Isnin, Mac 31, 2014

Gambar Panas di Twitter

1 Komen!!!

Baru-baru ni hangat di media maya tentang gambar panas pasangan couple ini.

Perlu diingat walaupun kita bebas membuat sesuatu tetapi kita masih ada sempadan yang perlu kita ikut sebagai umat Islam dan juga bangsa Melayu yang ada adat dan budayanya.

Adakah remaja sekarang semakin hilang adat dan budaya serta agamanya.

Atau mungkin mereka lebih berani untuk membuat perkara yang mengundang gejala sosial ni.




Kenapa Sharnaaz Ahmad mengamuk di Instagram!!

0 Komen!!!

Punca sebenar Sharnaaz Ahmad mengamuk di Instagram - Sharnaaz Ahmad memang tidak pernah lekang dilanda kontroversi sejak dulu lagi. Selepas satu persatu kontroversi reda, timbul pula kontroversi lain yang dikaitkan dengan dirinya.

Itulah realiti hidup yang terpaksa dilalui aktor itu dalam dunia hiburan tempatan terutamanya sejak menjalani penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Mungkin ada pihak tertentu yang cemburu dengan populariti yang dikecapi Sharnaaz.

Terbaru, bekas kekasih Shila Amzah itu mengamuk di laman Instagram miliknya kerana muak dengan sikap segelintir peminat yang sesuka hati menjodohkannya dengan orang lain. Katanya, jodoh itu bukan hak manusia untuk menentukan tetapi Allah.


Pada penulis, apa yang dikatakan Sharnaaz memang ada benarnya. Siapa pula kita untuk memandai-mandai menentukan jodoh seseorang sedangkan perkara tersebut adalah urusan Allah. Kesian pula Sharnaaz sering diusik dan dikecam.

sumber : Blog Pelbagai Macam 

Penulisan yang sangat menyentuh hati #MH370

0 Komen!!!
Dalam masyarakat dunia sedang menyerang negara kita dan pemimpin kita. Kan bagus kalau rakyat kita boleh bersatu dan bersama memegang tangan untuk mempertahankan negara ini.

Ini adalah negara kita, tempat lahir kita, tanah tumpah darah kita, tempat kita membesar dan bermain. Inilah Malaysia.

Ini bukan masanya untuk untuk kita berpolemik dan berpolitik tidak tentu arah.. kerana apa yang kita lalui ialah negara kita sedang menghadapi kesusahan.




dipetik dari FB William Cheah

Saya sebenarnya tertarik dengan penulisan dari blog Fairuz Azmi tentang MH370 ini. Mungkin kita juga akan kongsi perasaan yang sama dengan beliau.


Sila baca artikel menarik ni di sini : Blog Fairuz Azmi 

SKRIP MEMALI UNTUK "DIVERT" ISU MH370

0 Komen!!!
PAS kali ini cuba mencetuskan isu.. Nampaknya isu pilihan mereka ialah isu Memali. Dengan menjadikan Musa Hitam sebagai barua mereka dan kali ini mereka jadikan pula Datuk Mat Zain Ibrahim, Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur.

Bermula dengan pendedahan Musa Hitam yang cuba mengaitkan semula Peristiwa Mamali dengan Tun Mahathir. Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Baru minggu lalu.

Kini PAS beralih pula isu Mamali kepada kes pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali atau “Batang Kali Massacre” pada 1948 yang melibatkan kaum Cina dan kerajaan British.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim menggesa kerajaan membuka semula penyiasatan kes pembunuhan beramai-ramai di kampung Memali, Baling, Kedah pada 1985 yang meragut 18 nyawa termasuk empat anggota polis sebelum ia dijadikan isu perkauman.
“Saya berpendapat jika kerajaan gagal atau sengaja enggan membuka semula penyiasatan tragedi Memali yang meragut 18 nyawa termasuk 4 anggota polis, selepas pendedahan mengejut yang dibuat oleh Musa beberapa hari lalu, ia mungkin akan dijadikan isu perkauman yang boleh menggugat ketenteraman awam lebih-lebih lagi dalam suasana politik negara hari ini,” katanya kepada The Malaysian Insider, hari ini. 
Sekiranya kes ini tidak dibuka semula, besar kemungkinan ada pihak yang akan menimbulkan persoalan mengapa kerajaan sedia menyiasat semula Batang Kali Massacre dengan semua mangsa yang terbunuh adalah orang Cina, sedangkan kerajaan enggan menyiasat semula tragedi Memali kerana semua mangsanya adalah orang Melayu yang beragama Islam,” katanya.
Sebenarnya nampak apa motif mereka bila PAS memainkan semula isu Memali ini. Yang mereka cuba pancing sebenarnya ialah Tun Mahathir sebenarnya.
Hari ini (31.2.2014) pula diikuti dengan kenyataan Mahfuz Omar, PAS menggesa siasatan semula ke atas insiden Memali 1985 dijalankan selepas bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mendedahkan Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Malaysia dan bukannya di China semasa kejadian tersebut.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata dengan pendedahan Musa itu memperlihatkan kejadian Memali sebagai satu konspirasi kerajaan dan pembentangan Kertas Putih pada 1986 perlu ditarik balik.
Nampak tak skripnya..  Musa Hitam (Mahathir berada di Malaysia),  Datuk Mat Zain Ibrahim ( “Batang Kali Massacre” pada 1948 ) dan Mahfuz Omar (pembentangan Kertas Putih pada 1986 perlu ditarik balik.)
Percayalah selepas ini akan ada lagi isu-isu lain yang berkaitan yang akan ditimbulkan.
Namun akhirnya mereka terpaksa recycle semula isu dan mencari isu lain.
Bagi Admin isu Memali ini hanyalah cara PR nak "divert" isu di kalangan rakyat sahaja apabila rakyat sekarang terarah kepada isu MH370. Mereka terpaksa mencari isu yang boleh "prolong" bagi menghidupkan sentimen rakyat kepada PR.
Sedikit sebanyak MH370 telah memberi kredit dan simpati kepada kerajaan yang bersungguh-sungguh dan begitu ikhlas untuk membantu dan mencari pesawat berkenaan.


Kongsi Link Anda