Khamis, Julai 25, 2013

Terkini : Blogger Pornografi Alvin dan vivian diikat jamin RM 30k seorang dgn 4 syarat

10 Komen!!!


Pelik...

Pada minggu lalu Hakim  menjelaskan tiada ikat jamin dibenarkan, tetapi kini dibenarkan pula..

Alvin dan Vivian perlu diikat jamin dengan RM 10k bagi setiap tuduhan, ini bermakna mereka mempunyai 3 pertuduhan oleh itu ikat jamin bagi setiap orang sebanyak RM 30k

Selain itu juga mereka diberikan 4 syarat iaitu :
1) Serahkan pasport
2) dilarang upload gambar
3) menggunakan alat komunikasi
4) dan melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap awal bulan..

Tindakan tegas patut dikenakan kepada pasangan ini.. tindakan membenarkan ikat jamin hanya akan menimbulkan rasa kurang puas hati kepada umat Islam.

kalau tidak isu penghinaan terhadap islam akan terus berlaku kerana ketidaktegasan terhadap hukuman yang ditetapkan.

sumber : the star


PRK Kuala Besut, PAS masih salahkan SPR!!

0 Komen!!!


BESUT 25 Julai - Pas akur dengan kekalahannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan mengakui jentera BN lebih baik dan berjaya mengemukakan tawaran yang tidak mampu ditolak rakyat.

Yang Dipertua Pas Kawasan, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, ini membantu

kemenangan BN berbanding agenda Terengganu 16-16 yang dibawa oleh parti itu untuk mencipta sejarah.

Beliau percaya rakyat di kawasan berkenaan yang dahagakan pembangunan memilih BN setelah pelbagai projek dijanjikan akan dilaksana di kawasan itu jika BN menang.

Beliau bagaimanapun turut mengaitkan kekalahan itu dengan mendakwa kononnya turut berpunca daripada konspirasi BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat telah membuat perancangan awal sehingga membolehkan BN mempertahankan kerusi itu.

"Kita sudah jangka dari awal apabila SPR umum tarikh pengundi jatuh hari biasa dan itu menyebabkan pengundi tidak dapat pulang sekali gus menyebabkan kita kurang mendapat undi pada kali ini. Hanya 40 hingga 40 peratus sahaja undi dari pengundi luar diperoleh.

"Kita akui memang tidak dapat tawarkan apa yang BN beri jadi kita harap selepas ini wakil rakyat BN dapat laksanakan janji kerajaan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Markas Pilihan Raya Pas di Kampung Baharu dekat sini malam tadi.

Pada sidang akhbar tersebut Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Husam Musa dan imbalannya, Satipul Bahri Mamat tidak kelihatan.

Pada PRK DUN Kuala Besut yang berlansung semalam, calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menang selepas mendapat 8,288 undi berbanding calon Pas, Endot@Azlan Yusof yang mendapat 5,696 undi.

BN menang dengan majoriti sebanyak sebanyak 2,962 undi sekali gus berjaya mempertahankan DUN Besut. - UTUSAN ONLINE





Kongsi Link Anda