Popular Today

Isnin, Mac 02, 2009

POTFOLIO FAIRUS DIGUGUR, BLOGGERS DIPERKECILKAN

3 Komen!!!
PKR Pulau Pinang hari ini mengesahkan tindakan melantik exco lain menggantikan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri bukan bermakna pemimpin itu tidak mencapai prestasi yang baik tetapi ia lebih kepada rombakan biasa untuk memantapkan kerajaan negeri.

Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, menegaskan bahawa tindakan itu tiada kaitan dengan prestasi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti itu dan hanya bertujuan meringankan bebannya.

Zahrain berkata, ini juga peluang yang baik kepada PKR untuk memberikan sumbangan yang lebih berkesan kepada kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang. Antara sumbangan PKR Pulau Pinang ialah merobohkan 80 gerai peniaga Melayu di Batu Feringgi

Beliau juga memperkecilkan peranan bloggers yang mengaitkan Fairus dengan isu rasuah dan penyelewengan kuasa. Namun jika dilihat secara tersirat dakwaan tersebut ada kemungkinannya betul sebagaimana pepetah Melayu menyebut 'jika tiada angin takkan pokok bergoyang'. Jika tiada apa-apa yang berlaku apa perlunya rombakan ini.

Katanya, beliau menyedari mengenai pelbagai dakwaan yang disebarkan di blog tertentu kononnya Mohammad Fairus tidak menunjukkan prestasi perkhidmatan yang baik dan menegaskan bahawa semua dakwaan itu perlu mempunyai bukti yang kukuh.

"Saya memang dengar macam-macam cerita mengenai Fairus tetapi kena ada bukti kukuhlah. Kalau setakat menulis dalam blog, saya rasa itu tindakan yang kurang sesuai, sebaliknya pihak yang mendakwa itu perlu membuat aduan secara rasmi sama ada kepada parti mahupun pihak berkuasa yang berkaitan jika dakwaan mereka membabitkan soal penyalahgunaan kuasa," katanya.

Hakikatnya banyak pendedahan yang dibuat oleh bloggers pembangkang terhadap kerajaan walaupun umum mengetahui ianya hanyalah dakwaan dan pembohongan pakatan Rakyat semata apatah lagi tiada bukti kukuh yang disandarkan. Namun ramai juga penyokong mereka yang tertipu dan terikut dan mempercayai segala tohmahan tersebut.

SAMSENG NO.1

18 Komen!!!

#1 KARPAL SING THE KING : MENGHINA RAJA MELAYU DAN MEMANGGIL PEMUDA PERGERAKAN PERTUBUHAN MELAYU BERSATU 'CELAKA'





#2 HINDRAF THE KING : MENCABAR HAK ASAL PERIBUMI TANAH MELAYU




#3 SIVAKUMAR THE KING: INGKAR ARAHAN DAN MENCABAR SULTAN PERAK





MEREKA SEMUA TELAH MELAMPAU DAN MENCABAR MARUAH BANGSA BANGSA MELAYU DAN MEREKA ADALAH SAMSENG NO.1 NEGARA.

DAN INILAH DALANG MEREKA!!!

BAPAK SAMSENG!!!!


KERANA 'SIKITUL' INILAH BANGSA LAIN BERANI MENGHINA DAN MERENDAHKAN BANGSA MELAYU DAN SEMAKIN HINA APABILA MEREKA BERANI MELAWAN DAN MENCABAR KEPUTUSAN SULTAN MELAYU

DAN KERANA DIALAH NEGARA HURU-HARA HARI INI

RESOLUSI BPN 3/2009 MENGUTUK TINDAKAN KARPAL SINGH DAN SARANAN KEPADA AHLI BPN AGAR RESOLUSI DISIARKAN BERSAMA-Malaysiakini

5 Komen!!!
Resolusi BPN 3/2009 Mengutuk Tindakan Karpal Sing isu CELAKA Pemuda UMNO

Selepas dibuka kepada komen dan juga cadangan selama 8 Jam 1/2 dari jam 9 am hari ini maka di bawah ialah Resolusi terkini BPN siri 3/2009 untuk diedar dan disalin oleh Blogger BPN semua. Di harap dapat sokongan sahabat sahabat semua demi agama bangsa dan negara kita..

BPN dengan ini mengambil keputusan mengeluarkan resolusi berkenaan tindakan Karpal Singh yang terang dan jelas ingin menaikkan kemarahan bangsa Melayu dan Muslim berhubung tindakannya mencarut perkataan CELAKA beberapa hari yang lalu di Parlimen. Meskipun sudah ditarik kembali namun ia tetap didengar dan dibaca oleh rakyat Malaysia.

BPN merasakan tindakan beliau sangat tidak wajar menggunakan perkataan CELAKA kepada pemuda UMNO tersebut, apatah lagi dengan menuduh Pemuda UMNO sebagai pihak yang telah menghantar dua butir peluru kepadanya tempoh hari. Ini sangat berbahaya kepada suasana harmoni negara kita dan juga boleh menaikkan sentimen kebencian yang boleh memudaratkan orang awam yang tidak berdosa.

Permainan politik keterlaluan ini boleh menimbulkan huru hara di negara kita jika tidak dibendung dengan segera oleh pihak yang berwajib.

Seperti mana yang kita tahu bahawa DAP dan Pakatan Rakyat memang sudah terang terangan sejak dahulu hingga kini cuba menyentuh beberapa isu sangat sensitif negara kita dengan sengaja dan jelas ada niat jahat di sebalik tindakan mereka.Isu babi,azan,tanah,papan tanda jawi,Hindraf adalah contoh yang boleh kita nampak telah dipolitikkan sebelum ini.

Meskipun sudah diberi amaran oleh Raja Raja kita agar isu isu sensitif tersebut jangan diusik atau dicabar oleh mana mana pihak, namun mereka seperti tidak mendengar atau memahami atau menghormati titah Raja kita yang menjadi RUKUN NEGARA yang kedua ( Kesetiaan Kepada Raja dan Negara ) yang sangat penting sehingga diletakkan di kedudukan tersebut selepas keimanan kita kepada Allah Yang Maha Esa,

BPN dengan ini merasa terpanggil untuk membuat satu Resolusi bersama oleh rakan rakan Blogger BPN agar semua dapat menyedari tindakan Karpal ini sangat berbahaya dan perlu dikutuk oleh kita semua. Jika kita masih sayangkan negara yang menjadi tempat kita bernaung selama ini.


HIDUP BPN !!!

SATU SUARA SATU ARAH SATU AKIDAH...


Disediakan :

Panglima Perang Cyber
Yang Dipertua Blogger Pembela Negara.

Kongsi Link Anda