Popular Today

Selasa, Ogos 19, 2008

Nik Aziz kempen - bukti sokongan kepada Anwar kritikal

0 Komen!!!
Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan 'top gun' dari PAS dan DAP...

Nampaknya nama 'Anwar Ibrahim' sendiri tidak lagi digeruni dan memberi keyakinan pengundi Permatang Pauh untuk mengundi beliau sehingga terpaksa memanggil pemain import lain seperti Nik Aziz, Lim Kit Siang. Sebab itu beliau terpaksa mengadakan Pilihanraya Kecil di kubunya sendiri bukan di tempat lain.

Banyak maklumbalas yang diterima disini menyatakan, kehadiran tokoh seperti Nik Aziz membuktikan sokongan pengundi Permatang Pauh terhadap Anwar semakin lemah sehingga terpaksa menggunakan tokoh PAS tersebut.


Selain itu juga, Anwar semakin terdesak apabila terpaksa mendapatkan bantuan rakannya dari Indonesia dan Filipina. Kini Anwar terpaksa memanggil sekutunya Abddurrahman Wahid yang juga bekas Presiden Indonesia dan pemimpin berpengaruh bagi kumpulan Islam Nahdlatul Ulama hari ini hadir ke Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan beliau kepada Anwar.

Ini berikutan suara-suara dari penyokong PAS sendiri yang mula meragui terhadap Anwar seperti Hj Hadi lebih layak menjdi Perdana Menteri, suara pemuda PAS yang tidak mahu terlalu mengagungkan Anwar dan ketokohan Calon BN yang mampu untuk bertutur dalam bahasa Cina..

Selain isu-isu peribadi seperti kes liwat dan sebagainya yang menghimpit dan mencalar imej Anwar Ibrahim.. selain keengganan beliau untuk turut bersumpah menimbulkan pelbagai khabar angin dan spekulasi khasnya di kalangan penyokong Anwar itu sendiri. Walaupun dibibir mereka mengatakan tidak, tetapi di hati kecil mereka terpasang perasaan ragu dan timbul pelbagai persoalan khasnya apakah Anwar tidak mahu membersihkan nama dengan sumpah laknat?

Ini boleh dilihat bagaimana air muka yang tidak ceria, pucat Anwar Ibrahim ketika sesi penamaan calon bebarapa hari yang lalu.

Imej Anwar Ibrahim tidak lagi sehebat masa lalu... Namanya tidak lagi digeruni, kini beliau semakin ditelan masa....

Adakah pengundi masih akan bersama Anwar...

Anwar sudah tidak relevan untuk pengundi Permatang Pauh!....



Kongsi Link Anda