Popular Today

Isnin, Mei 18, 2009

3 Sebab BN tidak bertanding di Penanti

10 Komen!!!
Barisan Nasional tidak perlu mencabar calon PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang bermula Sabtu ini, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana menteri juga menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi tersebut.

Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Hakikatnya BN tidak rugi apa-apa jika BN tidak bertanding. Kalau menang sekalipun, Pulau Pinang tetap milik DAP. BN pun tak payah membazir masa dan waktu, wang ringgit dan sebagainya.

Syabas Najib, kamu buat apa yang kamu cakap.!... tidak kata tidak.... ya kata ya...

PAS tidak patut sembunyikan isu politik wang

2 Komen!!!
Hakikat berlaku politik wang yang berlaku dalam PAS kini telah diakui oleh kebanyakan pemimpin PAS. Namun bagaimanapun kebanyakan cuba berselindung kebenaran rasuah yang berlaku dalam PAS.

Tetapi bagaimana PAS menanganinya yang mahu dilihat rakyat. Jika fakta rasuah ini dibakulsampahkan dan sesiapa yang mengadu pula bakal dikenakan tindakan terhadap mereka akan membuktikan PAS tidak serius menangani isu ini di dalam PAS.

PAS perlu telus dalam hal ini dan menyatakan apa yang sebenarnya yang berlaku dan bukan menyembunyikannya. Dan mungkin juga SPRM boleh turut serta dalam menyiasat isu rasuah dalam pas ini.

Terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan wujudnya 'politik wang' dalam parti itu menjelang pemilihan agung bulan depan.

Justeru, beliau meminta para perwakilan pada Muktamar Tahunan Pas itu menolak calon yang mengamalkan perbuatan sedemikian bagi meraih sokongan.

Namun Nik Aziz mengingatkan, sebarang tuduhan mengenai gejala itu perlu dibuat berlandaskan fakta dan wajar tindakan diambil sekiranya gagal dibuktikan.

"Boleh jadi ada sungguh (politik wang). Kalau ada sungguh, saya berasa sangat dukacita. Kita hendak berjuang dalam Pas, sedangkan Pas hanya wadah untuk perjuangkan Islam.

"Macam saya sebut hari itu, bagi duit ambil, bagi gula kacau. Saya setuju benar orang beri ambil tetapi jangan undi orang macam ini. Jangan beri peluang orang begini wujud dalam Pas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Dewan Ulama, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa budaya memberi 'hadiah' mula menular ke dalam parti tersebut menjelang pemilihan parti tidak lama lagi.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta calon yang bertanding pada pemilihan akan datang supaya tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak.

Kongsi Link Anda