru khasnya di JBCC dan City Square.

Hanya dalam tempoh kira-kira sejam kemudian, Jalan Wong Ah Fook berhadapan pusat beli belah Komtar JBCC antara kawasan yang dinaiki air sehingga menyebabkan dua lorong jalan berkenaan tidak dapat dilalui kenderaan. 

Beberapa kawasan sekitar bandar raya ini iaitu Jalam Kolam Ayer turut mengalami banjir kilat sehingga menyebabkan pergerakan trafik perlahan.












UMNO Bahagian Kluang dan Yayasan Majlis Perbandaran Kluang raikan 300 pelajar berlainan upaya

0 Komen!!!


Kluang (15 Nov 2015) - UMNO Bahagian Kluang dan Yayasan Majlis Perbandaran Kluang semalam meraikan 300 orang pelajar berlainan upaya dari 13 buah sekolah sekitar Parlimen Kluang dan Sembrong.



YB Md Jais Sarday, ADUN Mahkota telah meluangkan masa untuk menyampaikan bantuan perskolah kepada pelajar-pelajar tersebut. Program tahunan ini yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian kluang mendapat sokongan ibu bapa yang memeriahkan majlis tersebut.


Di kesempatan ini juga, Yb Md Jais sarday mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan ucapan tahniah kepada semua yang telah menjayakannya. turut hadir dalam majlis ini YDP Majlis Perbandaran Kluang Tn.Hj.Ismail bin Abu.- AB









Ahad, November 15, 2015

JOHOR WATER FORUM 2015 - Arah Tuju Masa Depan Kelestarian Sumber Air Johor

2 Komen!!!



Forum sehari ini diadakan bertujuan membentuk hala tuju industri air negeri Johor ke arah lebih mapan dan berdaya maju seiring dengan perkembangan pesat pembangunan di negeri Johor. Dalam masa yang sama juga forum ini turut memberi pendedahan tentang peluang-peluang yang ada dalam industri air di negeri ini. Selain daripada itu, Johor Water Forum 2015 juga merupakan medan memperkukuh koordinasi jabatan-jabatan kerajaan dan agensi swasta dalam menghadapi cabaran pengurusan sumber air pada masa hadapan.

Johor Water Forum 2015 mengumpulkan pembuat dasar, para profesional, dan ahli akademik serta delegasi antarabangsa bagi bersama-sama membincangkan dan mencapai resolusi bagi berhadapan dengan cabaran masa hadapan isu air di negeri Johor.

Adunan pengalaman tempatan dan antarabangsa dalam Johor Water Forum 2015 ini dijangka akan mencorakkan perubahan baharu dalam industri air di Johor ke arah kelestarian dan kemapanan bagi memenuhi permintaan semasa dan akan datang.

Bekas AJK Bahagian Kluang tidak dilupakan

0 Komen!!!
Pantang ada sedikit masa lapang, pastiynya YB Md Jais Sarday akan meluangkan masa menjenguk sahabat lama dalam UMNO Bahagian Kluang.

Selepas beliau membuat tinjauan di sekitar kawasan, Yb sempat singgah ziarah Abang Razali Abdullah, bekas AJK UMNO Bahagian Kluang yang sakit di rumahnya. Dia adalah pemilik Zaa Tukang Jahit, di belakang Coronation.

Selain menabur jasa melalui UMNO, dia juga bekas anggota tentera yang pernah berjuang di perbatasan.. banyak jasanya untuk bangsa dan nusa.. kita doakan mudah2an cepat sembuh..

YB sempat berseloroh, "zaman2 bujang dulu 'meeting point' kami di kedainya.. pesannya dengan selamba masa tu; 'korang berdua ni sorang belajar jauh kat sana, sorang kat sini, jangan sampai tak jadi'.."




YDP Majlis Perbandaran Kluang memantau kawasan kerap banjir di Kg Sembrong

0 Komen!!!
UMNO bahagian Kluang sentiasa prihatin keperluan rakyat khasnya apabila datang musim banjir. Segala persiapan sedang dibuat bagi memastikan rakyat dapat kebajikan dan bantuan sepatutnya.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang mengucapkan terima kasih kpd YDP Majlis Perbandaran Klg, JPS Klg, JPMM Mahkota serta rakan2 lain yg dapat turun padang bg menyelesaikan masalah banjir di Kg Semberong, Kluang.





Khamis, Julai 09, 2015

Hudud : PAS dakwa DAP sengaja buat tidak faham

5 Komen!!!


KOTA BHARU - DAP hari ini diselar kerana disifatkan sengaja buat-buat tidak faham mengenai pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Pindaan 2015) oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata bukan Islam sepatutnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud kerana ia tidak melibatkan mereka dan hukuman hanya dikenakan terhadap orang Islam sahaja.
 
"Sepatutnya tak timbul dia (DAP bantah) sebab kita pinda mengikut kehendak dia (undang-undang tidak terpakai kepada bukan Islam), sepatutnya dialah yang paling setuju.
 
"Alih-alih dia pula yang lawan. Jadi bukan mereka tak faham, (tapi) mereka buat-buat tak faham," katanya pada Majlis Dialog dan Berbuka Puasa Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Pengamal Media di sini, malam tadi.
 
Persidangan Dewan Rakyat yang berakhir 18 Jun lepas masih belum membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dikemukakan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan kerana memberi laluan kepada agenda dan urusan kerajaan lain.
 
Mohd Nassuruddin berkata dalam rundingan yang dilakukan bersama DAP dan PKR sebelum ini, Pas telahpun menyatakan hasrat parti untuk memperkasakan syariat Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan negara.
 
"Dalam Perlembagaan negara disebut dalam Perkara 3 iaitu Islam bagi agama Persekutuan, manakala agama-agama lain bebas diamalkan. (Selain itu) Perkara 11 juga sebut setiap orang berhak mengamalkan kepercayaan masing-masing.
 
"Hudud ini kepercayaan agama Islam dan jelas disebut dalam al-Quran (termasuk hukuman yang perlu dikenakan kepada pesalah)," katanya.
 
Katanya, Pas sentiasa terbuka dalam membincangkan perkara ini dan sentiasa memberi penjelasan lanjut kepada mana-mana pihak yang mahukan pencerahan berhubung hukum hudud berkenaan.
 
"Jadi saya pun tak faham kenapa mereka tak faham, saya pun tak reti kenapa mereka tak reti. Tapi saya reti kenapa mereka buat tak reti. Kita terbuka dan memang sentiasa beri penjelasan ... bukan kita tak bagi," katanya.
 
RUU itu dicadangkan susulan keputusan Dun Kelantan yang sebulat suara meluluskan Kanun Jenayah Syariah II Enakmen 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lepas bagi pelaksanaan hudud di negeri itu. - Bernama 8 Julai 2015

Rabu, Julai 08, 2015

PAS kata tajuk berita Malaysiakini "Jahat Sensasi"

3 Komen!!!


PENAFIAN TAJUK BERITA PORTAL BERITA MALAYSIKINI.

Apa lagi yang Malaysiakini mahu agendakan ?

Saya dengan ini menafikan sekerasnya tajuk jahat sensasi yang di cipta oleh Malaysiakini : "Like Anwar, there must be four witnesses for Najib".

Apa yang disebut oleh Presiden PAS ialah "Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga.. Saksi yang adil".

Tajuk sedemikian yang berbeza maksudnya dengan isi sebenar ucapan Presiden PAS itu dengan jelas menunjukkan samada Malaysiakini tidak faham, atau mempunyai agenda mereka yang tersembunyi.
Perbuatan sedemikian adalah amat dikesali dan meruntuhkan kemurnian pemberitaan yang telus dan benar.

Sekian.

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS.
7 Julai 2015

link 

DS Najib failkan saman terhadap WSJ

3 Komen!!!



Keraguan dalam dokumen WSJ




Pernah tengok dokumentasi palsu tak ? Sekali lalu tengok dokumen palsu ni memang kadang-kadang kita tak tahu benda tu palsu , cuma terserlah kepalsuannya bila siasatan lebih teliti melalui kaedah-kaedah tertentu dijalankan keatas dokumen . Zaman sekarang zaman digital, ramai yang dah cukup hebat dengan photoshop , tahun 1998 aku baru kenal dengan perisian Adobe Photoshop , seronok edit itu ini dengan perisian berkenaan . Masa zaman student faham2 je lah memang sengkek , kadang2 roadtax moto mati masa tengah "gerhana" atau "krismos a.ka money crisis" .

Ada sorang sahabat aku ni sebab takut kantoi dengan polis roadtax mati . Dia guna kaedah photoshop untuk "renew" dia punya roadtax . Hanya perlu sediakan scanner dan printer . Hasilnya memang nampak macam real , tambah2 lagi roadtax tu di-cover dengan sarung kunci . Zaman sekarang sepatutnya teknik photoshop lebih dahsyat , cuma kadang-kadang bila sesetengah individu nak buat fitnah nampak kecacatan dalam kemahiran individu berkenaan bermain photoshop.

Hari ni Wall Street Journal telah keluarkan satu dokumentasi transaksi amaun jutaan ringgit kedalam akaun yang mereka dakwa sebagai akaun Perdana Menteri . Beberapa orang kawan aku yang bekerja dalam industri perbankan dan kewangan bagi komen , pindahan amaun jutaan ringgit kedalam akaun peribadi seseorang itu bukan boleh buat senang-senang ja . Ada deklarasi dan sebagainya lah , hal berkaitan tax lagi dan macam-macam prosedur . Selain tu, depa bagi komen juga , kalau betul nak songlap duit.. orang takkan masuk dalam akaun sendiri sebab boleh jadi "easy target" . Sebab tu lah orang selalu dok cerita pasal "money laundring"

Berbalik kepada dokumentasi transaksi yang didedahkan Wall Street Journal , entah mana depa dapat dokumen berkenaan , cuma bila diteliti balik memang ada beberapa keraguan . Sebelum ni masa bekerja dalam bidang gas dan minyak, aku pernah nampak cetakan pemindahan wang ke akaun syarikat sebagai bukti pembayaran dalam sesuatu urusniaga . Cetakan komputer pastinya menunjukkan konsistensi dalam huruf dan nombor yang dicetak . Dalam bahasa mudah .. font kena sama. Itu lah trick atau angle yang aku pantau sebelum buat photoshop dalam sesuatu dokumentasi tu , kena pastikan font sama, pattern dokumentasi tu dikekalkan.

Berikut adalah siasatan forensik untuk dokumen yang didedahkan WSJ itu , aku tak pasti siapa yang menyiasat tetapi individu berkenaan pastinya mahir dalam kerja-kerja mengenalpasti dokumen yang diubahsuai . Terlalu banyak kecacatan "photoshop" yang ditunjukkan oleh penyiasat berkenaan hingga menimbulkan keraguan samada dokumen yang disiarkan WSJ itu adalah palsu . Konklusinya , hasil siasatan forensik dokumen menunjukkan WSJ di pihak yang benar MENIPU.


WSJ memang terkenal dengan artikel yang penuh manipulasi dan penipuan.

Selasa, Julai 07, 2015

TUDUHAN PALSU SARAWAK REPORT TERHADAP 1MDB

9 Komen!!!


Tidak kira berata 'kacak'nya Jho Low dalam gambar ini, jangan lihat dia. Tumpukan perhatian anda kepada lelaki macho yang tinggi di sebelahnya. PM Najib juga tinggi tetapi orang ini lebih tinggi daripada beliau. Siapa dia?

Sarawak Report mungkin berfikir bahawa dengan menyiarkan gambar-gambar keluarga Najib bersama-sama dengan Jho Low pada Ogos 2009 SEBELUM usahasama PetroSaudi-1MDB ditandatangani akan merosakkan reputasi Najib.

Sebaliknya, yang benar adalah;

Hari ini, Sarawak Report akhirnya membuktikan dan mengakui bahawa PetroSaudi dimiliki oleh Putera Turki bin Abdullah Al Saud.

Malah, Sarawak Report sendiri menulis: "Dari kiri ke kanan adalah Putera Turki, pemilik PetroSaudi; Jho Low ..."

http://i0.sarawakreport.org/0/8/0/e/2/080e23d30c9bd9083a93a3364ce334ab16dc6fb6.jpg

http://i2.sarawakreport.org/e/a/9/e/c/ea9ecfcb7d57b8ec1a7994dd583c61fde12d8465.jpg

http://i0.sarawakreport.org/8/4/c/7/6/84c76f40a05478c16cab6f8ae1579d11ba3e36d2.jpg

Putera Turki bin Abdullah Al Saud (lahir 21 Oktober 1971) adalah ahli kerabat diraja Saud dan anak ketujuh Almarhum Raja Abdullah, Raja Arab Saudi ketika itu. Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Gabenor Wilayah Riyadh dari 2013 hingga 2014 dan sebagai Gabenor Wilayah Riyadh dari 14 Mei 2014 hingga 29 Januari 2015.

PM Najib telah diperkenalkan kepada Putera Turki oleh Almarhum Raja Abdullah dan diberitahu oleh Almarhum untuk bekerjasama dengan syarikat anaknya apabila Najib pergi dalam rangka lawatan rasmi empat hari berjumpa Raja Abdullah pada Julai 2009 - satu bulan SEBELUM gambar Najib dengan Putera Turki ini diambil.

Dalam mesyuarat ini, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud telah menyatakan kemungkinan Arab Saudi akan mengambil bahagian secara aktif di Malaysia dalam sektor perbankan Islam, memperluaskan penyertaan dalam sektor pembuatan produk perkhidmatan Islam dan dan juga meningkatkan ekuiti di negara ini.

(Filepix menunjukkan pertemuan Najib dengan Raja Abdullah pada Julai 2009 - satu bulan sebelum Putera Turki dan Najib bergambar di dalam yatch)
http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2015/01/23/KL16_230115_ALSAUD.ashx/?w=620&h=413&crop=1&

Tentang penglibatan Jho Low, semua orang tahu dia telah membantu menubuhkan TIA dan dilantik oleh Agong ketika itu dan Sutlan Terengganu Tuanku Mizan.

Jho Low telah lama terkenal dengan hubungan rapatnya dengan keluarga diraja Timur Tengah - sebelum Najib menjadi PM lagi - dan juga sebab mengapa Tuanku Mizan meminta beliau bantu menubuhkan TIA.

http://3.bp.blogspot.com/-nNotTH2bG6k/VZpwvbRjZdI/AAAAAAAAAMY/M2_tTWb9lZ0/s1600/tia.png

Fakta ini tidak pernah menafikan dan malah ia telah dinyatakan dengan jelas dalam LAMAN WEB 1MDB SENDIRI di sini: http://www.1mdb.com.my/news-coverage/time-of-reckoning-for-1mdb

1MDB tidak pernah menyembunyikan penglibatan awal Jho Low tetapi penglibatannya sudah berakhir. Sebagai penghormatan terhadap Sultan Terengganu dan kemudian menjadi YDP Agong yang merupakan salah seorang yang meminta Jho Low untuk menubuhkan TIA (yang kemudiannya dinamakan sebagai 1MDB) dan bertindak sebagai penasihat - pakar dalam hubungan Timur Tengah yang Jho Low sangat arif dan sebelum ini telah terbukti berjaya - lama sebelum TIA atau 1MDB wujud dan lama sebelum Najib menjadi Perdana Menteri.

1MDB hanya tidak mahu fakta ini diberi publisiti luas disebabkan oleh sensitiviti di kalangan orang Melayu.

Walau bagaimanapun, setakat yang saya tahu, Jho Low tidak pernah mempunyai apa-apa kedudukan formal apabila TIA menjadi 1MDB dan dia tidak dibayar gaji atau menggunakan apa-apa kontrak pekerjaan formal atau kedudukan penasihat.

Selepas mesyuarat antara Putera Turki dan Najib, Putera Turki telah menulis secara rasmi menggunakan kepala surat Diraja kepada PM Najib untuk meneruskan lagi usaha kerjasama antara Arab Saudi dan Malaysia, dalam samaran PetroSaudi dan 1MDB.

http://2.bp.blogspot.com/-Rez3MLEVapI/VXHE0qDed7I/AAAAAAAAABI/8yO7Ie4M9jk/s1600/turki1.jpg

Surat Putera Turki yang dilampirkan surat Ketua Pegawai Eksekutif PetroSaudi ditujukan kepada PM Najib juga - yang khusus mengatakan pertemuan antara Putera Turki, Raja Abdullah dan Najib.

http://2.bp.blogspot.com/-1p6HmRSBm_0/VXHE2DLjEJI/AAAAAAAAABY/sNmBLtelvU0/s1600/turki2.jpg

Bank PetroSaudi sendiri, Banque Saudi Fransi juga memberi keterangan tentang pemilikan PetroSaudi dan kekuatan kewangan mereka.

Banque Saudi Fransi (BSF) (Bahasa Arab: البنك السعودي الفرنسي) adalah Syarikat Saham Bersama Saudi (Saudi Joint Stock Company) yang ditubuhkan oleh Saudi Arabia Royal Decree No. M / 23 bertarikh 4 Jun 1977.

http://2.bp.blogspot.com/-TFvKNJoe8go/VZANa4sc-_I/AAAAAAAAACM/YJIgB28h50o/s1600/IMG_0063.JPG

Tidak lama selepas perjalanan dan gambar bot ini, usahasama 1MDB-PetroSaudi telah dibuat.

Dan hanya 5 bulan selepas perjalanan dan gambar bot ini, pada 20 Januari 2010, PM Najib membuat satu lagi lawatan rasmi 4 hari ke Arab Saudi di mana beliau telah dianugerahkan darjah tertinggi Arab Saudi, King Abdulaziz Order of Merit (1st Class) oleh Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud.

"Saya menganggap ini satu manifestasi hubungan erat antara Arab Saudi dan Malaysia, dan ia melambangkan potensi yang besar bagi kami untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang, bukan hanya dalam kepentingan bersama kedua-dua negara tetapi juga untuk kepentingan masyarakat Islam yang lebih besar, "kata Najib kemudiannya.

Dan yang paling penting, 1MDB mendapat kembali setiap ringgit yang mereka laburkan dan membuat untung sebanyak USD500 juta (RM1.8bilion) daripada usaha sama ini dalam tempoh tiga tahun yang singkat - satu fakta yang telah diaudit oleh DUA firma audit antarabangsa berasingan iaitu KPMG dan Deloitte selama lebih daripada 4 tahun dan hendaklah disahkan sekali lagi oleh Ketua Audit Negara kita dalam audit khas mereka - dengan dokumentasi lengkap dan bukti juga.

Tanpa mengira kehadiran Jho Low dalam mesyuarat ini, PM Najib melakukan perkara yang betul sebagaimana yang diminta oleh Raja Abdullah untuk melakukan perniagaan dengan syarikat milik Puteranya sebagai sebahagian daripada kerjasama Arab Saudi-Malaysia yang disokong oleh Kedutaan Diraja Arab dan 1MDB mendapat balik semua wang dan mereka membuat keuntungan yang baik - lebih dari kos dana yang dilaburkan.

Oleh Lim Sian See,
http://limsiansee.blogspot.com/2015/07/jho-low-prince-turki-and-najib-photos.html

Ahad, Mei 31, 2015

Mat Sabu Sindir Hj Hadi

0 Komen!!!


TUMPAT 30 Mei - Krisis politik melibatkan dua pemimpin utama Pas sema­kin meruncing, apabila Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu secara terbuka mengkritik dan menyindir Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketika menyampaikan ceramah Kukuhkan Pakatan Pembangkang, Tumbangkan BN, di sini.

Beliau mengkritik kegagalan Presiden Pas itu menawan Terengganu dan menyindir Ahli Parlimen Marang itu yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang.

Tegasnya, Pas tidak mampu mencapai kemenangan dalam pilihan raya sekiranya tidak mendapat bantuan parti lain dalam pakatan pembangkang.

Pada masa sama beliau turut dilihat menyindir Abdul Hadi yang diakui seorang tokoh politik dan agama yang cukup hebat di Terengganu, namun kekuatan serta kelebihan tersebut masih belum cukup membantu Pas merampas negeri itu daripada Barisan Nasional (BN).

“Pidatonya (Abdul Hadi) begitu hebat, ceramah, kuliahnya di Rusila kereta ‘parking’ berbatu... jadi macam pekan hari, tapi bila pilihan raya tetap tidak boleh ambil Terengganu daripada BN.

“Sehinggalah pada tahun 1999 kita berpakat dengan PKR, dapatlah kita memerintah Terengganu. Ertinya kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa? Kita kena berpakat,” katanya ketika menyampaikan ceramah Kukuhkan Pakatan Pembangkang, Tumbangkan BN di sini malam tadi.
Yang turut sama calon Presi­den Pas, Ahmad Awang dan Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Zairil Khir Johari.

Abdul Hadi sebelum ini membayangkan persoalan sama ada Pas akan terus bersama pakatan pembangkang atau sebaliknya ba­kal terjawab selepas Muktamar Tahunan parti itu yang bakal berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini.

Krisis antara Pas de­ngan DAP timbul apabila wujud pertikai­an membabitkan keputusan Abdul Hadi untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Malah pemimpin-pemimpin DAP terutama Setiausaha Agungnya yang belum disahkan, Lim Guan Eng secara berterusan mengkritik Presiden Pas itu termasuk mendakwa hanya jasad Abdul Hadi bersama pakatan, sebaliknya hati bersama UMNO.

Sementara itu, Mohamad turut memberi contoh senario di Kelantan ketika Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin Pas Kelantan, namun masih gagal memerintah negeri itu kerana tidak bekerjasama dengan parti pembangkang lain.

“Bila UMNO berpecah pada tahun 1990, lahir parti Semangat 46, Pas pakat dengan Semangat 46 untuk lawan UMNO dan kita menang semua kerusi Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) dan Parlimen di Kelantan,” katanya.

"Ertinya sehebat-hebat Allahyarham Nik Abdul Aziz, dalam hal pilihan raya tetap tidak boleh ambil Kelantan daripada BN melainkan bila tahaluf (bekerjasama) dengan Semangat 46. Dalam politik ini, kita pakat, undi banyak, kita berpecah, undi kurang," katanya.

Sementara itu Mohamad juga turut menyanggah sesetengah pemimpin Pas yang tidak mementingkan kemenangan pada pilihan raya.

"Sekarang ini ada istilah baharu (dalam kalangan pemimpin Pas) masuk pilihan raya tidak menang tidak apa, asal dapat reda Allah. Ini ilmu politik dari mana? Ini pelik, kita masuk pilihan raya hendak menang, kalau keputusan sebaliknya itu soal lain. Kita kena cari jalan capai kemenangan, bila dapat keputusan, baharu terima ketentuan Allah, jangan sebelum bertanding mengaku kalah," katanya.

Selasa, Mei 19, 2015

Isu jet - untuk tatapan cai PR

8 Komen!!!

Harap macai PR paham isu jet ni.. setiap Perdana Menteri memang ada khas jetnya sendiri.. namun jet ini bukan khas untuk perdana Menteri sahaja.




Fakta bahawa jet tersebut adalah untuk kegunaan DYMM SPBYD Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan, pesawat berkenaan juga boleh diluluskan untuk kegunaan para Sultan, Yang Dipertua Negeri, Menteri dan Timbalan Menteri, tetamu-tetamu kerajaan Persekutuan dari negara asing, pegawai kanan kerajaan serta orang kenamaan juga telah disembunyikan.... Yang dimomokkan kepada rakyaat seolah2 kegunaannya nanti hanya khusus buat DS Najib.


Selasa, Mei 12, 2015

Dulu banjir di Kajang kini di Permatang Pauh.. apalah bala jijah bawak!

3 Komen!!!

Ada orang kata.. kalau dah muka bawa bala tetap ke mana-mana akan bawa bala pula..

Nampaknya kenyataan ini ada sedikit kebenarannya.. Permatang Pauh kini dilanda banjir pada jam 4.00 pg tadi.

tapi jijah kat mana skrg?.. pergi melancong lg ke?

namun ini permintaan orang Permatang Pauh terimalah banjir ini.. kalau rasa seronok banjir.. minta la banjir sampai tutup bumbung rumah pulak..






PAS setuju Wan Azizah jadi ketua pembangkang

1 Komen!!!

KUALA LUMPUR: PAS bersetuju untuk menyerahkan jawatan ketua pembangkang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berdasarkan prinsip parti yang mempunyai kerusi majority, lapor portal berita Sinar Harian.

Ketua Whip PAS Parlimen, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu dicapai selepas dipersetujui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, pada Sabtu.
"Kami sebulat suara... dan cadangan Datuk Seri Hadi untuk menyerahkan (ketua pembangkang) kepada parti yang punyai majoriti.

"Sudah tentu adalah DAP adalah parti yang mempunyai kerusi majoriti, oleh kerana DAP telah bersetuju serahkan kepada PKR iaitu Wan Azizah, maka kami bersetuju memilihnya untuk jadi ketua pembangkang," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas status kekosongan jawatan ketua pembangkang yang masih kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun dalam kes liwat II.

Sebelum ini, pemimpin PR sepakat untuk menangguhkan pelantikan jawatan itu bagi memberi tumpuan kepada PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh dahulu.

Pada PRU13 lalu, DAP memperoleh kerusi Parlimen terbanyak iaitu 38 manakala PKR kekal dengan 30 kerusi Parlimen dan PAS dengan 21 kerusi Parlimen.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata lagi, keputusan itu sebagai menghormati pendirian DAP yang menyerahkan jawatan itu kepada PKR.

"PAS menghormati keputusan DAP itu selaku parti yang mempunyai kerusi majoriti dan DAP berhak untuk tentukan siapa ketua pembangkang seterusnya.

"Kalau ikut prinsip majoriti itu, DAP mempunyai hak untuk jawatan itu," katanya lagi.

Khamis, Mei 07, 2015

#PRKPermatangPauh TV Selangor menipu kejadian sebenar

0 Komen!!!

Nampaknya tindakan ganas yang dicetuskan oleh PKR semasa Pilihanraya kecil Permatang pauh cuba di spin oleh media pro keganasan ini.

Lihat sahaja tajuk media pro keganasan ini memutarbelitkan fakta dengan mengatakan Pemuda BN menyerang orang sokong PKR.

Sudah cukuplah dgn penipuan yang dibuat oleh PKR ni. Terlalu banyak kerosakan dan keganasan
yang dibuat PKR ini menyebabkan petugas media dan orang awam cedera.




Rakyat patut menghukum tindakan ganas PKR ini dengan menolak mereka mewah Permatang Pauh. Jangan biarkan keganasan menguasai negara ini.

Undi PKR bermakna undi tindakan ganas mereka.


#PRKPermatangPauh Petugas Media diserang oleh petugas PKR di Permatang Pauh

0 Komen!!!



Setiap kali pilihanraya melibatkan PKR pastinya ada keganasan. PKR dan keganasan memang tidak dapat dipisahkan lagi. Ini boleh dilihat perbezaan dengan PRK Rompin yang baru sahaja tamat baru-baru ini yang dilihat sangat aman dan damai.


Lewat pagi tadi, salah seorang pengamal media telah dipukul di kepala oleh sekumpulan penyokong PKR di pusat pengundian SK Tanah Liat.



Kejadian ini menyebabkan petugas media tersebut cedera teruk di kepala dan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam.

Pihak berkuasa perlu ambil tindakan tegas terhadap petugas PKR yang ganas dan tidak bertamadun ini.

Selasa, Mei 05, 2015

#liveUpdate #PRKRompin #P091 BN Menang besar di Rompin

0 Komen!!!

8.51 mlm: Keputusan tidak rasmi sehingga kini:

BN: 23,627

PAS: 14,871

Majoriti: 8,756 (BN Menang)

*Undi awal belum dikira*

#liveUpdate #PRKRompin #P091 Keputusan PRK Rompin

0 Komen!!!

7.37 ptg:  Keputusan tidak rasmi Mengikut PDM dan Saluran:

Bandar Bukit Ibam (BN 562, PAS 289. BN Menang MAJ 273)

Saluran 1: BN 172, PAS 65

Saluran 2: BN 199, PAS 108

Saluran 3: BN 191, PAS 116

 

Kota Bahagia (BN 485, PAS 173. BN Menang MAJ 312)

Saluran 1: BN 214, PAS 48

Saluran 2: BN 271, PAS 125

 

Felda Keratong 4 (BN 841, PAS 865. PAS Menang MAJ 24)

Saluran 1: BN 160, PAS 145

Saluran 2: BN 261, PAS 179

Saluran 3: BN 161, PAS 175

Saluran 4: BN 109, PAS 188

Saluran 5: BN 150, PAS 178

 

Muadzam Shah (BN 1,042, PAS 1,110. PAS Menang MAJ 68)

Saluran 1: BN 142, PAS 105

Saluran 2: BN 233, PAS 204

Saluran 3: BN 195, PAS 206

Saluran 4: BN 167, PAS 198

Saluran 5: BN 158, PAS 191

Saluran 6: BN 147, PAS 206

 

Bandar Baru Rompin (BN 826, PAS 790. BN Menang MAJ 36)

Saluran 1: BN 176, PAS 103

Saluran 2: BN 279, PAS 223

Saluran 3: BN 203, PAS 227

Saluran 4: BN 168, PAS 237

 

Felda Keratong 3 (BN 854, PAS 618. BN Menang MAJ 236)

Saluran 1: BN 203, PAS 116

Saluran 2: BN 273, PAS 170

Saluran 3: BN 177, PAS 171

Saluran 4: BN 201, PAS 161

 

Felda Keratong 2 (BN 929, PAS 940. PAS Menang MAJ 11)

Saluran 1: BN 162, PAS 151

Saluran 2: BN 265, PAS 202

Saluran 3: BN 177, PAS 203

Saluran 4: BN 164, PAS 194

Saluran 5: BN 161, PAS 190

 

6.30 ptg: Keputusan tidak rasmi mengikut PDM:

PDM Cenderawasih: BN 196, PAS 49, ROSAK 6. MAJ: (BN) 147

PDM Kuala Rompin (S1): BN 159, PAS 49, ROSAK 2. MAJ: (BN) 110

PDM Kuala Rompin (S3): BN 99, PAS 116, Rosak 3. MAJ: (PAS) 17

Isnin, Mei 04, 2015

Peserta Demo GST dapat bayaran

0 Komen!!!


Sebenarnya bukanlah ramai sangat yang sertai Demo GST ini.. walaupun dapat bayaran namun masih ramai yang tidak hadir menunjukkan demo tersebut tidak mendapat sokongan dari rakyat.

Apa yang dibuat oleh PR hanya konon menunjukkan mereka disokong rakyat.. tetapi cara mereka telah memakan diri mereka kerana demo tidak dapat sambutan sewajarnya.

Jumaat, Mei 01, 2015

Ahad, Mac 29, 2015

Perbandingan GST Malaysia dengan negara Asean

0 Komen!!!

Eloklah cai-cai PR ni bandingkan GST Malaysia dengan negara Asean yang lain.. 

Ahad, Mac 08, 2015

Air di Kluang dicatu hari ini

0 Komen!!!

YB Md Jais Sarday, ADUN Mahkota meninjau sekitar Empangan Sembrong Barat.

Pagoh: Bekalan air di daerah Kluang akan dicatu bermula hari ini berikutan paras air di Empangan Sembrong menghampiri paras kritikal akibat perkembangan cuaca panas kering kebelakangan ini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meluluskan permohonan operator air SAJ Holdings (SAJ) untuk berbuat demikian.

“Selain Sungai Sembrong Kiri di Kluang yang menghampiri paras kritikal, Empangan Sungai Lembam turut diletakkan sebagai berjaga-jaga dan penduduk dinasihatkan berjimat menggunakan air,” katanya pada sidang media selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Karnival YaHijau Pagoh 2015 di Kompleks Sukan Pagoh, di sini, semalam.

Susulan perkembangan itu, SPAN dalam satu kenyataan medianya berkata, Sungai Sembrong Kiri membekalkan air ke loji rawatan air (LRA) Sembrong Timur untuk penduduk Kluang, namun pengeluaran berkurangan daripada 35 juta liter sehari kepada 24 juta liter sehari.

Berikutan itu, katanya, SAJ akan melakukan catuan selama 36 jam secara bergilir-gilir.
“Selain itu, pada 5 Mac lalu, Empangan Sungai Lembam mencatat paras 11.5 meter di atas paras laut berbanding paras kritikal iaitu 12.27 meter.

“Ia kini mempunyai simpanan sebanyak 46.21 peratus dan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga walaupun masih beroperasi seperti biasa,” katanya.

Berhubung Karnival YaHijau, Maximus berkata, karnival kali pertama itu bertujuan menerapkan gaya hidup hijau dalam kalangan penduduk terutama belia dan peringkat akar umbi yang dilangsungkan di wilayah utara, timur, barat, Sabah dan Sarawak.

- harian Metro 

Anak Johor diberi peluang berbakti untuk Johor - MB Johor

0 Komen!!!

Setelah 45 tahun usia penubuhan Johor Corporation mulai tahun 2015, Johor Corporation mengorak langkah dalam menjalankan tanggungjawab sosial terhadap pembinaan modal insan buat pertama kali. JCorp melatih seramai 100 akauntan bertauliah dengan menempatkan pelajar-pelajar terbaik di firma-firma perakaunan terbaik di dalam dan luar negara. Inisiatif ‘JCorp Chartered Accountancy Program’ (JCAP) ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM 7.2 juta.
Muafakat antara Johor Corporation dengan firma-firma terkemuka serta badan-badan tauliah seperti ini,merupakan contoh suatu pendekatan yang segar dan inovatif yang menjadi platform baharu kepada para graduan dalam bidang perakaunan mendapatkan kelayakan pentauliahan. Kita perlu melahirkan lebih ramai akauntan bertauliah bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.Terima kasih juga saya ucapkan kepada firma-firma perakaunan serta badan-badan tauliah di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan kepada Johor Corporation
Inisiatif JCAP ini adalah salah satu daripada strategi Johor untuk memastikan anak-anak Johor yang berbakat,berminat untuk tinggal dan kekal berbakti kepada tempat kelahiran mereka ini, dengan insentif dan imbuhan yang kompetetif. Menggilap minda dan kemahiran profesional anak-anak Johor bukan lagi suatu pilihan.Sebaliknya, ia adalah satu keperluan mendesak yang tidak boleh sama sekali kita pandang enteng. Kita tidak mahu golongan profesional tempatan yang berbakat dan berpotensi besar berhijrah keluar negeri dan negara

Kongsi Link Anda