Popular Today

Jumaat, Mac 09, 2012

Kasihan Us Azizan masuk hospital

1 Komen!!!
gambar lama 

Tak Patut orang PAS beri tekanan kepada us Azizan, MB Kedah.. orang tu pun dah tua.. macam Nik Aziz.. Pemimpin PAS muda patut hormatilah orang tua.. kasihan..

Memang benarlah khabar angin yang dikatakan itu. Memang Ustaz Azizan masuk hospital, KMC (Kedah Medical Center).

Tapi Ustaz Azizan tak la nazak seperti dakwaan khabar angin tuu.. beliau hanya membuat rawatan mata kemudian beliau berehat untuk hilangkan tekanan.


baca selanjutnya di : Kedah ke KL

Kedah Darul Kalut

0 Komen!!!
Politik Kedah semakin kalut.. Team A serang Team B.. Team B serang Team A.. inilah hakikat yang berlaku di kedah.. baru dapat sedikit kuasa di kedah.. PAS dah berpuak-puak dan bergaduh.. lagi malang apabila PAS sebagai Parti Politik boleh menentukan tugas dan keputusan MB. Ianya adalah campurtangan politik yang jelas oleh PAS terhadap pentadbiran kerajaan negeri kedah!!!

Sultan Kedah belum perkenan - Azizan

ALOR SETAR 8 Mac - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah belum memberi perkenan terhadap cadangan dua nama Exco kerajaan negeri yang dipersembahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Azizan berkata, Sultan Kedah memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan mengenai dua nama yang dikemukakan itu bagi melengkapkan senarai 10 Exco kerajaan negeri.

"Sultan Kedah perkenan kemudian, bukan perkenan sekarang. Baginda ambil masa sedikit baru baginda perkenan," katanya ketika ditemui pemberita di luar Istana Anak Bukit selepas menghadap Sultan Kedah berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, Azizan yang dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah selepas mendapatkan rawatan mata tengah hari ini kelihatan memasuki Istana Anak Bukit pada pukul 4.50 petang dan keluar kira-kira sejam kemudian.

Kongsi Link Anda