Popular Today

Rabu, November 05, 2008

KELUAR DEWAN - PEMBANGKANG TAK RETI BAHASA

4 Komen!!!
Gambar : The Star

Berbanding 5 jam perbahasan ekonomi oleh Anwar Ibrahim (DSAI) pada sesi Dewan Rakyat yang lalu, kini hanya sejam yang diambil oleh DS Najib (DSN), namun pembangkang tidak tahu hendak bersabar dalam tempoh sejam berbanding 5 jam yang telah diberikan kepada DSAI.

Alasannya mereka mahu DSN menjawab soalan yang mereka timbulkan. "Ini kerana Najib tidak berani berhadapan dengan fakta dan cabaran yang berada di hadapan beliau. Beliau tidak berani berani bertanggungjawab dan lebih bersedia. Bagi saya tidak bersedia dengan fakta-fakta yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat selama ini," kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa. Dari segi lojik tempoh sejam sudah tentu tidak mencukupi untuk mejawab perbahasan yang ditimbulkan DSAI selama 5 jam apatah lagi kalau diganggu dengan pelbagai soalan. Jika pembangkang tidak reti mendengar kenapa pula perlu untuk menjawab persoalan mereka.

Apa yang dibuat pembangkang untuk keluar dewan hanya bersifat politik dan mahu menutup kelemahannya sahaja. Katanya, bajet alternatif tersebut bersifat meguncup kerana ia menggesa kerajaan supaya mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM24 juta. "Ini adalah satu cadangan yang akan membawa ke lembah kehancuran ekonomi sebagaimana yang pernah dicadangkan pada tahun 1997 oleh menteri kewangan ketika itu (Anwar)," katanya.

Jika dilihat dari segi pendekatan DSN dan Pak Lah agak berbeza, jika Pak Lah dahulu tidak mahu menghentam pembangkang, tetapi berbeza dengan DSN yang berani mengkritik pembangkang secara terbuka .



ULASAN PENGANALISIS EKONOMI

Ahli Ekonomi Kanan Bank Islam Malaysia Bhd, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata walaupun kerajaan menyediakan persekitaran pelaburan yang kondusif, Malaysia tetap terdedah kepada faktor luaran yang akan mempengaruhi kemasukan pelaburan langsung asing (FDI).

"Justeru, penubuhan dana pelaburan swasta berjumlah RM1.5 bilion (satu langkah diumumkan kerajaan) yang akan digunakan sebagai geran, pinjaman mudah atau modal ekuiti kepada pelabur dalam subsektor tertentu sedikit sebanyak mampu mengimbangi kesan daripada kemungkinan pelabur asing meminggirkan Malaysia," katanya.

Felo Utama, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Muhammad Salleh Majid pula berkata, langkah yang diumumkan itu adalah menyeluruh dan memberikan manfaat, terutama kepada syarikat dalam bidang pembinaan.

"Setiap sektor menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Kemerosotan mana-mana sektor sudah tentu akan mengheret ke bawah pertumbuhan ekonomi kita," katanya.

Beliau yang juga adalah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia Bhd) turut menegaskan ada kewajaran bagi kerajaan menyemak semula pertumbuhan ekonomi negara kepada 3.5 peratus bagi 2009 berikutan penyusutan pendapatan syarikat akibat penurunan harga eksport komoditi utama negara.

"Perdagangan begitu penting kepada negara kita. Jika rakan dagangan kita mengalami kemelesetan ekonomi, permintaan untuk barang kita akan menurun.

"Walaupun kita mengurangkan kebergantungan eksport ke Amerika Syarikat (AS), negara rakan dagangan kita yang lain yang berdagang dengan AS, negara Eropah dan Jepun juga akan mengalami penurunan pertumbuhan ekonomi.

"Ini bermakna permintaan barangan eksport kita juga akan berkurangan," katanya sambil menambah China masih tidak mampu menandingi AS sebagai rakan dagangan dunia kerana ia hanya menyumbang sebanyak lima peratus kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia berbanding AS sebanyak 28 peratus.

Ahli Ekonomi ECM Libra Investment Bank, Dr Lai Mun Chow, berkata langkah tambahan itu tepat masanya untuk menyederhanakan sebarang potensi kelembapan ekonomi dunia.

Katanya, Malaysia perlu memberikan tumpuan kepada sektor perkhidmatan bagi menyeimbangkan kesan kelembapan di AS yang akan memburukkan tinjauan eksport Asia dan meningkatkan pendapatan.



Pakej merangsang pertumbuhan ekonomi


Kerajaan hari ini mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion dalam usaha mengukuhkan lagi daya tahan negara dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar.

Antara intipati pakej tersebut ialah seperti berikut:

Caruman KWSP
Kerajaan akan membenarkan pekerja untuk mengurangkan potongan caruman pekerja KWSP secara sukarela sebanyak 3 peratus selama dua tahun mulai 1 Januari 2009.

Pinjaman kenderaan
Bagi gred JUSA, had kelayakan pinjaman kereta dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM70,000.
Bagi gred 41 hingga 54, had kelayakan dinaikkan daripada RM55,000 kepada RM65,000.
Bagi kumpulan sokongan, had kelayakan dinaikkan daripada RM45,000 kepada RM55,000.

Pendidikan/Latihan
RM200 juta untuk pendidikan awal kanak-kanak di peringkat umur satu hingga enam tahun.
RM200 juta kepada empat kumpulan sekolah iaitu RM50 juta untuk sekolah agama bantuan kerajaan, RM50 juta untuk “mission school”, RM50 juta untuk SJK Cina dan RM50 juta untuk SJK Tamil.
Sebanyak RM200 juta bagi membiayai program daripada institusi latihan swasta dan pesertanya terdiri daripada golongan belia dan beliawanis daripada semua kaum.

Jalan/Pengangkutan
RM500 juta untuk membina, menaik taraf jalan di luar bandar, jalan kampung dan jalan pertanian termasuk di Sabah dan Sarawak.
RM500 juta bagi menyelenggara dan memantapkan lagi sistem pengangkutan awam khususnya sistem LRT, Komuter dan sistem bas di bandar utama.

Peniaga kecil
Untuk membantu usahawan yang menjalankan perniagaan kecil, Bank Negara Malaysia akan menyediakan pinjaman mudah sebanyak RM200 juta bagi melaksanakan skim mikro kredit.

Kongsi Link Anda