Ahad, Januari 04, 2015

Apa sudah jadi pada rakyat Malaysia??

3 Komen!!!

BERITA TAK BETUL PERCAYA.. BERITA BETUL DIPERSOAL..

Musim banjir ini kita bukan sahaja melihat rakyat menjadi mangsa banjir.. tetapi rakyat juga menjadi mangsa penipuan melalui media sosial.

Media sosial kini yg berada di hujung jari kini menjadi alat pihak tertentu menabur cerita2 palsu. Lihat sahaja apa yang berlaku pada rakyat Malaysia dengan cerita2 di bawah ini:

Mayat bergelimpangan - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Bangunan sekolah runtuh - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Beratus mayat di Hospital USM - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Ada orang halang bantuan untuk mangsa banjir - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Bantuan mangsa banjir dilekat dengan label BN - terus percaya tanpa minta kesahihan..

10 orang sekeluarga mati dalam rumah - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Sukarelawan tarik diri - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Surat dari anggota tentera yang menyatakan kebuluran kerana bantuan tidak sampai - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Gambar budak mati akibat bumbung runtuh - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Empangan Thailand yang melepaskan air ke Malaysia - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Bantuan hanya sampai kepada penyokong BN sahaja - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Sukarelawan ditahan dari memasuki kawasan banjir untuk menghantar bantuan makanan - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Kerajaan tiada duit untuk urus bencana & isytihar Darurat - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Puisi 'Tidurlah Sayang' dari Ibu Darwish - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Sewa helikopter tentera RM4500 untuk hantar bantuan - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Syarikat Oil & Gas panggil pulang kerana Ribut Taufan Jangmi - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Satu sahaja yang Rakyat Malaysia tanya kesahihan..iaitu Buka Sekolah ditangguh seminggu.. Pakat tanya

"Betoi ka cuti sekolah tambah seminggu lagi?"

Oh Rakyat Malaysia!

BALAK ATAU EMPANGAN? - MENJAWAB TUDUHAN JAHAT HUSAM MUSA

2 Komen!!!

JAWAPAN UNTUK HUSAM MUSA (Bahagian 1).
Beberapa hari lepas, Husam Musa kelihatan cuba mengelak untuk dipersalahkan sebagai punca musibah banjir di Kelantan melalui PROJEK BESAR-BESARAN BALAK & PEMBUKAAN TANAH PERTANIAN di Kelantan. Beliau sebaliknya menunding jari kepada TNB melalui PROJEK HIDROELEKTRIK HULU TERENGGANU (EMPANGAN KENYIR II).
Antara tuduhan HUSAM MUSA adalah :
1. LIMPAHAN AIR dari EMPANGAN KENYIR II
menyebabkan kejadian banjir di Negeri Kelantan.
2. Empangan di PECAH dan menyebabkan banjir di
Negeri Kelantan
3. KERJA-KERJA PEMBALAKAN di kawasan
EMPANGAN KENYIR II telah menyebabkan kawasan
tersebut GONDOL & menjadi punca aliran air
yang besar ke kawasan Malik Urai, Kuala Krai &
seterusnya ke Kota Bahru.
4. Projek ini dilaksanakan secara SULIT.
Melalui maklumat TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) pula sebaliknya atas alasan :
1. EMPANGAN KENYIR II terletak di DAERAH HULU TERENGGANU, di kawasan HUTAN SIMPAN TEMBAT, di bahagian HILIR TASIK KENYIR. Melibatkan pembinaan 2 Empangan merintasi Sungai Terengganu (EMPANGAN PAUH) & Sungai Tembat (EMPANGAN TEMBAT) yang mengalir ke "TASIK KENYIR".
2. KAWASAN TADAHAN bagi EMPANGAN KENYIR II terletak di NEGERI TERENGGANU & dipisahkan dari NEGERI KELANTAN oleh BANJARAN GUNUNG. Oleh sebab itu SEGALA ALIRAN DIPERMUKAAN (Surface Run-Off) mengalir ke arah kedua-dua sungai tersebut yang akhirnya akan menjadi TASIK PUAH serta TASIK TEMBAT.
3. Air dari TASIK TEMBAT akan DISALURKAN melalui TEROWONG LENCONGA AIR ke TASIK PUAH. Lengongan ini digunakan bagi PENJANAAN di STESEN PERMUKAAN TEMBAT (15MW) sebelum ia memasuki Tasik Puah. Air dari TASIK PUAH pula akan DISALURKAN ke STESEN BAWAH TANAH PUAH (250MW) & selepas PENJANAAN air akan DISALURKAN melalui TEROWONG ALIRAN KELUAR ke TASIK KENYIR.
4. PEMBINAAN EMPANGAN PUAH telah selesai dan PENAKUNGAN TASIK telah dimulakan pada 1 OKTOBER 2014 manakala EMPANGAN TEMBAT didalam PROSES PEMBINAAN dan PENAKUNGAN TASIK TEMBAT akan dimulakan pada JUN 2015. Projek ini akan TAMAT sepenuhnya pada APRIL 2016 dengan keupayaan untuk MENJANA TENAGA 265MW.
5. PEMILIHAN LOKASI EMPANGAN-EMPANGAN dilakukan mengelakkan pembinaan 'EMPANGAN PELANA' (Saddle Dam) & segala pelepasan air adalah melalui EMPANGAN PUAH & TEMBAT di mana air pelepasan akan mengalir di ALIRAN ASAL SG. TERENGGANU & SG. TEMBAT mengalir masuk ke TASIK KENYIR.
6. ADALAH SESUATU YANG MUSTAHIL & AJAIB untuk AIR PELEPASAN dari kedua-dua empangan ini MERENTASI BANJARAN memasuki NEGERI KELANTAN. Tasik Puah setakat 1 Januari 2015 masih dibawah paras pelepasan melalui PINTU LIMPAHAN empangan.
7. PROJEK INI MENDAPAT KELULUSA dari SURUHAJYA TENAGA & KERAJAAN NEGERI TERENGGANU & JELAS SEKALI TIDAK DILAKSANAKAN SECARA SULIT. Upacara Perasmian Penakungan Tasik Puah telah dilaksanakan oleh YB Dato Seri DiRaja Mahdzir bin Khalid, Timb. Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air pada 1 Oktober 2014 dan upacara perasmian ini telah disiarkan di media massa. Manakala TNB kerap mengadakan aktiviti dibawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) untuk kebaikan penduduk tempatan. Projek-projek hidroelektrik yang dilaksanakan oleh pihak TNB bukan hanya bertujuan penjanaan kuasa elektrik tetapi juga penebatan banjir. Proses penakungan Tasik Puah telah membantu mengurangkan kesan kemasukan air ke Tasik Kenyir dimana setakat 31 Disember 2014, AIR SEBANYAK 740,000 juta cubic meter ditahan oleh Empangan Puah.

Kongsi Link Anda