Selasa, Ogos 03, 2010

Panas : Ezam akui Anwar memang meliwat!!!

4 Komen!!!


Sungguh mengejutkan, inilah kali pertama dengan berani dan secara terbuka YB Ezam mengaku bahawa Anwar memang meliwat.

Pendedahan ini disebutkan semasa ceramah beliau di program Ceramah Perdana di Kluang baru-baru ini dihadapan 500 orang tetamu anjuran Pemuda UMNO Kluang.

Ezam menegaskan memang dia marah, tetapi beliau tak fitnah."Tetapi prinsip kita, kita tak fitnah, saya marah dia, betul, saya maki dia betul, tetapi saya tidak fitnah, bila saya kata dia khianat dia memang pengkhianat, bila saya kata dia peliwat, dia memang peliwat"

Beliau berkata apa yang dia belum pernah kena bagi mempertahankan Anwar, semua dia dah kena.

"saya dah lalui semua, pukul, sembur, gari, lokap.. sebab apa.. sebab bela banduan, bukan bela dia sebagai Timbalan Perdana Menteri". "Saya bukan bela masa dia nak jadi perdana Menteri, sekarang ini ramai yang membela dia, yang saya tidak pernah nampak dahulu pun ada, dari Johor, Chua Jui Meng, mana dia dulu, masa Anwar jadi banduan?!! Zaid Ibrahim, mana dia? sekarang panglima, panglima apa?

Ezam menegaskan beliau meninggalkan Anwar kerana Prisip sebagai seorang Islam dan beliau tidak pernahpun dapat duit sebagaimana yang dituduh oleh Anwar.

Beliau menambah semasa pembebasan Anwar 2004, perjuangan Anwar telah berubah. Walaupun diminta untuk selesaikan agenda kelompok anti Islam dan anti melayu yang dalam PKR.. "apa Anwar jawab, tidak, tidak. aku duduk dalam jail yang bebaskan aku puak-puak ini, diaorang yang round satu dunia, humanright.. kelompok-kelompok Melayu boleh buat apa, I duduk dalam jail, puak Melayu boleh buat apa, menjerit kat kampung sahaja, kelompok PAS boleh buat apa.. takbir je..."

Namun yang paling penting ialah alasan utama Ezam meninggalkan Anwar. Kata Ezam "sekarang saya nak bagi tahu satu Malaysia. Sebenarnya saya tinggalkan Anwar walaupun ada sebab politik yang lain, tetapi yang paling penting saya tidak boleh kompromi hingga hari ini kerana Allah Taala memberi saya satu kebenaran melalui Isterinya wan Azizah yang Anwar betul-betul meliwat. Kalau saya berbohong saya cabar Wan Azizh untuk pilih mana-mana masjid atas muka bumi ini untuk saya bersumpah"

Jika dahulu ramai mempertikaikan YB Ezam menginggalkan PKR dan apatah lagi lebih ramai pertikaikan beliau masuk UMNO, namun kini sudah jelas siapa dia Anwar sebenarnya.. liwat itu bukanlah fitnah yang dibuat-buat tetapi memang Anwar membuat perbuatan meliwat dengan diakui oleh wan Azizah. Namun demi politik, Wan Azizah terpaksa menutup kebenaran tersebut.

Sudah sampai masanya kebenaran teserlah, berapa lama lagi Anwar boleh menipu.. sekiranya datang yang hak maka terhapuslah kebatilan...

Kalau dah komunis tu, memang komunis juga

1 Komen!!!

Memang telah dijangka, pembamgkang tetap membuat kecoh dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Kalau dah komunis, perangai pun memang macam komunis juga. Sikap kurang ajar, tidak menghormati Dewan dan Speaker memang dah jadi amalan pakatan komunis ini. Apatah lagi jauh sekali mempercayai tuhan.. dan jauh sekali ikut ajaran Islam yang mahukan sikap toleransi dan hormat menghormati sebagaimana yang Rasulullah ajar dan menjadi "qudwah" seluruh alam.

Awal pagi telah berlaku sedikit kekecohan apabila ada beberapa orang yang tidak mempunyai pas kebenaran masuk cuba melepasi kawalan polis.

Ganesan kemudiannya mengumumkan beberapa peraturan baru yang dikuatkuasakan pada sidang dewan kali ini. Antaranya, gambar tidak dibenar dirakamkan, telefon bimbit juga tidak boleh dibawa masuk.

Ketika Zambry menjawab soalan ADUN Pangkalan Hulu, Tan Sri Mohd Tajol Rosli mengenai bajet 2010 menganggarkan defisit sekitar RM23 juta yang dikemukakan.

Kalau hati dah kotor dan jenis dengki dan khianat, Nga Kor Ming (Pantai Remis) sengaja menggunakan kamera walaupun tidak dibenarkan oleh Speaker. Beliau kemudiannya mengarahkan bentara untuk merampas kamera berkenaan. Rakan-rakannya dari DAP, Ngeh Koo Ham, Thomas Su dan beberapa yang lain kemudian tampil dan mula bertengkar.

Selang beberapa minit kemudian, perwakilan Pakatan Rakyat mula menganggu jawapan Zambry dan ADUN BN pula membalas - menjadikan sidang kecoh seketika dengan pertikaman lidah kedua-dua pihak. Inilah perangai hati 'kaudu' yang telah di tunjukkan ke jalan yang sesat lagi menyesatkan.

Kongsi Link Anda