Khamis, Julai 25, 2013

Terkini : Blogger Pornografi Alvin dan vivian diikat jamin RM 30k seorang dgn 4 syarat

10 Komen!!!


Pelik...

Pada minggu lalu Hakim  menjelaskan tiada ikat jamin dibenarkan, tetapi kini dibenarkan pula..

Alvin dan Vivian perlu diikat jamin dengan RM 10k bagi setiap tuduhan, ini bermakna mereka mempunyai 3 pertuduhan oleh itu ikat jamin bagi setiap orang sebanyak RM 30k

Selain itu juga mereka diberikan 4 syarat iaitu :
1) Serahkan pasport
2) dilarang upload gambar
3) menggunakan alat komunikasi
4) dan melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap awal bulan..

Tindakan tegas patut dikenakan kepada pasangan ini.. tindakan membenarkan ikat jamin hanya akan menimbulkan rasa kurang puas hati kepada umat Islam.

kalau tidak isu penghinaan terhadap islam akan terus berlaku kerana ketidaktegasan terhadap hukuman yang ditetapkan.

sumber : the star


PRK Kuala Besut, PAS masih salahkan SPR!!

0 Komen!!!


BESUT 25 Julai - Pas akur dengan kekalahannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan mengakui jentera BN lebih baik dan berjaya mengemukakan tawaran yang tidak mampu ditolak rakyat.

Yang Dipertua Pas Kawasan, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, ini membantu

kemenangan BN berbanding agenda Terengganu 16-16 yang dibawa oleh parti itu untuk mencipta sejarah.

Beliau percaya rakyat di kawasan berkenaan yang dahagakan pembangunan memilih BN setelah pelbagai projek dijanjikan akan dilaksana di kawasan itu jika BN menang.

Beliau bagaimanapun turut mengaitkan kekalahan itu dengan mendakwa kononnya turut berpunca daripada konspirasi BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat telah membuat perancangan awal sehingga membolehkan BN mempertahankan kerusi itu.

"Kita sudah jangka dari awal apabila SPR umum tarikh pengundi jatuh hari biasa dan itu menyebabkan pengundi tidak dapat pulang sekali gus menyebabkan kita kurang mendapat undi pada kali ini. Hanya 40 hingga 40 peratus sahaja undi dari pengundi luar diperoleh.

"Kita akui memang tidak dapat tawarkan apa yang BN beri jadi kita harap selepas ini wakil rakyat BN dapat laksanakan janji kerajaan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Markas Pilihan Raya Pas di Kampung Baharu dekat sini malam tadi.

Pada sidang akhbar tersebut Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Husam Musa dan imbalannya, Satipul Bahri Mamat tidak kelihatan.

Pada PRK DUN Kuala Besut yang berlansung semalam, calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menang selepas mendapat 8,288 undi berbanding calon Pas, Endot@Azlan Yusof yang mendapat 5,696 undi.

BN menang dengan majoriti sebanyak sebanyak 2,962 undi sekali gus berjaya mempertahankan DUN Besut. - UTUSAN ONLINE





Jumaat, Julai 19, 2013

Laporan polis terhadap MC palsu Anwar

0 Komen!!!


Bekas Pembantu Khas Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay semalam telah membuat laporan polis terhadap MC palsu yang dibuat untuk menangguhkan perbicaraan kes Bersih3 semalam.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur jam 10.40 pagi bersama 2 orang kawan. Beliau menyatakan Anwar telah memberi MC kepada mahkamah pada September lalu.

Inilah amalan biasa Anwar Ibrahim berlakon sakit untuk sengaja melambat-lambat proses perbicaraan. Namun sebenarnya ianya adalah penghinaan terhadap sistem keadilan negara kerana sengaja melambat-lambatkan keadilan ditegakkan.. Melambatkan keadilan dengan sengaja juga bermakna keadilan dinafikan.

Walaupun MC palsu ini nampak kecil tetapi sebenarnya tidak.. apatah lagi ianya berkaitan integriti seorang pemimpin besar.. bagaimana seorang pemimpin yang disanjung PR sebenarnya bukanlah pemimpin yang tidak mempunyai integriti.. jika pemimpin tidak ada intergriti layakkah memimpin negara.. Cuba bayangkan perkara sekecil MC ini pun sanggup Anwar tipu.. apatah lagi perkara-perkara yang besar seperti 13 Sep, isu racun arsenik dan lain-lain.

Anwar sememangnya sangat terkenal dengan Raja Penipu #1 negara.. habis rakyat akan ditipu jika beliau memerintah negara..

Sumber : rujuk sini

Khamis, Julai 18, 2013

Terkini !! Alvin dan Vivian tidak dibenarkan diikat jamin atas 3 pertuduhan

0 Komen!!!


Hakim membuat keputusan Alvin dan Vivian tidak dibenarkan ikat jamin ats 3 pertuduhan

Terkini kes Alvin dan Vivian

Ingatkan 2 pertuduhan rupanya 3!!!

Pendakwa raya mencadangkan pada Hakim agar pasangan Alvin dan Vivian tidak dibenarkan ikat jamin

3 pertuduhan Alvin &Vivian 1) akta hasutan 1948, Penapisan Filem 2002 dan Kanun Keseksaan Seksyen 298A

Kesalahan Alvin & Vivian kerana memuatturun gambar selamat berbuka puasa, dgn makanan babi dan mgandungi logo halal.

Namun Pasangan Alvin dan Vivian mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan dan Alvin dan Vivian merayu pada hakim agar dibenarkan ikat jamin.

Kita akan menunggu perkembangan kes ini seterusnya..

rujuk sini

Terkini !! 3 pertuduhan Alvin &Vivian 1) akta hasutan 1948, Penapisan Filem 2002 dan Kanun Keseksaan Seksyen 298A

1 Komen!!!


Terkini kes Alvin dan Vivian

Ingatkan 2 pertuduhan rupanya 3!!!

Pendakwa raya mencadangkan pada Hakim agar pasangan Alvin dan Vivian tidak dibenarkan ikat jamin

3 pertuduhan Alvin &Vivian 1) akta hasutan 1948, Penapisan Filem 2002 dan Kanun Keseksaan Seksyen 298A

Kesalahan Alvin & Vivian kerana memuatturun gambar selamat berbuka puasa, dgn makanan babi dan mgandungi logo halal.

Namun Pasangan Alvin dan Vivian mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan dan Alvin dan Vivian merayu pada hakim agar dibenarkan ikat jamin.

Kita akan menunggu perkembangan kes ini seterusnya..

sumber : sini

Bila Menteri merayu pada Peguam Negara

0 Komen!!!


Fahamilah tugas polis.. itu antara kata2 yang dikeluarkan oleh Menteri KDN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Beliau merayu pada Peguam negara supaya melihat kembali sisi lain polis yang kini menjalankan tugas tanpa "taring" susulan pemansuhan Ordinan Darurat (EO). Ianya ekoran Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid ABu Bakar minta undang-undang2 baru menyamai EO bagi membendung jenayah senjata api yang kerap berlaku kebelakangan ini
    

"Kami bukan mohon simpati pada masyarakat tetapi fahamilah tugas polis, sebab kalau kadar jenayah naik polis yang kena (dipersalahkan), tetapi apabila polis tangkap, dilepaskan... kononnya masalah teknikal dan pendakwaan yang tidak kukuh," katanya.   

Katanya ketiadaan EO dan tiada saksi yang tampil membantu siasatan menyebabkan penjenayah semakin berani melakukan jenayah yang radikal dan agresif termasuk membunuh menggunakan senjatapi.

Sekarang rakyat melihat betapa besar EO dalam pelaksanaan undang-undang. sebab bukan semua jenayah boleh dilhat dengan bukti nyata. 

Namun rayuan Menteri terhandap Peguam Negara ini sesuatu yang perlu dipandang serius. Ianya berkaitan keberkesanan tugas polis dengan menghadapi cabaran baru yang lebih getir lagi. Apatah lagi ianya berkaitan dengan keselamatan rakyat dan negara!!

PRK Kuala Besut : calon PAS memang tidak layak untuk jd YB

1 Komen!!!
Pas kali ini tersalah pilih calon. Calon PRK Kuala Besut ini ialah calon bermasalah.

1). Rata-rata sekarang pengundi Kuala Besut bercakap mengenai calon PAS Che Long sebagai kroni Husam.(klik sini)


Kilang dan stor kayu Azlan@Che Long untuk balak-balak Husam di:

Che Long Store, Lot. 1874, Batu 5 1/2, Kg Tunjung, 
Jln Kuala Krai, Kota Baru Tel: 097128914
&
J&Y Trading. Bt 6, Kg Tunjung, 
Jln Kuala Krai, Kota Baru


 2) Calon PAS ini pernah dikaitkan dengan dadah (klik sini)


3) Calon juga tidak disukai oleh Jentera PAS khasnya diboikot muslimah


4) Calon juga mahu swastakan jawatan ADUN..


Pengundi Kuala Besut pasti menyesal jika mereka memilih calon PAS.. yang jelas beliau bukanlah sebenarnya calon yang sesuai yang boleh berkhidmat kepada rakyat kerana calon ini hanya berkhidmat kepada Husam sahaja.

Lihat sahajalah di atas.. bukan sahaja rakyat tidak terima bahkan jentera PAS pun menolak calon PAS ini. Ini menunjukkan beliau memang tidak layak menjadi calon dan seterusnya menjadi YB..

Dan pertama dalam sejarah negara Malaysia juga jawatan YB ini hendak diswastakan.. jadi apa perlunya beliau menjadi calon jika orang lain yang buat kerja untuk dia.. sedangkan dia hanya goyang kaki dan makan gaji buta. Yang merana adalah pengundi Kuala Besaut kerana ada ADUN PAS yang tidak prihatin kepada mereka.. tidakkah ini sangat merugikan.

Rakyat perlu menilai dengan jujur dan jangan lupakan apa yang PAS telah lakukan semasa mereka menang pada 1999. Bagaimana kezaliman mereka terhadap kanak2 dengan menghalau mereka dari tadika Kemas..

Ini adalah tragedi yang tidak boleh dilupakan rakyat terengganu sebab itu setelah dua penggal PAS masih tidak berjaya menawan kembali Terengganu.


Credit to : The Unspinner 

Rabu, Julai 17, 2013

Kenapa salahkan Vatican sahaja tidak salahkan PAS dan DAP

0 Komen!!!

Hari ini rata-rata menyalahkan duta vatican kerana menyentuh sensetiviti umat Islam berkaitan isu kalimah Allah..

Duta Vatican City ke Malaysia Biskop Joseph Marino semalam meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas salah faham dan rasa kurang senang yang timbul susulan kenyataannya mengenai penggunaan kalimah ALLAH.

Duta itu dilapor menyokong kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah 'ALLAH' sebagai rujukan kepada 'God' dalam kalangan penganut Kristian.

Persoalannya kenapa salahkan Biskop ni sahaja tak salahkan pihak PAS.. PAS mengaku Parti Islam tp PAS sendiri gagal pertahankan kalimah Allah.. Bahkan terikut2 dengan Lee Guan Eng yang mahukan guna kalimah Allah untuk bible. 

Keadaan ini terjadi apabila ada masyarakat Islam sendiri iaitu PAS yang sokong tindakan terbabit. PAS patut bertanggungjawab atas penghinaan terhadap Islam ini. Sikap PAS yang terus menjadi boneka DAP dan sanggup jual prinsip perjuangan Islam perlu dikecam oleh rakyat.

Kalau dah ada umat Islam sendiri yang benarkan.. apatah lagi orang bukan Islam.. inilah yang berlaku di negara kita.. 

Namun penghinaan demi penghinaan terhadap Islam  perlu dibendung..  kita telah melihat beberapa episod penghinaan terhadap Islam seperti yang terbari kes alvin dan vivian dan sebelum tu lagi.. penghinaan yg banyak tersebarnya melalui media sosial ini.

Kepada pemimpin kita, mereka harus bertegas dalam isu seperti ini, menteri-menteri perlu bangun untuk bangun tanpa rasa prejudis untuk pertahankan Islam.


Kenyataan jelas dan tegas dari tun M.. orang ni memang bodoh,

3 Komen!!!

Kenyataan jelas dan tegas dari tun M.. orang ni memang bodoh. Ianya merujuk iklan yang dikeluarkan alivin dan vivian yang menghina Ramadan (rujuk sini). 

Tun M menyatakan "Kata benda-benda yang menyakitkan hati orang mungkin orang akan balas...nanti jadi bermusuhlah. Ini orang yang tak ada akal, bodoh yang tidak boleh diajar," Ianya merujuk provokasi bodoh yang dibuat oleh dua orang ini. 

Tun M juga berkata : "Jika tidak boleh dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh dikenakan. Tetapi saya ingat undang-undang tidak benarkan kita lucut kewarganegaraan," katanya ketika ditanya mengenai cadangan supaya pasangan itu dilucut kewarganegaraan.

Persoalannya kenapa sekarang semakin melampau pihak2 tertentu untuk menghina Islam secara berani dan terbuka. Ini mungkin juga ada kaitannya apabila Islam terlalu sangat dipolitikkan sehingga tindakan individu tertentu dibenarkan demi politik. Lebih malang apabila ada tok guru yang boleh hapuskan dosa seseorang.. rasanya kalai Alvin dan Vivian jumpa Nik Aziz nescaya orang akan lupa tindakan biadap pasangan ini dan menyatakan pasangan ini dah mendapat hidayah kerana jumpa Nik Aziz.. begitu mudah pemikiran pihak tertentu.. 

Pasangan ini dikecam ramai setelah memuat naik gambar mereka menikmati bak kut teh (sup tulang babi) berserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.

Bagi pihak berkuasa.. tindakan tegas perlu dikenakan atas pasangan tersebut. Ianya perlu dijadikan pengajaran kepada semua rakyat Malaysia. Tindakan tegas ini penting bagi melihat sejauh mana serius kerajaan menangani masalah ini yang dilihat semakin biadap.

Kegagalan kerajaan menangani masalah ini akan menunjukkan tahap penguatkuasa dan tindakan kerajaan adalah lemah.. ianya tidak baik untuk imej kerajaan.



Selasa, Julai 16, 2013

YB Simpang Renggam bakal digantung kerana dakwa Anwar ada banyak duit di bank luar negara!!

2 Komen!!!

Hari ni YB Simpang Renggam jadi hero.. patut ramai lagi MP BN ada yg berani macam ni apabila mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki wang ratusan juta ringgit dalam akaun bank luar negara (klik sini).

"Jeff Ooi telah membangkitkan isu ini dan Yang Dipertua telah memberi peluang kepada Simpang Renggam (Liang Teck Meng) menarik balik kenyataannya tapi dia menolak. Jadi Yang Dipertua kata isu itu akan didebatkan,"

kita lihat sahaja kemampuan kempen pembangkang hanya dengan menguasai 3 negeri atkkanlah mampu kempen secara bermewah2 dengan lori trailer, pentas bergerak dan sebagainya. Bukan setakat tu sahaja naik jet peribadi serta helikopter untuk berkempen.. itu tak termauk planing Anwar 16 September yang mahu beli MP BN sudah tentu kos duit berjuta ringgit.. 

jadi apa salahnya yang dinyatakan oleh YB Simpang Renggam.. 

Jadi apa lagi ayuh kita bahaskan!!

Ps: kekayaan Anwar bukan sahaja boleh beli barang tapi boleh juga beli orang!! hehe jgn lupa tu!!


Alvin dan Vivian akan ditahan di bawah akta hasutan dan akta Komunikasi dan Multimedia??

0 Komen!!!

Dah tiba masanya mereka yang menghina islam atau sengaja membuat rasa tidak selesa di kalangan masyarakat majmuk ini diberikan tindakan tegas..

Menurut Agenda Daily Apa yang diberitahu oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail Selasa mungkin akan mengundang rasa gerun mereka yang gatal tangan nak persenda agama orang lain dan lain-lain yang menyentuh sensitiviti seumpamanya.

Tindakan Alvin Tan dan Vivian Lee memang sangat melampau.. dan juga jangan ingat mereka hanya boleh didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia saja kerana isu 'selamat menyambut Rahadhan bak kut teh'. Aksi biadap pasangan ini bukan ini sahaja bahkan sebelum ini lagi yang berbentuk provokasi.


Menjawab soalan wartawan semasa sidang akhbar selepas satu majlis di Bangi,Gani mengesahkan Akta Hasutan boleh digunakan untuk siasat dan dakwa mereka.

Katanya pertimbangan akan dibuat untuk tujuan berkenaan.

Hukuman dibawah Akta Hasutan adalah lebih berat dibandingkan dengan bawa Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menurut Gani pasangan Alvin dan Vivian boleh didakwa serentak dibawah dua akta berkenaan.

Namun kalau diingatkan kembali.. mereka hanya iku gaya kepimpinan mereka iaitu Anwar Ibrahim... bapak borek, anak rintik..



Ambiga perlu cermin diri sebelum tuduh SPR!!

1 Komen!!!
Ambiga masih menuduh SPR gagal membersihkan daftar pemilih  tapi peliknya pada pilihanraya Umum yang lepas tiada pula petisyen yang mempersoalkan tntg senarai daftar pemilih ni.. petisyen lebih bersifat teknikal dan tentang dakwat kekal..

Jika ambiga betul perjuangkan tentang pilihanraya yang bersih.. Ambiga juga patut soalkan integriti PR kerana semasa PRU13 pakatan telah tuduh pilihanraya tidak sah dengan mendakwa 40 ribu bangladesh dibawa masuk untuk mengundi dan isu blackout.. Ambiga patut meminta PR kemukakan bukti.. kerana setiap dakwaan perlu kemukakan bukti..

Namun malangnya ianya tidak terjadi kerana Ambiga hanyalah anjing belaan PR yang menyalak bagi pihak PR.. sedangkan PR sebenarnya yang main kotor dengan melempar fitnah terhadap SPR seperti dakwaan pengundi bangla dan blckout tetapi hakikatnya.. ianya sesuatu yang sengaja direka-reka oleh PR.. sangat memalukan..; apabila pembohongan PR mengenai perkara ini terbongkar.

SPR telah buat yang terbaik untuk menjadikan perjalanan Pilihanaraya ini telus.. tetapi yang mengotorkan perjalanan Pilihanraya ialah PR!!

Kongsi Link Anda