Syabas Dato' Shafie kerana berjaya mengulas dengan jelas mengenai krisis yang berlaku di Perak.
Hakikatnya apa yang dibuat oleh BN masih mengikut lunas undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak.
Maknanya dakwaan Nizar dan kuncunya adalah pembohongan semata-mata. Istilah rampas sebenarnya menunjukkan kedangkalan mereka mengenai undang-undang negara. Peralihan yang berlaku kerana Kerajaan Pakatan Rakyat telah hilang kepercayaan oleh kebanyakan ADUN. Namun hakikat ini disembunyikan oleh PAS. Isu moral tidak boleh diukur tetapi undanng-undang ialah tempat rujukan yang patut diutamakan.
Sebab itu apabila panel mengulas mengenai moral 3 ADUN ni berbanding tindakan Anwar yang ingin membawa lompat 30 Ahli Parlimen BN adakah dikatakan bermoral.. hakikatnya inilah mahkamah Pakatan Rakyat.. penuh dengan ketidak adilan dan double standard..
Selain itu tindakan keji Pakatan Rakyat yang membuat surat palsu dengan menipu tarikh tanpa perkenan empunya badan juga boleh dianggap jenayah dan boleh diambil tindakan undang-undang. Jika beginilah semua ADUN pakatan rakyat ialah umpama lembu yang ditarik hidung. Jika tidak mereka akan memecat secara tidak demokrasi sebagaimana yang berlaku kepada Osman Jailu, Jamaludin, Arumugam dan si Fairus TKM Pulau Pinang1
Begitu juga apabila dato' Shafie mengeulas mengenai persoalan adakah SPR wajar membuat keputusan. Jelas bahawa SPR hanya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan mengikut akta yang diberikan kepadanya.
Begitu juga ulasan profesor yang mengatakan Speaker yang 'spoile' dan menjadikan keadaan krisis Perak yang semakin teruk dengan membuat keputusan diluar dewan dan menggantung ahli dewan dengan membabi buta. Selain tindakan Nizar yang memang tidak pernah mohon perkenan Sultan untuk adakan sidang dewan... Namun yang pelik Nizar tidak menyebut kerana apa sebab beliau untuk bubar dewan. Jika tiada sebab bagaimana dewan boleh dibubar. Hakiakt sebenar yang tidak disebut nizar ialah beliau tidak lagi mendapat kepercayaan ahli Dewan!
Ini semua termasuk dalam perkiraan Sultan Perak, untuk menentukan apakah yang lebih baik untuk rakyat negeri Perak.
Tindakan speaker yang menghalang Dr Zambri serta membuat sidang dewan DUN di bawah pokok ialah satu penghinaan terhadap demokrasi.
Syabas Dato' Shafie... Kebenaran telah terserlah! BN adalah kerajaan yang sah!