Sabtu, Mac 21, 2009

Setelah dipaksa oleh Anwar

3 Komen!!!
Ekoran laporan penyalahgunaan kuasa dan rasuah daripada pelbagai blog dan internet oleh Mohamad Fairus Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, maka beliau telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Namun sebagaimana yang diketahui inilah antara bukti PKR hanya berdiam diri jika pemimpin mereka terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Jika benar beliau terlibat dengan rasuha PKR patut mendedahkanya dan memberikan kepada SPRM untuk membuat siasatan lanjut dan bukannya berdiam diri.

Adakah kemungkinan perletakan jawatan ini sebagai ganti supaya tindakan rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak dilaporkan kepada SPRM oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan PKR? Sebab sesuatu mungkin telah berlaku ekoran penafian yag berterusan oleh PKR dan Lim Guan Eng?

Menurut The Star, tiada alasan yang diberikan bagi peletakan jawatan tersebut serta jawatan exco kerajaan negeri.

Manakala Lim pula berkata beliau telah menerima peletakan jawatan Mohamad Fairus berkuatkuasa pada 8 April depan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan sebab-sebab Mohamad Fairus meletak jawatan tersebut.

Fairus bagaimanapun akan kekal sebagai Adun Penanti dan juga anggota PKR.

Semalam, Lim dilaporkan berkata, beliau meluluskan permohonan cuti Mohamad Fairus Khairuddin atas permintaan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nik Aziz kecewa dengan Hj Hadi?

12 Komen!!!
Hari ini Nik Aziz meluahkan rasa marah dan kecewa beliau kepada Hj Hadi, mengenai kerajaan campuran... sebagaimana di ketahui ini kemungkinan adalah kesinambungan isu muqabalah yang pernah diadakan oleh PAS dan BN pada masa lalu.

Maksudnya adakah idea penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan UMNO serius... atau bagaimana? mungkinkah nik aziz hanya kambing hitam PKR dan DAP yang cuba untuk menghalang dari berlakunya kerajaan campuran ini?

Dengan angkuh, Mursyidul am PAS menyifatkan dirinya sebagai nakhoda kapal parti itu dan mengingatkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar berbincang dengannya sebelum membuat keputusan isu penubuhan kerajaan campuran maksudnya 'jangan ada sesiapa lawan aku'.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu terdapat ramai nakhoda dalam satu kapal yang mengeluarkan arahan berbeza sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli parti dan menjejaskan kredibiliti PAS, lapor Bernama.

Bercakap selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEK) di Kota Bharu hari ini, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengulangi pendiriannya sebagai ketua tertinggi PAS bahawa beliau menolak cadangan Abdul Hadi itu atas alasan ia sudah diputuskan pada muktamar di Ipoh tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, beliau sedia berbincang dengan Abdul Hadi mengenai isu menubuhkan kerajaan campuran antara pakatan pembangkang dan BN.

"Saya mursyidul am umpama nakhoda, kalau tukang sauh nak jumpa, saya tak boleh tolak, kena jumpa. Kalau tukang layar nak jumpa tak boleh tolak, kalau Haji Hadi nak jumpa pun saya tak boleh tolak," Nik Abdul Aziz dipetik berkata.

Beliau ditanya sama ada beliau sedia berjumpa dengan presiden PAS atau pemimpin tertinggi lain parti dalam menyelesaikan perbezaan pandangan mengenai cadangan Hadi bagi membentuk kerajaan campuran pembangkang dan BN.

Nik Abdul Aziz berkata jika ramai pemimpin PAS yang menggesa untuk penubuhan kerajaan campuran dengan BN, maka perlu ada satu platform yang khusus untuk membincangkan perkara itu dengan teliti.

"Saya tetap dengan pendirian asal saya, tidak bersetuju dengan cadangan itu. Kalau hendak juga hubungan kerjasama itu, (PAS) kena adakan mesyuarat khas lain membincangkan khusus tentang perkara itu," katanya lagi.

Kongsi Link Anda