Sabtu, April 23, 2011

Mentor DAP, PAP tak mahu sistem 2 parti

0 Komen!!!
Kita tengok di Malaysia DAP berjaya memainkan sentimen politik sehingga menubuhkan sistem 2 parti.. namun dalam masa yang sama kita melihat mentor DAP iaitu PAP di Singapura masih mengelak dari berlakunya sistem 2 parti.

Kita melihat Singapura yang dianggap negara maju pun masih menolak sistem 2 parti.. hakikatnya apa yang PAP takutkan dari sistem 2 parti.. sedangkan negara mereka telah mencapai status negara maju..

Bukan setakat itu kempen parti juga dilarang menggunakan bahan bercetak serta siaran elektronik.. nampaknya PAP ni lebih kuku besi dari BN...

Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinannya, yang telah memerintah Singapura sejak merdeka pada 1965, iaitu telah memerintah selama 46 tahun... bukan setakat mempertaikaikan parti lawan yang dianggap tidak berkualiti tetapi menganggap sistem dua parti boleh memecah-belahkan untuk sebuah negara yang memiliki berbilang kaum...

Ini hujah sebuah negara maju.. tapi apa bezanya di Malaysia.. pembangkang bukanlah berkualiti bukan setakat itu sahaja pembangkang juga memang menimbulkan perpecahan dengan meniup api perkauman khasnya kaum Cina.. sedangkan di Malaysia bukan setakat 3 kaum yang ada bahkan lebih 70 etnik yang tinggal di Malaysia...

Orang kata.. ini ialah mainan politik pembangkang yang hanya mahu berkuasa.. jika di singapura pastinya mereka ini tlah lama disumbat dalam penjara...

Sampai masanya Malaysia bertindak tegas.. hapuskan peihak yang mainkan sentimen perkauman...

Kongsi Link Anda