Popular Today
Selasa, Mac 25, 2014
YAB PM membawa usul takziah #MH370 di Parlimen
YAB PERDANA MENTERI telah membentangkan Usul di Parlimen pada waktu ini :
"BAHAWA Dewan yang mulia ini menzahirkan perasaan yang amat sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang, yang menimpa penumpang-penumpang dan anak-anak kapal Pesawat MH370, Syarikat Penerbangan Malaysia atau MAS.
BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini, merakamkan ucapan takziah yang amat sangat, kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan penumpang dan anak-anak kapal Pesawat MH370 tersebut.
BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini juga menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat atau SAR, khususnya kepada negara-negara luar yang telah banyak memberikan bantuan dalam operasi tersebut.
DAN BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala komitmen dan pengorbanan yang tinggi oleh semua petugas serta anggota yang terbabit dalam operasi SAR ini "
Johor senarai hitam pemaju gagal bina rumah kos rendah di Iskandar Malaysia..
Kerajaan negeri telah menyenarai hitam sebanyak 28 pemaju kerana gagal membina lebih 30,000 unit rumah kos rendah terutama di kawasan Iskandar Malaysia dalam tempoh ditetapkan.Kerajaan negeri turut membekukan permohonan projek pembangunan baharu dibuat pihak berkenaan.
Bagaimanapun, kesemua pemaju terlibat masih boleh melakukan rundingan dengan pihak berkuasa tempatan.Mereka boleh berbincang, kalau tak bina langsung kena bayar denda RM40,000 seunit.
Senarai pemaju yang dikenal pasti gagal membina rumah kos rendah dalam tempoh dua tahun selepas pemaju mendapat kebenaran merancang yang disenarai hitam kerajaan negeri akan diumum kelak.
Pakar : #Kajangmove ditolak rakyat
Penganalisis politik, Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, undi PKR yang menurun menunjukkan rakyat kurang berminat dengan percaturan di sebalik PRK tersebut diadakan.
“Sekiranya PKR mendapat sokongan luar biasa, mungkin slogan 'Kajang Move' yang dicanangkan diterima oleh rakyat. Bagaimanapun, kajian mendapati ramai yang enggan keluar mengundi kerana tidak bersetuju dengan cara PKR.
“Ini satu permulaan yang tidak berapa baik untuk Kajang Move. PR pastinya berdepan masalah untuk memastikan kejayaan laluan ke Putrajaya,” katanya semalam.
Mengulas lanjut, katanya, matlamat 'Kajang Move' juga seolah-olah sudah tersasar apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bertanding di Kajang sebaliknya digantikan dengan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Baca seterusnya di Sinar Harian