.JPEG)
Inilah hakikatnya!... penderhaka tetap penderhaka, pengkhianat tetap pengkhianat! tidak kira UMNO, PAS, PKR, DAP, MCA atau sebagainya
Penderhakaan tetap ditolak... jika UMNO dulu dituduh menderhaka UMNO ditolak, tetapi UMNO telah sembah mohon ampun dan kini menjadi sejarah... tetapi kini PAS dan Pakatan Rakyat yang menderhaka, maka orang Melayu menolak PAS dan Pakatan Rakyat!
Tiada beza antara satu penderhakaan dan penderhakaan yang lain.... kesilapan PAS dan Pakatan Rakyat ialah mereka merestui penderhakaan pemimpin mereka dan mereka menghasut rakyat pula untuk menderhaka seperti mereka... inilah sebenarnya sifat iblis Laknatullah... inilah sebenarnya punca PAS dan Pakatan Rakyat ditolak oleh orang Melayu di Bukit Gantang..
Orang Melayu tidak suka mana-mana pihak yang menderhaka kepada raja mereka... raja adalah raja iaitu simbol kedaulatan orang Melayu dan martabat bangsa Melayu...
Baki 2 hari lagi untuk hari pengundian, Pas hari ini mendakwa ia masih ketinggalan dari segi sokongan pengundi Melayu berbanding Barisan Nasional.
Pengarah Pilihan raya Pas Pusat, Datuk Mustaffa Ali, bagaimanapun menegaskan jentera pilihan raya parti itu berjaya merapatkan jurang sokongan pengundi Melayu itu yang kini didakwanya tidak jauh berbeza.
"Menjelang 7 April ini kita akan menutup jurang itu, insyaAllah. Bagaimanapun dari segi sokongan pengundi Cina dan India di Bukit Gantang, Pas masih lagi mendahului BN," katanya pada sidang akhbar di Markas Pas Air Kuning di sini, hari ini.
Kenyataan Mustaffa itu sekaligus mengesahkan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rabu lalu bahawa pengundi Melayu dalam kawasan pilihan raya kecil Bukit Gantang menunjukkan perubahan sikap lebih positif selepas beberapa hari jentera pilihan raya BN berkempen.
Semalam, Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, sekadar menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai kata-kata motivasi untuk petugas BN pada pilihan raya kecil parlimen berkenaan.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada Pas ada menerima laporan berhubung dakwaan bahawa calonnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meninggalkan majlis solat jenazah seorang ahli Umno semalam selepas beliau tidak dibenarkan menjadi imam,
Inilah sebenarnya angin perubahan sokongan yang semakin baik buat UMNO dan BN.. dan inilah masanya.....