Khamis, Jun 04, 2009

JKKK Pakatan Rakyat terbukti bersalah kerana cuba menipu...

0 Komen!!!



1. Sah...Berlaku salah guna kuasa dan cubaan memalsukan dokumen surat rasmi kerajaan. Lanjutan dari surat yang telah saya dan para peniaga lain terima seperti yang telah saya nyatakan dalam artikel sebelum ini (Klik sini) beberapa wakil peniaga dan wakil pemimpin masyarakat dari kerajaan terdahulu serta JKKP telah bertemu dengan Penolong Pegawai Daerah bagi mendapatkan kepastian berkenaan dengan status surat yang telah kami terima.

2. Seperti yang dijangkakan, pihak Pejabat Daerah mengaku tidak pernah mengeluarkan sebarang hitam putih berkenaan dengan isu pengambil alihan kuasa memungut sewa bulanan. Pihak Pejabat Daerah juga telah mengesahkan wujud kesangsian berkenaan ketulenan surat berkenaan dan mereka menolak sebarang perkaitan dengan pengedaran surat berkenaan.

3. Sehubungan itu, Penolong Pegawai Daerah telah membuat pengesahan rasmi dan menurunkan tandatangannya bahawa surat yang diedarkan oleh pihak JKKK Kerajaan Pakatan Rakyat kepada para peniaga merupakan surat palsu dan wujudnya unsur cubaan menggunakan nama dan mencemarkan nama baik Pejabat Daerah.

4. Pemilik premis hanya menantikan masa yang paling sesuai untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan. Segala bukti-bukti yang boleh mensabitkan dan mengukuhkan sabitan sedang dikumpul sebelum laporan polis dibuat.

5. Pihak peniaga dan pemilik premis yang disewa yang selama ini telah menyelia tadbir semua premis perniagaan dengan baik berasa amat kesal dan kecewa dengan tindakan yang cuba diambil oleh Pihak JKKK Negeri. Pihak JKKK Negeri juga telah bertindak kasar dengan mengugut dan cuba menakut-nakutkan para peniaga untuk mengambil tindakan drastik termasuk merobohkan premis perniagaan jika pihak peniaga engkar membayar sewa kepada mereka.

6. Tindakan mereka ini boleh dikatakan saling tak tumpah seperti tindakan yang dikenakan oleh Along kepada peminjam. Adakah ini ciri-ciri kepimpinan masyarakat yang perlu kita ikuti dan hormati???

Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai -DAP singkirkan PKR

0 Komen!!!
Enam daripada sembilan ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai dari PKR, memboikot majlis angkat sumpah presiden MPSP yang barunya, Mokhtar Mohd Jit pagi ini. Mereka bertindak demikian sebagai membantah pelantikan kakitangan awam memegang jawatan tersebut.

Seperti yang dilaporkan dibeberapa akhbar, tindakan ahli-ahli PKR ini jelas mencerminkan betapa tidak profesionalnya mereka memegang tanggungjawab serta kesetiaan terhadap pimpinan atasan. Ini juga menunjukkan kesepakatan mereka dalam mencapai persetujuan di dalam membuat keputusan tidak pernah sama untuk mencapai kesejahteraan rakyat.

Sering mereka utarakan bahawa pemimpin UMNO/BARISAN NASIONAL adalah terdiri daripada golongan "YES MAN" yang sentiasa akur dan tunduk dengan keputusan pihak atasan apabila membuat keputusan. Rasionalnya berbuat demikian adalah kerana kesepakatan yang telah wujud sekian lama antara parti-parti komponen BN. Jika ada pun sebarang keputusan yang tidak memuaskan hati beberapa pihak, ianya diselesaikan dengan cara yang terbaik dan bukan dengan cara menunjuk perasaan dan memboikot...

Tahniahlah PKR kerana disingkirkan!

Ketua Dewan Ulamak akui PAS punyai musuh dalam selimut!

1 Komen!!!
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamad Daud menyelar tindakan "musuh dalam selimat" yang didakwanya "cuba memperkecilkan dan menidakkan" sumbangan ulama.

"Dengan kecanggihan teknologi sekarang ini, terdapat segolongan kecil penyokong PAS yang cuba memperkecikan, dan yang lebih teruk lagi menidakkan sumbangan ulama dalam memajukan parti kita," katanya ketika merasmikan muktamar Dewan Ulama di Shah Alam hari ini.

Menurut Mohamad, serangan itu dibuat menggunakan pelbagai teknologi canggih terkini seperti di laman blog dan media elektronik bagi "memburukkan peribadi dan menyerang ulama atas nama kebebasan melulu".

Beliau bagaimanapun tidak menamakan dengan pihak yang dimaksudkannya dalam ucapan itu.

Mengulas isu pertembungan ulama dan profesional dalam parti itu,Mohamad menekankan keperluan golongan itu mempelajari pelbagai ilmu bagi terlibat sama dalam perbahasan pelbagai isu semasa dengan lebih aktif.

"Sebagai contoh terdekat, ketika Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan idea kerajaan perpaduan, sepatutnya ulama adalah golongan pertama yang menjalankan kajian dan melihat sejauh mana idea ini tersurat dalam lipatan sejarah.

"(Melihat) sejauh mana pengalaman dalam negara lain di dunia. Sejarah menunjukkan bagaimana presiden kita mempunyai pembacaan, ijtihad politik yang tinggi yang memerlukan sokongan kita," katanya.

Soalnya siapa musuh dalam selimut PAS?

Tun Mahathir - usaha pihak tertentu memperlekehkan perjuangan UMNO

2 Komen!!!


1. Terdapat usaha berterusan untuk memperlekeh perjuangan UMNO dan orang Melayu untuk kemerdekaan.

2. Kononnya orang yang pertama memperjuangkan kemerdekaan ialah Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya. Chin Peng lah yang cuba membebaskan Malaya daripada penjajah British sebelum mana-mana orang Melayu mencuba melakukannya.

3. Perjuangan UMNO adalah kemudian dari itu.

4. Chin Peng bukanlah orang yang pertama yang memberontak melawan British. Sebelum Parti Komunis Malaya (PKM atau MCP - Malayan Communist Party), sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia II. Mereka tidak mendapat sokongan penuh daripada orang Melayu Semenanjung kerana mereka cenderung ke kiri. Dengan itu perjuangan mereka tidak begitu berhasil. Namun terdapat beberapa pertubuhan yang secara tidak langsung mewarisi perjuangan mereka. Malay Nationalist Party atau Party Kebangsaan Melayu, Angkatan Belia Insaf dan Putera adalah di antara pertubuhan yang meneruskan perjuangan KMM. Mereka juga tidak mendapat sokongan daripada majoriti orang Melayu kerana disyaki dipengaruhi oleh Komunis.

5. Selepas KMM barulah datang Chin Peng dan PKM. Chin Peng berjuang untuk mendirikan sebuah Communist Dictatorship di mana dia akan menjadi diktator. Bagi orang yang bukan Komunis, terutama bagi orang Malayu kejayaan Chin Peng bukan akan membawa kemerdekaan tetapi mengganti penjajahan British dengan penjajahan Komunis pimpinan Chin Peng dengan majoriti daripada pemerintahan terdiri daripada kaum Cina. Melayu yang akan ada dalam pemerintahan Komunis ini hanyalah hiasan, seperti juga kita lihat keadaan di Singapura sekarang.

6. Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu lambat laun akan terhapus.

7. Sebab itu Melayu yang sedikit yang mirip ke kiri pun tidak ingin menyertai MCP. Keadaan dalam MCP sepanjang ia mencuba rebut kuasa, mulanya daripada British dan kemudian daripada Kerajaan Campuran Perikatan dan Barisan Nasional, memberi gambaran akan pemerintahan Chin Peng jika ia berjaya. Orang Cina Komunis akan menjadi pemerintah tetapi Komunis Melayu dengan orang Melayu dan India akan diberi peranan yang kecil dan tidak bermakna sama sekali.

8. Inilah sebabnya yang orang Melayu tidak menyertai pemberontakan MCP melawan British, dan tidak anggapnya sebagai perjuangan untuk kemerdekaan Malaya.

9. Dengan kesedaran dan kepercayaan ini maka orang Melayu telah tubuh badan yang tersendiri untuk betul-betul memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British. Badan yang ditubuh ialah UMNO.

10. Orang Melayu tidak percaya yang pemberontakan bersenjata akan berkesan. Ini adalah kerana negara yang akan di warisi jika menang sekalipun sudah tentu akan rosak teruk kerana peperangan. 

11. Pendekatan orang Melayu dan UMNO mengambilkira kemampuan mereka. Mungkin perjuangan UMNO tidak gah seperti perjuangan kemerdekaan bersenjata di negara-negara lain, tetapi kemerdekaan yang dicapai oleh UMNO lebih bermakna kerana Malaysia dapat menegak pendirian sendiri dan mengecam kuasa besar di dunia apabila mereka membuat kesalahan.

12. Sesungguhnya UMNO lah yang perjuangkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapai kemerdekaan yang bermakna. Chin Peng berjuang untuk mendirikan pemerintahan diktator Komunis yang akan menjajah orang Melayu dan kaum-kaum lain juga. 

Sumber : Chedet.com

Pemilihan & Perpecahan dalaman PAS!

1 Komen!!!
Muktamar PAS akan berlangsung 2 hari lagi, dengan Dewan Muslimat PAS dan Pemuda PAS akan bermula esok maka secara rasmi Muktamar Pas sudah bermula. Dengan tema dan semangat "Persediaan PAS untuk menggantikan Umno".

Lidah rasmi PAS menyebut:

"Sesungguhnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sedang berada di tahap paling baik dalam 58 tahun sejarah jatuh-bangun perjuangan politiknya. Natijah dari pelbagai dinamika politik nasional dan hasil kesediaan kepimpinan memposisi kepentingan perjuangan, PAS kini berada sekali lagi di kedudukan penting yang sekaligus menuntut parti Islam ini terus membuat beberapa pilihan strategik."
Begitulah kepentingan Muktamar Pas kali ke-55 ini yang telah berusia lebih separuh abad. Namun begitu pemilihan PAS kali ini berbeza senarionya. Ramai calon yang mahu merebut dari jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Jawatan Kuasa Pusat! Sehingga kali ini timbul pelbagai isu antaranya boleh calon bukan Ulama' menerajui PAS, Calon 'Mee Celup', Tim Erdogan menguasai PAS, bloggers yang Pro-Husam, Survival Ulama dalam PAS, Fatwa untuk 2 tempat utama dalam PAS mestilah Ulama' dan isu ini menimbulkan pelbagai reaksi dan kesan.

Namun yang jelas pda muktamar kali ini ialah pertembungan tokoh-tokoh utama PAS untuk tempat no.2 dalam PAS iaitu kerusi Timbalan Presiden PAS. Pertembungan antara Tim Erdogan dan Ulama iaitu jawatan paling tinggi dipertandingkan di peringkat Pas Pusat ialah Timbalan Presiden dan tiga calon telah menawarkan diri iaitu penyandangnya, Nasharudin Mat Isa, Datuk Husam Musa (Naib Presiden) serta Mohamad Sabu (Naib Presiden).

Dikatakan juga pemilihan ini adalah masa depan PAS. Samaada PAS akan memperkuatkan hubungan dengan Pakatan Rakyat atau BN. Sebagaimana di ketahui Nasharudin lebih dikenali sebagai calon favourite Presiden PAS iaitu Tn Guru Hj Hadi Awang. Manakala Husam pula diakatakan 'protege' Nik Aziz dan anak didik Anwar. Ahli PAS semua mengetahui Nasharudin lebih fovourite kepada Hj Hadi. Lagipun dengan perwarakan lembut dan baik menjadi imej Nasharudin. Dan dikatakn juga Nasharuddin mempunyai 'advantage' kerana Dewan Ulama lebih kepada beliau. Kebiasaannya pandangan Dewan Ulama' menjadi trend pemilihan dalam Muktamar Pas.

Perkara ini semua sebenarnya membangkitkan persaingan yang dahsyat di dalam PAS. Pemilihan yang tidak sihat berunsur fitnah dan menyerang peribai mula timbul di dalam PAS. Terdapat cakap-cakap di dalam PAS, MalaysiaWaves contohnya mengulas :

"Jadinya, kita lihat penyokong-penyokong tegar “kepimpinan ulama” sanggup menggunakan fitnah dan penipuan untuk memenangkan calon mereka? Adakah ini juga bermakna para ulama dalam PAS ini maksum sehingga mereka mempunyai hak untuk menghitamkan serta merosakkan imej PAS dengan fitnah? Jangan lupa bahawa Ketua Dewan Ulama yang sama membuat kenyataan terbuka sebelum ini mahukan Presiden dan Timbalan Presiden PAS.

Di Kelantan semua orang tahu bahwa Ketua Dewan Ulama PAS ini tidak suka malahan membenci salah seorang calon Timbalan Presiden PAS. Ketua Dewan Ulama ini juga yang beriye-iye sangat mahukan Presiden dan Timbalan Presiden mesti dari kalangan ulama."

Terdapat usaha dari Tim Erdogan yang menyerang kumpulan 'Ulama' dalam PAS. Imej Nasarudin Mat Isa dalam PAS dihancurkan dengan kempen-kempen melampau kumpulan ini. Mereka juga menuduh Us Nasa terlibat dalam projek 2010 dan sebagainya.

Tidak pernah dikatakan didalam PAS mengadakan majlis dailog bersama perwakilan oleh calon yang bertanding. Namun kali ini semuanya wujud. MSO dalam ulasannya menyebut :

"Terang bagaikana disuluh bahawa majlis dialog itu adalah majlis untuk berkempen untuk calon timbalan berkenaan. Saya percaya seratus peratus segala jamuan dan perbelanjaan lain dilakukan oleh calon berkenaan. Untuk pengetahuan, majlis seumpama ini tidak pernah berlaku disepanjang 54 kali muktamar sebelum ini. Tidak ada mana-mana calon yang ingin bertanding apa-apa jawatan tiba-tiba pecah liur untuk menganjur majlis dialog seumpama itu.Dialog mengenai apa, mengenai balak?
Inilah yang dikatakan perubahan dan transformasi politik dalam Pas. Budaya dan perangai Umno sudah meresap dan meluas dalam Pas. Makanya, makanya janganlah mengata dulang paku serpih lagi. Sebab diri kita juga sedang giat mempelajari politik wang dan rasuah politik."

Tidak pernah dengar sebelum ini 'politik wang', politik hadiah dan sebagainya namun kali ini semuanya di dengari oleh masyarakat umum. Kenyataan ust. Daud Iraqi 13 Mei 2009 - Malaysiakini:

“ Mohamed bimbang, jika profesional yang memimpin parti itu, mereka hanya mahu mengejar kedudukan semata-mata tanpa mementingkan parti yang berjuang mengikut teras Islam. Bernama juga melaporkan, beliau melahirkan rasa kecewa terdapat unsur-unsur mengejar jawatan secara tidak sihat seperti menghadiahkan baju dan mengadakan majlis makan kepada perwakilan semata-mata mahu dipilih sebagai calon. "

Memanglah dah bagi baju, dah sudah kenyang makan, boleh menanglah calon itu tetapi budaya ini sangatlah tidak sihat dan kita mahu ia dihentikan segera," katanya seperti dilaporkan.”

Jadi jom kita tinjau apa kata Sayuti:

1. Mat Iraq tidak dikenakan apa-apa tindakan. Kalau benar tidak ada rasuah dalam PAS kenapa Mat Iraq tidak dikenakan tindakan disiplin? Apakah PAS memberi amaran kepada Mat Iraq? Kalau amaran kenapa pula tidak disebut ia diberikan amaran? Logik dan adilnya kalau dah buat fitnah, hukum saja jangan taruh dan simpan lagi. Pas tentu arif mengenai bahaya fitnah dan kata-kata Rasulullah mengenai anaknya Fatimah! Apakah PAS juga mengamalkan tindakan double standard macam parti cap keris itu?

2. Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) cuba menyembunyikan isu rasuah atau politik wang di bawah kupiah kerana nak jaga maruah parti. Tentu Hadi tahu apa hukumnya hipokrit dan munafik serta persoalan di Mahsyar kelak. Kalau Hadi juga berbuat begitu bermakna Hadi juga mengamalkan politik tusuk punca dalam kain?

3. Murai cukup benci kalau orang bercakap; berkatalah yang benar walaupun pahit, tetapi bila kena gilirannya sendiri yang pahit tidak mahu dikatakan dan hanya suka mengatakan yang manis-manis sahaja. Keputusan yang Pas ambil berhubung dengan rasuah itu menjelaskan bagaimana wibawa para ulama dalam PAS itu sendiri!Sebenarnya bagi PAS, memang dia pandai menutup kelemahan parti dan pemimpinnya.PAS berbeza dengan UMNO bukan dalam konteks Islamnya tetapi cara pemimpin utama PAS menutup dosa dan kelemahan pemimpinnya.

Kita memahami bahawa dikatakan undi Husam menurun ekoran Undi Erdogan terpecah dua iaitu antara Mat Sabu dan Husam. Sebagimana yang disebut oleh MalaysiaKini :

"Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din menarik diri daripada perebutan kerusi timbalan presiden hari ini tetapi keputusan itu belum tentu membuka peluang Datuk Husam Musa memenanginya.

Sebagai tokoh agama popular, Dr Haron dilihat berpotensi memecahkan undi kumpulan pro-muqabalah yang sealiran dengan penyandangnya Nasharuddin Mat Isa, sekaligus memberikan kelebihan kepada naib presiden PAS itu. Undi aliran bukan pro-muqabalah di belakang Husam mungkin berpecah dua jika seorang lagi naib presiden Mohamad Sabu enggan menarik diri daripada persaingan sengit tersebut."
Oleh itu Husam mestilah meningkatkan kempen beliau dan menyerang peribadi calon lawan bersama dengan jentera kempen beliau. Begitulah budaya baru pemilihan dalam PAS, namun yang paling penting ialah ianya menunjukkan PAS berpecah secara hakiki dari dalam. Tuduh menuduh sudah berlaku, menyerang secara peribadi calon pun sudah berlaku. Inilah budaya yang dibawa Anwar ketika di dalam UMNO yang kini pula dibawa Husam di dalam PAS. PAS tidak dapat menyembunyikan lagi perpecahan dalaman mereka.

Kongsi Link Anda