Sabtu, April 30, 2011

DAP kafir harbi semakin kuat, PAS semakin lemah!!!

3 Komen!!!
KUALA TERENGGANU 30 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pas tidak pernah untung apa-apa pun dalam pakatan pembangkang, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.

Perdana Menteri berkata, pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, Pas telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

"Kita lihat poster di sini (Terengganu) “Pas ganti UMNO”, realitinya “DAP ganti Pas”, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), Pas berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP.

"Pas, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN (Barisan Nasional) pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong, di sini hari ini. - Bernama

Kongsi Link Anda