
Keputusan Manik Urai yang lalu:
1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)........ 5,348
2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN).......... 5,283
Jumlah mengundi................... 10,631
Peratus.............................. 87%
Undi rosak.......................... 117
Majoriti............................. 65
Itu keputusan Pilihanraya Kecil manik Urai, PAS hanya menang dengan 65 undi.. Itupun banyak berlaku isu dalaman PAS antara pergeseran antara Nik Aziz dan Hj Hadi sehingga Hj Hadi dilarang berkempen oleh PAS pada pilihanraya kecil tersebut. Selain daripada isu kumpulan erdogan dan ulama. Kali Ini PAS Kelantan akan hadapi satu lagi Pilihanraya Kecil N.45 DUN Galas.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan selewat-lewatnya 6 Oktober depan [rujuk sini].
Ianya berikutan YB DUn Galas, Allahyarham Che Hashim meninggal dunia di Hospital Pakar al-Islam, Kampung Baru akibat barah usus kira-kira pukul 4.30 petang tadi.
SPR mempunyai tempoh 10 hari sejak kekosongan wujud untuk memanggil mesyuarat khas bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil yang merangkumi hari keluar notis, penamaan calon, tempoh kempen dan hari pengundian.
Kalau pada Pilihan Raya Umum 2008, Che Hashim menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.
Keputusan PRU 2008:
Jumlah Pengundi: 10,330
Peratusan Kaum: M:65.81% C:22.03% I:1.81% L:10.32%
1. Che Hashim Sulaima (Pas) (4,399)
2. Mohamad Saufi Deraman (BN) (3,753)
Majoriti: 646
Jumlah undi: 8,323
Peratus mengundi: 80.57%
Undi rosak: 171
Adakah PAS akan bernasib baik kali ini, kalau dilihat dari segi majoriti pun kurang dari 1,000 undi.. Pastinya PRK ini sangat getir kepada PAS dan akan menentukan landskap politik Kelantan khasnya dan negara amnya.
Apatah lagi PAS kelantan kini berhadapan banyak Isu termasuklah Isu Nepotisme yang diamalkan oleh Nik Aziz dengan melantik menantu beliau (Ariff Fahmi) menjadi CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Isu Nik Aziz terima wang rasuah untuk kerjakan haji, kemudiannya isu kerajaan Kelantan rugi RM 50 juta dan terkini isu sumbangan RM 4 Bilion oleh I'da World kepada PAS Kelantan.
Adakah PAS akan bernasib baik sekali lagi, adakah Pegawai SPR akan terlupa mengira satu kotak undi lagi.. jadi kita akan saksikan...
Namun dengan bantuan sumbangan RM 4 bilion, PRK Galas tak menjadi masalah kepada PAS Kelantan.