Rabu, Mac 21, 2012

Dr Rani nak tunjuk pandai tapi nampak bodoh...

2 Komen!!!
Selepas berjaya menghapuskan nama Hassan Ali dalam PAS Selangor kini, Dr Rani menunjukkan permusuhan yang berpanjangan dalam Dewan Undangan Negeri..

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Rani Osman mempersoalkan ketidakhadiran Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada Majlis Santapan Diraja, semalam. (klik sini)

Jika dianalisis Dr Rani hanya cerita tentang benda remeh.. cuba la tanya dalam dewan mengenai perkara besar apa seperti apa Kerajaan Pakatan Selangor nak laksanakan hudud, apa status kilang arak di shah alam, apa perkembangan kes murtad dan cara kerajaan negeri untuk atasi, kerajaan negeri perlu dedahkan statistik projek pasir yang dibalun kroni kerajaan pakatan... Inilah yang rakyat mahu tahu!!!

Apakah standard seorang Dr dan Ahli Dewan Undangan Negeri hanya membangkitkan soal tak hadir seseorang dalam santapan di raja..dalam perbahasan sidang dewan!!!

Sepatutnya dr Rani boleh bawa isu besar, masalah rakyat, masalah umat Islam untuk dimajukan kepada sidang.. tapi apa dah jadi.. patutpun PAS tak layak jadi EXCO agama.. menteliti rendah.. bodoh!!!

Selasa, Mac 20, 2012

Tuntut Fasakh : ni semua salah Us Badrul PKR

0 Komen!!!

Adakah ini akibat kaunseling Us badrul Amin PKR.. apa jenis ustaz ni yang mahu pecah belahkan suami isteri!!!

Seorang wanita yang sebelum ini dikaitkan dengan satu kes kontroversi di Kuantan, Pahang, akhir bulan lalu bertindak menarik balik permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin di sini semalam.

Sebaliknya, Izatil Iwani Rashid, 28, yang bertugas sebagai juruteknik di sebuah kolej kemahiran di sini memutuskan akan membuat tuntutan fasakh terhadap suaminya, Fazli Pungut, 32, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Isu Kerjasama Yahudi : Mufti perak bidas Presiden PAS

0 Komen!!!

Syabas kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani yang berpendirian tegas terhadap isu Yahudi.. Inilah yang dinamakan konsisten dalam perjuangan..

Bukan seperti Presiden PAS yang tidak konsisten. lihat sahaja isu kerjasama PAS dengan bukan Islam.. sednagkan dahulu Hj Hadi melalui amanatnya yang melrang kerjasama Islam dan bukan Islam sehingga timbulnya peristiwa berdarah Memali.. kalau dahulu isu hanya berkaitan hubungan Islam dan kaum bukan Melayu sepeti Cina dan India.

Namun kini yang lebih memeranjatkan ialah Presiden PAS membenarkan kerjasama dengan Yahudi.. kalau dahulu mereka bantai UMNO kerana kerjasama dengan Yahudi.. rupanya dalam diam, mereka peluk cium dan kulum lidah dengan Yahudi di belakang..

Sebagaimana kata Mat Sabu siapa yang sokong Yahudi bermakna mereka bersekongkol dengan Israel dan Zionas.. jadi tak de bezanya..

KUALA LUMPUR 19 Mac - Sebarang bentuk kerjasama dengan Yahudi di Israel adalah haram di sisi agama Islam walaupun sebahagian mereka tidak berfahaman Zionis.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hakikat itu jelas jika dikaitkan dengan kekejaman kaum Yahudi terhadap umat Islam di Palestin.

''Kedudukan orang Yahudi pada zaman Nabi Muhammad SAW dahulu berbeza kerana mereka dikategorikan sebagai kafir zimmi yang bersetuju untuk berlindung di bawah naungan kerajaan Islam.

Isnin, Mac 19, 2012

Umum keluar UMNO - Kadiq tewas dalam dakapan Aljuburi..

0 Komen!!!

Dah dapat macam-macam... Kadiq pernah menjadi Exco Pemuda UMNO selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO selama 24 tahun, di samping jawatan lain seperti Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah... pernah menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri...

akhirnya layu dalam dakapan aljuburi...mengumumkan keluar dari ahli UMNO..

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong UMNO Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli UMNO mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas empat perenggan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebarang sebab tindakannya keluar parti.
Abdul Kadir menjadi ahli UMNO dan memegang pelbagai jawatan dalam parti sejak tahun 1956 dan pernah menjadi Menteri Penerangan dan Menteri Pelancongan.

"Pada minggu sudah saya telah meletakkan jawatan selaku Bendahari UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, jawatan yang akhir dalam UMNO yang saya menjawat," katanya dalam kenyataan itu.

Ahad, Mac 11, 2012

Keputusan Shahrizat letak jawatan tepat dan betul - PM

0 Komen!!!


11/03/2012 7:39pm

PEKAN 11 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebaik sahaja tempoh beliau sebagai ahli Dewan Negara tamat 8 April depan sebagai tepat dan betul. - Utusan

Jumaat, Mac 09, 2012

Kasihan Us Azizan masuk hospital

1 Komen!!!
gambar lama 

Tak Patut orang PAS beri tekanan kepada us Azizan, MB Kedah.. orang tu pun dah tua.. macam Nik Aziz.. Pemimpin PAS muda patut hormatilah orang tua.. kasihan..

Memang benarlah khabar angin yang dikatakan itu. Memang Ustaz Azizan masuk hospital, KMC (Kedah Medical Center).

Tapi Ustaz Azizan tak la nazak seperti dakwaan khabar angin tuu.. beliau hanya membuat rawatan mata kemudian beliau berehat untuk hilangkan tekanan.


baca selanjutnya di : Kedah ke KL

Kedah Darul Kalut

0 Komen!!!
Politik Kedah semakin kalut.. Team A serang Team B.. Team B serang Team A.. inilah hakikat yang berlaku di kedah.. baru dapat sedikit kuasa di kedah.. PAS dah berpuak-puak dan bergaduh.. lagi malang apabila PAS sebagai Parti Politik boleh menentukan tugas dan keputusan MB. Ianya adalah campurtangan politik yang jelas oleh PAS terhadap pentadbiran kerajaan negeri kedah!!!

Sultan Kedah belum perkenan - Azizan

ALOR SETAR 8 Mac - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah belum memberi perkenan terhadap cadangan dua nama Exco kerajaan negeri yang dipersembahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Azizan berkata, Sultan Kedah memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan mengenai dua nama yang dikemukakan itu bagi melengkapkan senarai 10 Exco kerajaan negeri.

"Sultan Kedah perkenan kemudian, bukan perkenan sekarang. Baginda ambil masa sedikit baru baginda perkenan," katanya ketika ditemui pemberita di luar Istana Anak Bukit selepas menghadap Sultan Kedah berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, Azizan yang dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah selepas mendapatkan rawatan mata tengah hari ini kelihatan memasuki Istana Anak Bukit pada pukul 4.50 petang dan keluar kira-kira sejam kemudian.

Khamis, Mac 08, 2012

3 atau 4 bulan tunggakan gaji kakitangan awam.. terima kasih BN

2 Komen!!!

Penjawat awam terima bayaran tunggakan Mac atau April

PUTRAJAYA 8 Mac – Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.

“Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing.

Amaran buat PKR!!!

0 Komen!!!


KUANTAN 8 Mac — Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah supaya pihak yang terlibat berhenti mengaitkan nama baginda dengan siasatan kes khalwat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Baharon di negeri ini baru-baru ini.

Baginda bertitah dakwaan yang mengatakan bahawa baginda terlibat dalam siasatan kes itu adalah sangat mengejutkan kerana semasa kejadian itu, baginda tidak berada di tanah air.

"Ketika kejadian saya tidak ada di dalam negara, saya cuma nak tahu siapa yang terlibat... tak bolehlah kaitkan saya dengan kes ini sebab ini adalah masalah peribadi. (klik sini)

Pengundi Muda Penentu PRU-13?

0 Komen!!!
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Pengundi muda merangkumi 38.8 peratus atau 4.5 juta daripada lebih 12 juta pengundi di negara ini, dan persoalan sekarang ialah sejauh mana mereka ini mampu menjadi penentu keputusan pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pemerhati politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berpendapat kenyataan bahawa pengundi muda adalah penentu agak "samar" berdasarkan pelbagai faktor antaranya kesukaran menentukan sokongan pengundi itu.

"Kenyataan itu barangkali betul dan barangkali tidak. Kebanyakan pengundi muda ini 'atas pagar', sukar hendak pastikan mereka sokong satu parti sahaja untuk tentukan parti itu menang.

"Kita juga lihat 3.7 juta rakyat di negara ini gagal mendaftar sebagai pengundi dan sebahagian besar daripada mereka golongan muda. Bila tidak daftar bagaimana hendak jadi penentu," katanya ketika dihubungi Bernama Rabu.

Zainal, yang juga Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Universiti Pendidikan Sultan Idris, berkata generasi muda perlu diberi pendedahan yang luas kepada politik agar mereka berminat untuk mengundi.

baca seterusnya  di sini

Rabu, Mac 07, 2012

Mesti baca : Pakatan Rakyat Selangor sedang membuat survey PRU-13

2 Komen!!!
Terima kasih diucapkan kepada pengirim email yang sanggup berkongsi gerak kerja serta survey Pakatan Rakyat Selangor.. Berikut ialah email yang dikirimkan beliau

Semalam saya ada menerima panggilan dari seseorang yang ingin buat survey mengenai ekonomi negeri selangor, interviewer ingin interview saya selama 10 minit sahaja. saya kata okay tapi cepat sikit kerana saya nak melawat kawan yang kemalangan di hospital.

mula2 mula tanya soalan peribadi, umur, kawasan rumah. lepas tu tanya soal PBT, effisyensi dan sebagainya. Saya jawab tiada masalah cuma kenapa masalah GRO, spa dan rumah urut menjadi-jadi di kawasan Parlimen tempat tinggal saya.

Sipenyoal mula bertanya tahap kepuasan saya mengenai masalah air, prestasi kepimpinan kerajaan negeri. jawab saya mudah saja, jika kerajaan buat kerja, tak timbul soal penolakan rakyat. Ini tidak, janji pilihanraya ada berpuluh2 tapi yang ada cuma satu, pemberian air percuma> pemberian wang ehsan pada ibu tunggal dan juga wang kepada pelajar yang masuk U, batang hidung pun tak nampak. Kerjaan negeri cuma war-warkan apa yang nak di buat tapi proses bagaimana nak dapat pun tak telus.

selepas itu tiba isu bab Murtad, si penyoal kata adakah isu murtad ini benar2 berlaku atapun hanya dakwaan musuh politik yang membesar-besarkan isu. Jawab saya, saya dah hidup hampir setengah abad, benda ini benar2 berlaku kepada rakan adik saya, hingga satu famili jadi murtad, perkara yg berlaku lebih 30 tahun yang lalu dan saya berpegang kepada hadis/quran...Yahudi dan nasara tidak akan berhenti menyesatkan kamu hingga kamu mengikuti mereka.jawap seterusnya ialah perkara ini benar-benar berlaku dan hari ini tidak mustahil telah merebak dengan pantas.

banyak juga soalan yang dikatakan hanya 10 minit....berlanjutan hingga 30 minit.

cuma ada satu soalan yang saya smash pada si penyoal. soalan berbunyi...Adakah Tuan puas hati Prestasi Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang .A amat puas hati, B Puas Hati, C Tidak Puas Hati D. Amat tidak puas hati....jawab saya.. ialah...saya nak pilih jawapan F kerana beliau tiada kredebility sebagai Ketua Pembangkang.....tak layak pun...Tiada yang positif dari beliau. Patut Pemimpin jaga Rakyat ini rakyat terpaksa cover pemimpin....

Mereka juga tanya saya siapa saya pilih dalam PRU13 nanti...A. BN..B..PKR..C.DAP. D.PAS jawab saya...yang memerintah pusat sekarang...PKR tiada dalam radar saya dan nilai nya setakat letak kat tapak kaki saya saja....

Sekianlah sahaja buat pengetahuan AB... saya rasa sekarang PR sedang survey rambang sokongan Rakyat selangor melalui telefon. So BN bila lagi nak bertindak!!!

Kalau peluk tubuh nanti dibalut tubuh dengan kapan dan BN jadi arwah politik...

maaf saya tidak mahu di kenali....setakat guna nick name ZH sahaja memadai.....


wasalam...

En.Zee USJ

Selasa, Mac 06, 2012

Dangkalnya pemikiran presiden PAS

0 Komen!!!

Patutlah PAS terus menjadi boneka DAP dan PKR.. apabila presidennya mempunyai pemikiran yang dangkal yang jelas berasaskan emosi lebih daripada akal.

Presiden PAS masih mengulangi hujah yang sama (klik sini) kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO berbaning DAP yang Rasis dan Sekular serta liberal..  iaitu UMNO Kebangsaan.. UMNO Tolak islam.. UMNO Jahiliyah.. UMNO Zalim.. UMNO Penjajah.. UMNO Sekular.. UMNO tak konsisten.. UMNO serah kawasan majorti Melayu pada MCA..

Rasanya Presiden PAS terlupa siapa yang haramkan kerjasama dengan bukan Islam dulu..siapa yang kata x perlu kawan dengan bukan Islam..

"Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah.............. .... Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."
Sekarang siapa yang peluk cium dengan Kafir Harbi DAP.. siapa yang menentang negara Islam.. siapa yang akan kekalkan negara ini negara sekular.. tentu DAP...

Siapa sebenarnya tidak konsisten.. UMNO jelas dari dahulu telah melaksanakan hubungan antara kaum lebih awal dari PAS.. bukan setahun dua.. bahkan berpuluh tahun lamanya... Walaubagaimanapun UMNO masih menjadi tonggak kepada BN..

Bagaimana pula dengan PAS.. akibat PAS berkawan dengan DAP kuasa PAS semakin lama semakin berkurang.. pada 2004 Pas bertaning di 84 kerusi Parlimen... dan ianya berkurangan pada tahun 2008 dengan hanya 67 kerusi sahaja PAS bertanding.. iaitu berkurangan sebanyak 17 kerusi.. dan kerusi PAS bertanding akan semakin berkurangan bila PAS johor mengumumkan kurang satu kerusi  PAS bertanding di Johor..

Inilah penipuan terbesar PAS kepada umat Islam yang mengatakan PAS akan terus laksanakan hudud dan negara Islam.. sedangkan dari segi jumlah kerusi PAS tidak mungkin mampu untuk laksanakan Islam.. bukan laksana bahkan bersuara pun tidak mampu..

Hakikatnya PAS tidak mungkin ganti UMNO.. dari segi kerusi PAS pun dah kalah.. PAS juga tidak mungkin kepalai Pakatan.. PAS hanaya boneka.. boneka.. dan boneka

Dakwaan UMNO zalim.. berapa banyak kerajaan BN pecat kakitangan awam yang sokong PAS.. berapa banyak anak penyokong PAS yang dapat bantuan biasiswa.. berapa ramai penyokong PAS dapat bantuan JKM dan macam-macam lagi..

Mengenai kerusi pula.. inilah konsep kongsi kuasa yang sebenar.. jelas dengan pembahagian.. UMNO menjalinkan kerjasama dengan bukan Islam yang hormat pada Islam.. bukan seperti PAS.. sejarah Abu Talib ialah bukan Islam yang setia pada Islam bukan sebaliknya..

Banyak lagi yang dicerita oleh PAS ni.. namun x de beza dengan amanatnya yang dulu...

Hakikatnya PAS masih dalam kotak pemikiran dahulu.. bahkan lebih malang apabila kaki, tangan dan mulut mereka diikat dan disumbat menyebabkan mereka terus menjadi boneka yang baik kepada Pakatan biaDAP dan PKR..


Terima Kasih BN...

1 Komen!!!
Peluang BN kepada anak Melayu!!!

Jangan salahkan orang : Nik Aziz yang perlekeh Islam

1 Komen!!!
Memang cara PAS dan sekutunya yang asyik menuding jari kepada orang lain.. Ianya cara mudah untuk melepaskan diri dengan menyalahkan orang lain.

Nik Aziz menuduh BN lekeh Islam kerana kerajaan kelantan amal pentadbiran cara Islam.. hakikatnya Nik Aziz yang perbodohkan diri sendiri..

Laungan membangun bersama Islam hanyalah slogan politik semata-mata.. kerana hakikatnya PAS kini  membangun bersama DAP.. apapun yang PAS buat mesti di bawah telunjuk DAP dan PKR...

Bagaimana Nik Aziz kata membangun bersama Islam dalam masa yang sama Nik Aziz boleh membiarkan Aljuburi menyokong keselamatan Israel.. sebab itu, Islam diperlekehkan kerana tindakan pemimpin PAS sendiri.

Lihat sahaja PAS Kelantan dari segi membangunnya bersama Islam.. berapa banyak masjid yang PAS buat sepanjang memerintah Kelantan.. berapa banyak tempat maksiat, pusat pelacuran.. Kelantan juga menjadi juara HIV paling tinggi di Malaysia 3 kali berturut.. inilah sebenarnya anugerah yang patut diberikan kepada Kelantan!!!

Lihatlah cara Nik Aziz nak pegang jawatan MB sampai mati.. caranya mudah dengan jadikan Islam sebagai alasan.. Islam tak salah, yang salah Nik Aziz yang nak pegang jawatan sampai mati.. dah tak de pemimpin muda agaknya kat Kelantan ni.. Cukup-cukuplah Nik Aziz umur dah lebih 80 tahun... cukup dah firaun tu.. kecuali Nik Aziz nak jadi Maha Firaun zaman baru!!

Kongsi Link Anda