Popular Today

Rabu, April 23, 2008

Parti Rakyat bantah Pakatan Rakyat

0 Komen!!!
Apr 23, 08 4:29pm
Parti Rakyat Malaysia (PRM) membantah usaha beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang sedang menggerakkan kempen lompat parti wakil-wakil BN seperti diuar-uarkan, khususnya oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambil menyifatkan usaha sedemikian "tidak sah dan tidak beretika", presiden PRM Hassan Abdul Karim menggesa keputusan pilihanraya umum lalu harus dihormati semua pihak.

"PRM berpendapat kerajaan BN perlu diberi peluang untuk mentadbir kerajaan pusat bagi lima tahun lagi dengan aman dan tanpa diganggu-gugat secara yang tidak demokratik," katanya.

"Begitu juga PRM menyeru BN tidak mengganggu-gugat lima buah kerajaan di peringkat negeri yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat."

Hassan berkata partinya percaya kacau-bilau dan huru-hara boleh terjadi jika kerajaan BN yang sah sekarang pilihan rakyat melalui pilihanraya ditumbangkan dengan cara yang tidak demokratik akibat amalan politik berpaling tadah dan lompat-melompat.

"Rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah kerajaan yang ditadbir oleh parti politik yang berprinsip yang benar-benar mendapat mandat..., bukannya sebuah kerajaan yang ditubuhkan secara pintas dan segera dengan melakukan tindakan seolah rampasan kuasa dari pintu belakang," tambahnya dalam satu kenyataan.

"PRM amat yakin amalan politik lompat-melompat untuk cepat berkuasa bukan sahaja bercanggah dengan amalan demokrasi tetapi ia juga menggalakkan amalan korupsi dalam politik dan pada akhirnya ia akan membunuh amalan demokrasi yang baru hendak hidup dan berkembang di negara ini."

MPF: Mr Karpal-si Dinosaur Celupar

2 Komen!!!
Apr 23, 08 3:11pm (Malaysia Kini)

Malang jika seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat begitu mudah terpengaruh dengan laporan akhbar arus perdana sehingga melatah menggesa PAS menggugurkan agenda negara Islam, kata Forum Profesional Muslim (MPF).

"Pemimpin de facto Pakatan Rakyat dan majlis perundingan Pakatan mesti mengekang dinosaur yang sering pula 'celupar' dan pendek akal sehingga gagal membezakan fakta dan cereka," kata pengerusi badan itu Dr. Mazeni Alwi.



Beliau mengulas gesaan pengerusi DAP Karpal Singh semalam agar PAS menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam.

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, janggal bagi parti itu untuk meneruskan agendanya tersebut dan pada masa yang bekerjasama dengan dua parti lain dalam Pakatan, PKR dan DAP.

"Walaupun PAS memberi tumpuan kepada agenda Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan dan memulihkan demokrasi dan urus tadbir yang baik, tetapi ia tetap dengan agendanya untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

"Kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad, pastinya tidak membantu menjayakan perjuangan Pakatan rakyat," kata Karpal lagi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr. Mazeni berkata sesiapa yang mengikuti perkembangan politik Malaysia kini mengenali Dr Dzulkifly sebagai seorang tokoh PAS yang menjunjung politik Islam yang serasi dengan prinsip-prinsip asas demokrasi, tadbir urus yang baik dan menghormati kebebasan asas.

Karpal mengulas laporan kenyataan pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu sewaktu mendiskusikan buku Dr Abdelwahab Al-Affendi, Who Needs an Islamic State hujung minggu lalu anjuran MPF.

Dalam diskusi itu, tambah Dr Mazeni lagi, Dr Dzulkifly berkata "kalaulah saya pengarang buku ini."

Karya penulis Sudan itu membahaskan konsep politik Islam yang berbeza daripada negara teokratik yang ditakuti Karpal, kata Dr Mazeni, kepada politik Islam yang menghargai nilai-nilai yang sejajar dengan demokrasi.

"Beliau (Dr Dzulkifly) sebenarnya memainkan peranan penting mencipta semula (imej) PAS dan menyediakan manifesto (negara kebajikan) dalam pilihanraya umum ke-12 yang jelas sekali mendukung semangat politik seumpama itu," tambahnya.

--------------------------------------------------------------------------------

Nampaknya PAS dah mula membalas hujah Mr Karpal-si Dinosaur Celupar, sebenarnya memang jelas bahawa DAP umpama utara dan selatan, tidak mungkin akan bersatu dari segi idealoginya. DAP dengan negara sekularnya dan pas dengan negara Islamnya.

Persoalannya sejauh mana, khawin kontrak mereka berterusan dan hidup dengan bertikam lidah. Bila agaknya nak minta fasakh?... atau nak istihar nusyuz sahaja...

Jadi sekarang kita nak dengar sendiri dari mulut orang No 1 PAS, Tuan Presiden... Penyokong PAS dan rakyat pun sedang menunggu pendirian PAS... ada berani ke?

Pemimpin perlu faham erti sebenar akar umbi

0 Komen!!!
Oleh Dr Rusinah Siron (Berita Harian)

DI sana sini kita mendengar perkataan 'akar umbi'. Ketika pihak media melaporkan kenyataan ahli politik mengenai konflik dan krisis dalam parti antara perkataan yang disebut ialah 'akar umbi'. Ucapan pemimpin juga berfokus kepada politik akar umbi, malah masyarakat juga tidak lagi ragu-ragu bercakap mengenainya.

Apa sebenarnya maksud 'akar umbi' itu? Jika kita menghayati perkataan itu, ia sebenarnya mempunyai maksud yang jelas berhubung aliran penerimaan dan pemikiran dari peringkat bawah ke peringkat atas. Akar yang mengukuhkan struktur pokok dan akar jugalah yang menjadi tunjang utama kekukuhan pokok itu tegak berdiri dan sukar ditumbangkan angin dan ribut yang melanda kawasan di mana pokok itu berdiri.

Begitulah juga dengan politik akar umbi yang menjadi sumber kekukuhan utama sesebuah parti politik yang pasti kekal dan teguh jika mendapat sokongan ahli di peringkat bawah sehinggalah menjalar kekukuhan itu ke peringkat atas.

Marilah kita hayati teras perkataan 'akar umbi' itu secara rasional dan profesional satu persatu;

A - Aspirasi: Setiap parti politik mempunyai aspirasi yang menjadi nadi penggerak ke arah hala tuju parti. Aspirasi parti perlulah mendapat sokongan setiap ahli parti pada pelbagai peringkat bahagian dan cawangan agar setiap aktiviti dan program yang dijalankan menepati teras aspirasi parti.

K - Kepemimpinan: Pemilihan pemimpin pada pelbagai peringkat dalam parti perlulah diterima, diyakini dengan tidak berbelah bagi oleh setiap ahli di peringkat bahagian dan cawangan. Pemimpin yang tidak diterima oleh bahagian boleh menggugat kekukuhan parti politik itu. Pemimpin pula perlulah sedar bahawa kedudukan mereka dalam parti hanya akan kukuh dan teguh jika diterima dan diyakini setiap ahli pada pelbagai peringkat dalam parti itu.

A - Amanah: Bukan mudah menjadi pemimpin dalam parti kerana akar dan tunjang kepercayaan ahli kepada pemimpin mereka adalah sikap amanah dan jujur dalam menjalankan tugas. Sekali pemimpin memecahkan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka, sukar bagi ahli pada peringkat bahagian dan cawangan untuk menerima dan mempercayai pemimpin itu lagi.

R - Reputasi: Pemimpin yang mahu diterima, dihormati dan diyakini ahli pada peringkat bahagian dan cawangan perlulah membina reputasi yang cemerlang dalam parti. Ini dapat dilakukan dengan kerja keras secara positif untuk mempertingkatkan reputasi diri dalam parti dan bukan bergoyang kaki dan hanya sibuk memuji pemimpin lain dengan harapan dapat menumpang kem pemimpin yang dijangkakan mendapat sokongan bahagian dan cawangan. Pemimpin yang tidak mempunyai reputasi diri sukar diterima ahli parti.

U - Usaha: Setiap ahli parti perlulah sehati sejiwa dan seiya sekata dalam memperjuangkan maruah dan masa depan parti. Ahli pada setiap peringkat bahagian dan cawangan perlu meletakkan usaha berterusan untuk menjamin kejayaan parti. Setiap usaha itu hanya akan berjaya jika ahli dan pemimpin bersama-sama berganding bahu memikul tanggung jawab untuk kejayaan parti.

M - Misi: Setiap parti politik mempunyai misi dan visi yang perlu direalisasikan. Usaha merealisasikan misi dapat dilakukan dengan melaksanakan sistem, strategi dan struktur parti dengan berkesan dan sikap ahli yang positif untuk melihat parti mereka berjaya dengan mengenepikan perasaan hasad dengki dengan ahli yang menampakkan potensi untuk maju. Misi parti perlulah diterima ahli di pelbagai peringkat parti.

B - Berjuang: Perjuangan ahli parti dari peringkat bawah dengan keringat dan kesungguhan akan menjadikan sesebuah parti itu gah berdiri di persada politik negara. Setiap ahli dan pemimpin parti perlu berjuang dengan penuh keikhlasan dan ketelusan untuk mengukuhkan kembali parti yang ada kalanya terumbang ambing dipukul badai. Perjuangan parti perlulah menjadi teras perpaduan ahli parti.

I - Inovasi: Parti politik yang mahu kekal maju perlulah berterusan melakukan daya cipta inovasi dalam parti. Ahli parti yang muda perlu dihargai kerana mereka mempunyai idea kreatif dan mampu membawa perubahan minda yang positif kepada parti.

Parti yang mengekalkan pemikiran konservatif dan tidak mahu berubah akan sukar diterima oleh generasi muda yang mahukan sesuatu suasana politik segar, kreatif dan inovatif mengikut kepada perubahan masa depan.

Oleh itu, bagi pemimpin yang mahu terus diterima, dihormati dan diyakini ahli parti di setiap bahagian dan cawangan perlulah menghayati dengan jelas dan spesifik maksud 'akar umbi' dan bukan hanya menyebut secara lisan tetapi menghayati dengan penuh keyakinan dan keikhlasan sokongan dan kepercayaan dari peringkat akar umbi dengan fokus yang sebenar.

Ini penting kerana kejayaan pemimpin parti banyak ditentukan oleh penerimaan daripada politik akar umbi.

Prof Madya Dr Rusinah Siron ialah Pensyarah Utama Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Tenaga Nasional (Uniten)

Kerajaan Batal Rancangan Projek Kereta Api Laju, Kata Ketua UPE

0 Komen!!!
Oleh Tengku Noor Shamsiah

PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) -- Faktor kos merupakan alasan utama kerajaan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura yang dicadangkan oleh YTL Corp Bhd.

"Surat mengenai keputusan itu telah dihantar kepada pihak-pihak seperti YTL dan agensi berkaitan, pada awal April," kata Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (UPE), Datuk Seri Dr Sulaiman Mahbob kepada Bernama di sini hari Selasa.

Beliau berkata kerajaan perlu menanggung kos yang tinggi berdasarkan model kewangan yang diserahkan oleh YTL.

"Berdasarkan model kewangan yang dikemukakan oleh YTL, kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan projek kereta api laju itu," katanya, tanpa menjelaskan amaun yang perlu ditanggung kerajaan.

YTL mencadangkan projek bernilai RM8 bilion, yang mempercepatkan perjalanan antara kedua-dua ibu negara itu yang bakal mengambil masa 90 minit berbanding tujuh setengah jam sekarang.

Laporan sebelumnya menyatakan kerajaan telah membenarkan YTL melaksanakan kajian daya maju dan syarikat kemudiannya menyatakan bahawa projek itu boleh dilaksanakan.

Perancangan pelaksanaan kereta api laju antara kedua-dua bandar raya, yang menjangkau jarak kira-kira 300km, dicadangkan pada lewat 1990-an, dan menarik minat yang kukuh tahun lepas selepas kerajaan mengundang syarikat-syarikat untuk memberi idea tentang projek menerusi pembiayaan swasta itu.

-- BERNAMA

------------------------------------------------------------------------------

Eloklah dibatalkan, banyak perkara lagi yang perlu dibuat kerajaan untuk memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Inilah yang dikatakan keputusan bijak dan segera. Rakyat tidak mahu sesuatu isu berpanjangan tanpa keputusan dan setiap keputusan perlu diambil kira kesannya terhadap bebanan rakyat.

Vietnam To Temporary Ban Pig Transport To Prevent Disease Spread

0 Komen!!!
HANOI, April 23 (Bernama) -- Vietnam is considering the possibility of placing a temporary ban on North-South transport of pigs and on pig trade via border gates with foreign countries, in a move to prevent the spread of Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome (PRRS), or known as "blue ear" disease.

On April 22, over 7,100 pigs in Vietnam's central and northern regions were found being infected with PRRS.

Now, a total of 10 provinces -- Ha Tinh, Quang Nam, Thanh Hoa, Nghe An, Lam Dong, Thua Thien Hue, Thai Binh, Thai Nguyen, Nam Dinh and Ninh Binh -- are being hit by the disease, China's XINHUA news agency quoted a local daily as saying here on Wednesday.




Only quarantined live pigs from non-PRRS provinces could be exported, local newspaper Vietnam News on Wednesday quoted Vietnamese deputy minister of Agriculture and Rural Development Bui Ba Bong as saying.

PRRS was first recognized in the United States in the mid-1980s and is now present in most pig producing countries. The symptoms include reproductive failure, pneumonia and increased susceptibility to secondary bacterial infection.

-- BERNAMA

Maruah Melayu bukan pada keris

0 Komen!!!
Maruah Melayu bukan pada keris

Maruah orang Melayu bukan terletak kepada keris tetapi hanya akan terbela jika orang Melayu berjaya dalam pelbagai bidang strategik dan mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain baik di dalam mahupun luar negara, demikian ditegaskan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Sehubungan itu katanya, tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memohon maaf berhubung kontroversi isu menghunus keris Panca Warisan tidak akan menjejaskan maruah orang-orang Melayu.

"Saya harap, isu ini tidak berbangkit lagilah, Datuk Seri Hishammuddin telah buat sesuatu yang sangat prihatin dan mulia, maknanya dia sanggup meminta minta maaf walaupun ada pihak mengatakan memang bukan niat dia hendak isytihar perang ataupun disabitkan sebarang tindakan yang bersifat perkauman," katanya.

Najib berkata demikian kepada para pemberita hari Sabtu ketika diminta mengulas permohonan maaf yang dibuat oleh Hishamuddin semalam berhubung dengan isu menghunus keris Panca Warisan pada Persidangan Agung Pemuda UMNO Malaysia.

Tindakan Hishamuddin menghunus dan mencium keris pada perhimpunan agung Umno sebelum ini dikatakan turut menjadi punca prestasi buruk Barisan Nasional pada pilihan raya umum lepas.

Menurut Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri, keris adalah siombol dan dalam masyarakat Melayu ia amat berkait rapat dengan budaya tetapi dijadikan isu oleh pihak-pihak tertentu.

“Keris ini satu senjata dalam konteks kebudayaan kita (Melayu), tidak lebih daripada itu... tapi ada pihak yang mainkan isu ini. Jadi langkah yang dibuat Datuk Seri Hishammuddin ini (memohon maaf) saya harap akan diterima sebagai sesuatu yang positif, ikhlas dan mulia, supaya isu ini tidak berbangkit lagi.

"Sebenarnya maruah orang Melayu tidak bersangkut pada soal keris, maruah orang Melayu hanya akan terbela kalau sekiranya orang Melayu berjaya dalam pelbagai bidang, politik, penguasaan ilmu, ekonomi dan sosial, segala-galanya mesti memperlihatkan kemajuan orang Melayu pada tahap kecemerlangan.

"Kita boleh bersaing bukan sahaja di persada negara tapi antarabangsa, pada masa itu orang Melayu akan dilihat sebagai bangsa berjaya. Jadi keris ini semata-mata soal simbol sahaja, tidak dikaitkan dengan soal kecemerlangan, kecemerlangan dalam realiti dunia ini bergantung kepada kejayaan kita dalam bidang strategik," ulasnya panjang lebar.


Sementara itu kata Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat Hishammuddin sepatutnya tidak perlu meminta maaf berhubung tindakannya menghunus keris Panca Warisan.


Bercakap kepada para wartawan di Muar Sabtu beliau berkata ini kerana kerana tindakan beliau ketika itu adalah untuk memperjuangkan bangsa dan mempertahankan negara.

"Niat Datuk Seri Hishammuddin amat baik iaitu untuk berjuang demi bangsa dan negara dan saya faham ia bukan mahu menakut-nakutkan orang bukan Melayu. Tetapi pembangkang memutar-belitkan kenyataan itu untuk tujuan tertentu.

"Pada saya, tak perlu bagi Datuk Hishammuddin meminta maaf," katanya.


Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh berkata bagaimanapun perkara itu terserah kepada Hishammuddin sendiri, dan menurutnya beliau menganggap isu berkenaan sudah berlalu, dan berharap ia tidak diungkit-ungkit lagi selepas ini. – 26/4/2008

------------------------------------------------





Keris: Hishamuddin akui silap


Isu menjulang keris Panca Warisan oleh Pemuda UMNO yang dikatakan menjadi salah satu faktor kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang lalu, menyaksikan Ketua Pemuda BN, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein secara terbuka memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Kepada orang Melayu, Hishamuddin memohon maaf kerana tidak dapat mempertahankan keris Panca Warisan sebagai simbol ketuanan Melayu dan kepada bukan Melayu pula beliau memohon maaf kerana isu keris berkenaan telah disalah erti sehingga menimbulkan ketakutan kepada mereka.

“Secara ikhlas banyak perkara yang boleh menjadi sebahagian dariapda punca kemerosotoan kita dalam beberapa negeri. Termasuk juga soal keris Panca Warisan ia telah dibincang secara telus.

“Saya beritahu kepada mereka saya sendiri akan bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan dan sekiranya ia menjejaskan prestasi kita saya tidak boleh lari daripada realiti dan kalau itu boleh menjejaksan sesiapa saya mintaa maaf kepada kaum bukan Melayu dan kepada orang Melayu juga.

“Kepada bukan Melayu kerana mereka merasakan takut dengan sesuatu simbol yang itu bukan niat saya. Orang Melayu saya minta maaf kerana tidak dapat pertahan simbol warisan kita yang sebenarnya nilainya tidak seperti apa yang digembar-gemburkan tetapi kalau realitinya seperti itu saya bukan seorang yang angkuh yang tidak boleh terima hakikat itu dan ini merupakan pengajaran sedih tetapi kalau politik hari ini sebegitu rupa kita sebagai pemimpin mestilah mempunyai jiwa besar,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di bangunan PWTC Kuala Lumpur petang Jumaat selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN.



Mesyuarat berkenaan adalah yang pertamanya diadakan oleh Pemuda BN selepas pilihan raya umum ke-12 yang lalu.

Prestasi buruk BN pada pilihan raya umum lalu turut dikaitkan dengan isu keris Panca Warisan yang secara tradisinya diarak dan dijulang oleh Ketua Pemuda UMNO semasa perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia.

Menurut Hishamuddin, isu keris Panca Warisan itu telah digembar gemburkan menjadi politik persepsi dan sebarang usaha untuk menjelaskan perkara berkenaan tidak membaa makna apa-apa.

“Ia digembar- gemburkan oleh politik persepsi. Saya nak terang macam mana pun kalau itu merupakan persepsi yang diwujudkan saya rasa ia tidak akan membawa manfaat kepada perjuangan kita,” ujarnya.

Menjawab satu soalan, beliau menjelaskan, bagi dirinya dan Pemuda keris memang mempunyai makna yang besar dalam perjuangan orang Melayu.

Namun jelasnya, jika sesuatu yang diperjuangkan itu jelas ditolak, ia tidak akan membawa erti apa-apa.

“Bagi saya dan Pemuda keris memang ada maknanya tetapi kalau kita nak perjuangkan sesuatu di mana ditolak oleh kadang-kadang oleh pemimpin UMNO itu sendiri … ia digembar- gemburkan oleh politik persepsi. Saya nak terang macam mana pun kalau itu merupakan persepsi yang diwujudkan saya rasa ia tidak akan membawa manfaat kepada perjuangan kita,” ujar beliau.

Ditanya adakah ini bermakna Pemuda UMNO tidak akan lagi menjulang keris Panca Warisan pada Perhimpunan Agungnnya Disember ini, Hishamuddin menjelaskan, mesyuarat harin ini bukanlah platform untuk membincangkan mengenai perkara berkenaan.

Hishamuddin juga mengulangi bertanggungjawab sebagai Ketua Pemuda terhadap isu berkenaan dan jika diberi pilihan antara kepentingan atau parti, beliau akan mengutamakan kepentingan parti yang perlu dipertahankan. – 25/4/2008



laporan ( agendadaily)

Isu keris juga faktor kekalahan BN

0 Komen!!!
Muda Mohd Noor | Apr 23, 08 10:35am

Pemimpin MCA dan Gerakan hari ini mengakui isu ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menghunus dan mengucup keris menjadi salah satu faktor penyumbang kepada kekalahan teruk BN dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Pengerusi MCA Petaling Jaya Utara, Datuk Dr Wong Sai Hon berkata, orang bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India takut dengan tindakan tersebut.

"Orang Cina bertanya kalau Hisham boleh mencium keris, kenapa orang Cina dan India tidak boleh mencium keris (senjata tradisional) mereka.

"Badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur dan Selangor marah dengan tindakan mencium keris itu," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Hishammuddin tentang isu tersebut.

Ketika mengulas kenyataan naib ketua pergerakan itu, Hishammuddin berkata keris tidak mempunyai kaitan dengan sentimen perkauman.

"Perkara ini dibangkitkan hanya bertujuan menakut-nakutkan pihak tertentu tambahan kita berada dalam negara majmuk dan untuk mempengaruhi adalah perkara biasa,'' beliau dilaporkan berkata hujung minggu lalu.

Beliau juga dilaporkan berkata "tak mungkin naib ketua saya boleh menyatakan sedemikian kerana dia sentiasa ada bersama-sama dengan saya."

Khairy Jamaluddin Abu Bakar beberapa hari sebelumnya mengakui bahawa isu keris menjadi satu daripada beberapa punca kemerosotan sokongan BN dalam pilihanraya ke-12.

Beliau bagaimanapun menolak tanggapan bahawa isu keris menjadi punca utama pengundi, khususnya bukan Melayu, meninggalkan calon BN.

"Kita perlu mengkaji dan berfikir untuk melihat isu keris ini secara terbuka," kata Khairy, yang juga ahli parlimen Rembau, di majlis permukiman wakil rakyat BN Jumaat lalu.

Dr Wong juga menegaskan BN mengalami kekalahan akibat banyak faktor. Selain isu menghunus keris, faktor lain termasuklah isu ketuk ketampi seorang perempuan Melayu dalam lokap polis.

Naib presiden Gerakan, Datuk Dr S Vijayaratnam juga bersetuju isu keris sebagai salah satu faktor kekalahan BN dalam pilihanraya umum lalu.

Beliau bagaimanapun, berkata, ada beberapa lagi isu yang turut menyebabkan kekalahan parti tersebut.

"Isu keris itu hanya salah satu sebab, tetapi ada lagi sebab-sebab lain," katanya.

laporan ( Malaysia Kini)

Harga minyak rekod baru AS$118.05 setong

0 Komen!!!
KUALA LUMPUR 22 April - Harga minyak mentah dunia mencatat rekod baru hari ini pada kadar AS$118.05 (RM369.5) setong hari ini berbanding AS$117.56 setong (RM368) semalam.

Kenaikan itu didorong oleh kelemahan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).

Ketua Penganalisis MIMB Investmet Bank, Pong Teng Siew berkata, peningkatan tersebut berpunca daripada kemungkinan kekurangan inventori gasolin di AS akibat permintaan yang tinggi bagi bahan bakar itu.

''Jabatan Tenaga di AS mengesahkan bahawa pengeluaran gasolin dari loji penapisan telah berkurangan sebanyak 2.5 juta setong berbanding pada minggu lepas," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurut Teng Siew, faktor lain yang mengundang kepada pembekalan tergendala ke AS ialah masalah dalaman di Nigeria dan Scotland.

''Sekumpulan pemberontak di Nigeria telah melakukan sabotaj ke atas saluran paip minyak di negara itu, manakala pekerja loji penapisan di Scotland mengadakan mogok hari ini," jelas beliau.

Selain itu, katanya, kenaikan tersebut juga berpunca daripada permintaan minyak yang tinggi dari negara China, pengguna tenaga kedua terbesar di dunia, pada bulan lalu.

Permintaan minyak dari republik itu telah meningkat sejak tahun lalu dan melonjak sebanyak lapan peratus pada Mac lepas, kadar tertinggi dalam tempoh 19 bulan berikutan langkah China meningkatkan import komoditi itu menjelang Sukan Olimpik.

Karpal tells PAS to drop Islamic state policy

0 Komen!!!
Artikel 1

Apr 22, 08 8:37pm


In another fissure to the tenuous Pakatan Rakyat coalition, DAP leader Karpal Singh has called on PAS to ditch its Islamic state policy from the party’s platform.

Ini adalah laporan dari ( Malaysia Kini ). Sebagaimana artikel saya terdahulu, Lim Kit Siang telah jelas menyatakan Pakatan Rakyat tidak bercadang untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam tetapi lebih menjadikan Malaysia sebuah negara sekular. Dan hari ini, Karpal Singh mengingatkan PAS supaya membuang polisi Negara Islam.

Jadi macam mana Penyokong PAS, PAS menang di johor kerana bantuan orang bukan Melayu yang sokong DAP bukan kerana calon itu dari PAS. PAS mungkin bimbang jika mereka keluar dari pakatan Pembangkang mereka tidak kan dapat sokongan dari Pengundi bukan Melayu. Adakah PAS bersedia menjual prinsip dan dasar parti mereka untuk mendapatkan sokongan?..

Artikel 2

DAP desak PAS gugur negara Islam ( Malaysia Kini ).
Apr 22, 08 8:57pm
Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini mendesak PAS supaya menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam.

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, janggal bagi PAS untuk meneruskan agenda negara Islamnya dan pada masa yang bekerjasama dengan dua parti lain dalam Pakatan Rakyat - PKR dan DAP.

"Walaupun PAS memberi tumpuan kepada agenda Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan dan memulihkan demokrasi dan urus tadbir yang baik, tetapi ia tetap dengan agendanya untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

"Kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad, pastinya tidak membantu menjayakan perjuangan Pakatan rakyat," kata Karpal dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik Dr Dzulkifly sebagai berkata parti itu tetap dengan agendanya untuk menubuhkan kerajaan Islam di Malaysia.

Menurut Dr Dzulkifly lagi, partinya tidak membangkitkan isu negara Islam kerana ia bukan sebahagian daripada agenda Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, pihaknya akan memberi lebih banyak masa kepada pengundi untuk memahami parti tersebut.

Minta nasihat Tun Salleh

Menurut Karpal lagi, kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin PAS tidak membantu menjayakan kepentingan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, PAS tidak boleh melakukan dua perkara dalam satu masa.

"Saya ingin menasihatkan PAS bahawa parti itu mungkin perlu mendapatkan pandangan Tun Salleh Abas yang penah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dan exco kerajaan nengeri Terengganu, mengenai isu negara Islam," tambahnya.

Menurut Karpal lagi, pada 1988, Tun Salleh bersama panel lima orang hakim Mahkamah Agung, dalam satu penghakiman, telah mengisytiharkan bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam, tetapi negara sekular yang mengamalkan undang-undang sekular.

"Juga tidak boleh dilupakan kenyataan Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular," kata Karpal, sambil menambah bahawa Perlembagaan Persekutuan sendiri mengandungi negara sekular sebagai salah satu struktur asasnya.

'Henti buat kenyataan'

Sehubungan itu, katanya, PAS perlu memberi jaminan bahawa pemimpinnya, termasuk menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menguar-uarkan lagi hasratnya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Menurut peguam terkenal itu lagi, tidak memberi sebarang makna bagi PAS secara terbuka mengisytiharkan bahawa ia menjadi tulang belakang Pakatan Rakyat dengan matlamat menubuhkan negara Islam.

"PAS sendiri tidak mampu memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminta Perlembagaan Persekutuan untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

"PAS mesti bersikap praktikal dan berkerjasama ke arah memastikan Pakatan Rakyat menang lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang," kata Karpal, sambil menambah parti Islam itu tidak seharusnya melakukan sesuatu yang prejudis kepada gabungan pembangkang serta boleh menjejaskan usaha memperkukuhkan Pakatan.

Untuk itu, katanya, cara terbaik ialah pemimpin PAS berhenti membuat kenyataan terbuka tentang perkara tersebut.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, barisan pembangkang - PAS, PKR dan DAP - berjaya menawan empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Kerajaan campuran di Kedah terdiri daripada PAS dan PKR. Di Pulau Pinang pula antara PKR dan DAP.

Manakala ketiga-tiga parti tersebut menubuhkan kerajaan campuran di Perak dan Selangor.

Berikutan itu, pada 1 April, pucuk pimpinan ketiga-tiga parti berkenaan sepakat untuk merujuk keempat-empat negeri tersebut sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Pendapat anda?

0 Komen!!!
Nik Aziz puji Tun Mahathir - dulu lain sekarang lain


Kongsi Link Anda